Dongeng Sebuah Perjalanan
...empat sekawan
tiba mereka ke tempat yang dituju
yang pertama lantas pulang kerana rindu
lena dalam pelukan kasih bondanya
yang kedua menunggu sebentar
menerima nikmat syurga
atau sengsara neraka
sahabat yang ketiga melayah ke langit
pulang menuntut cinta kasihnya
dan yang keempat menunggu sambil tersenyum
kesemuanya menyatu kembali
dalam sebuah bicara
yang dijanjikan bersama...
Halim Fansuri – 12 Januari 2010/26 Muharram 1431H/1000H)
P/s: Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al Fajr :27-30)
Pemilik asal foto: http://pupukkehidupan.wordpress.com/2009/04/


7 comments:
lantas? kau yang mana?
yang mana pun tak apa?
yang mana bukan pilihan kita.. mainkan aja watak lelakon mu itu dengan joyo!
oba halimunan...hahahahanoa
butui! butui! sokong atok OBA!
aku berlakon sebagai cikgu disiplin yang sentiasa bawa gunting dan rotan .......
aku memang guru disiplin petang tapi tak bawa rotan!haha
Post a Comment