Sunday, January 10, 2010

Karang dan Ombak

Karang dan Ombak

...aku bertanya kepada karang

mengapa kau biarkan ombak menghempas?

dia berkata

nyahlah dikau!

betapa kau ini buta dan tidak tahu merasai

nikmatnya cinta

dalam sebuah kesengsaraan..

Halim Fansuri – 10 Januari 2010/24 Muharram 1431H/1100H)

P/s: ..kau jauh dari pandangan mata tetapi sentiasa ada di hati..

Pemilik asal foto: http://farhatkhan.wordpress.com/2009/11/09/wisata-ekxtreem-di-pantai-timang-nan-exotic/

14 comments:

Gelojak_Jiwa said...

gedebushhh... gedebushh... padan muka kau karang! gedebushh!

Oghang Ba Ado said...

...lalu karang hancur sirna menyatu dengan lautan...

G_J, ada berani jawab? he he..

khalida said...

penyatuaan yg abadi...
p/s tuan OBA terjawab sudah apa yg tuan maksudkan dlm sebuah pertanyaan dlm bicara yg lalu..

khalida said...

*penyatuan....

Oghang Ba Ado said...

he he he.. sama-sama khalida.. sama-sama..

khalida said...

terlepas segala yg dikesahkan samada diri sendiri atau keluarga, terjawab mungkin tak berapa nak mantap tp asas itu Insya Allah...

fakir al banjari said...

karang sirna bersatu dengan lautan.
lalu menjadilah dia sang ombak
yang menghepas karang
agar karang itu hancur
dan menyatu dengannya
lalu menjadi ombak
yang menghempas karang
agar karang itu hancur
dan menyatu dengannya
lalu menjadi ombak.....

Gelojak_Jiwa said...

namun, karang, kau menyatu tetapi tidak sepadu dengan ombak..

hehe..adakah perlu jawapan jika sudah ada jawapan?

Gelojak_Jiwa said...

silalah dengar jawapanku di sanaa! saaanaaa!

Anonymous said...

salamssss .. .. lambat atau cepat .. .. kita akan mengerti hikmah dan nikmat yang terkandung di dalam sebuah seksa dan derita samada zahir atau batin, atau keduanya sekali .. .. bagaimana untuk menyangkal tentang kekuatan dan keberkatan sebuah kesabaran dan penyerahan?! .. .. sedangkan nikmat itu senantiasa ada kepada yang mau menikmati .. .. ;-) .. ..


Jiwa

Oghang Ba Ado said...

[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka...

mautauka said...

tak nak tunjuk pandai sebab kepandaian bukan aku punya.

Oghang Ba Ado said...

bukan aku (yang) punya, aku pun tak pandai gak, ho ho ho..

Gelojak_Jiwa said...

Aku pandai.. haha!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.