Jaguh Kampung?
Comfort Zone = Zon Selesa, atau ruang selesa. Ianya bukan suatu keadaan fizikal tapi lebih kepada suatu situasi mental yang ‘kononnya’ memberikan ‘rasa selamat’ pada diri.
Keadaan ini boleh kita dapati dari:
1. kawan-kawan ‘rapat’ di sekeliling.
2. keluarga, anak-anak, murid-murid ‘setia’.
3. persekitaran kita yang selesa seperti tempat kerja, atau kediaman
4. kehidupan stabil, melalui pendapatan yang mengalir secara konsisten
5. idea, pemikiran, sistem, nilai atau pandangan hidup (world view) yang tidak pernah dicabar (provoke).
6. dalam 1001 rutin harian, seperti menjalani kehidupan yang ‘tenteram’ dalam iklim negara yang aman.
7. dan lain-lain lagi..
Secara psikonya.. individu-individu ini rasa selamat hidup dalam ‘kepompong’ seperti yang dinyatakan.. atau lebih tepat lagi.. selesa hidup dalam ‘tempurung’ perlindungan masing-masing, jadi jaguh di gelanggang sendiri kerana mereka berasa ‘yakin’ dapat mengawal situasi dalam lingkungan ‘kekuasaan’ mereka.. adakah ANDA individu-individu ini?
Halim Fansuri – 17 April 2010/3 Jamadil Awwal 1431H/1500H)
p/s: ...di alam siber ini, ramai sudah kutemukan sufi jadi-jadian atau sufi sadur-saduran. Apabila punggungnya terkait onak, dia melompat-lompat lalu menyebut nama setan...


No comments:
Post a Comment