Wednesday, January 20, 2010

Memori Oren Botol


Memori Oren Botol

... balik singgah Parit Bengkok

kaki kecil melencong ke kanan

masuk kedai Haji Palil

‘chik! oren botol satu!’

wang bertukar tangan

pakcik kedai tersengih

dan aku meneruskan perjalanan...

Halim Fansuri – 20 Januari 2010/04 Safar 1431H/0750H)

P/s: ...seronok pekena oren dalam beg plastik bila balik berjalan kaki..

16 comments:

Merbawi said...

Hic...!hic...! Kickapoo wonnee..! hehe..

Oghang Ba Ado said...

he he... oren botol time tu harganya 40 sen sebotol.. cap F&N.. he he.. pakcik boh dalam plastik dan bagi straw satu he he..

mewah tu...

Jiman said...

itulah air yg mahal bg teman masa kecik2 dlu...sanggup simpn duit utk minum...puas...hehe

Gelojak_Jiwa said...

tudung dia buat main tuju ape tah namanya.

Anonymous said...

salamssss .. .. cutenyaaaa posting kali nie .. .. hehe .. .. takleh bayang taklehhhh bayangggg .. .. ahah .. .. ;-) .. ..




Jiwa

fakir al banjari said...

kampung aku panggil air leminet

Oghang Ba Ado said...

tudung atau ceper dia, ketuk pakai tukul sampai leper.. tebuk dua lubang..

pastu bubuh benang, pusing, tarik benang tu..

tuuu diaa.. masa berpusing.. ligat, berdengung-dengung bunyi dia..

Jiman said...

toraaa....datang lg dgn permaian atok OBA.....Tora-Tora....

fakir al banjari said...

ada pakcik di kampung aku guna jari nak buka tudung dia

fuh..... sekali petik je dah tercabut

Gelojak_Jiwa said...

aku cabut tudung botol tu guna tangan je! sampai le skarang..

Oghang Ba Ado said...

skil memasing tu.. he he he

Gelojak_Jiwa said...

takkan la bukak guna kaki kan? huahua!

Oghang Ba Ado said...

G_J, cube ko bukak pakai gigi ko?

Gelojak_Jiwa said...

memang aku pun biasa dah buka guna gigi.. kadang2 guna lidah je.... mmmmmmmmmuahahahaaaaahhhaaaaaaahhh??!!

Oghang Ba Ado said...

he he he he.. kemut ko pernah?

Gelojak_Jiwa said...

aku memang kemut(kedekut)! wakakak!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.