...
.
...Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (surah al Isra (17)/ayat 1)
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Amma ba’du
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
Alhamdulillah, hamba kembali lagi dengan coretan hamba yang tidak seberapa.. Syukur tidak terhingga kepada Allah yang menjadikan diri ini dan atasNya jua hamba pulih dari keuzuran yang berat (gout kat lutut kiri sampai tak boleh nak lurus kaki). Maha Suci Dia yang memulihkan dan yang menyakitkan, Maha Suci Dia yang menyihatkan dan yang menguatkan..
Amma ba’du
Peristiwa isra’ dan mi’raj pada 27 Rejab adalah satu peristiwa yang amat ditunggu-tunggu kita kerana dalam peristiwa ini, Junjungan kita; Muhammad Rasulullah S.A.W di bawa oleh Sayyidina Jibrail a.s dalam satu perjalanan yang ajaib lagi menghairankan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin pergi dan balik dalam satu malam sahaja dengan menaiki buraq. Perjalanan baginda ini jua mengalami pelbagai rintangan seperti diperambat oleh Ifrit laknatullahalaihi yang ingin menggagalkan perancangan Allah S.W.T (hehehe...) sehingga Sayyidina Jibrail a.s mengajarkan doa pelindung yang menyebabkan musuh Allah itu jatuh rebah dan terjunam (crash landing le tu!) akibat doa yang dibaca baginda..
Setibanya baginda di Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam, baginda mengimamkan solat para Rasul dan Nabi-nabi yang ada sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga zaman baginda (dan ada juga pendapat yang menyatakan para aulia’ dan wali-wali turut serta, malaikat dah tentu tak terkira ramainya...)
Baginda kemudian dibawa naik ke langit oleh Sayyidina Jibrail a.s (atas perintah dan perkenanNya) untuk bertemu Raja segala raja, pencipta langit dan bumi, sekelian alam, dan Hakikat segala kewujudan..
Adapun dalam pejalanan Baginda ‘naik’ bertemu Allah S.W.T, baginda ditunjukkan akan pelbagai gambaran, pelbagai ibarat dan Baginda jua ditunjukkan akan isi syurga dan neraka, serta bertemu dengan para Rasul di setiap tingkatan langit yang dilalui baginda.
Sampai ke langit terakhir tatkala Baginda mahu ‘hadap-menghadap’ dengan Allah Taala, Sayyidina Jibrail a.s tidak dapat turut serta kerana beliau akan hangus terbakar akan ‘Nur’ Allah Taala andaikata walaupun satu hijab dibuka (walaupun penciptaan malaikat itu pun dari nur/cahaya!). Nak menunjukkan betapa perinya Allah S.W.T nak memuliakan manusia, Jibrail yang selalu ‘berkata-kata’ denganNya pun tak dapat nak ‘bersemuka’...
...dan selepas itu semua yang berlaku, iaitu dialog Allah S.W.T dan Baginda pun berlaku, dan dicatatkan di dalam kitab, dan dilafazkan oleh kita pada waktu solat tika kita juga ‘hadap-menghadap’ dengan Allah Taala.. antaranya:
Bacaan semasa Tahiyyat akhir:
Attahiyyatul mubarokatus solawatu thayyiba tulillah. Segala kehormatan, segala keberkatan, segala kesejahteraan dan segala kebaikan milik Allah.
Assalamu a’laika ayyuhanabiyyu warahmatullahiwabarokatuh. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi Muhammad berserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Assalamu a’laina wa a’la i’badillahis solehin. Kesejahteraan ke atas kami dan untuk sekalian hamba Allah yang soleh.
Asyhadu anl lailahaillAllah, wa asyhadu anna Muhammaddar rasullullah. Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya (Nabi) Muhammad itu pesuruh (utusan) Allah.
Allahumma sallia’la sayyidina Muhammad, wa a’la aalihi sayyidina Muhammad. Ya Allah, sejahterakanlah Sayidina Muhammad dan ahli keluarga Sayidina Muhammad,
Kama sollaytaala sayyidina Ibrahim, wa a’la aalihi sayyidina Ibrahim. Engkau telah sejahterakan Sayidina Ibrahim dan ahli keluarga Sayidina Ibrahim.
Wa barik a’la sayyidina Muhammad, wa a’la aalihi sayyidina Muhammad. Dan berkatilah Sayidina Muhammad dan ahli keluarga Sayidina Muhammad,
Kama barokta a’la sayyidina Ibrahim, wa a’la aalihi sayyidina Ibrahim. Fil a’lamina innaka hamidummajid. sepertimana Engkau telah berkati Sayidina Ibrahim dan ahli keluarga Sayidina Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia atas sekalian alam.
....
Baginda kemudiannya menerima perintah solat 50 rakaat daripada Allah Subhanawataala, dan tatkala turun dari langit, Baginda berjumpa dengan Sayyidina Musa a.s yang menyatakan umat Muhammad tak mampu melaksanakan solat sehingga 50 rakaat.. setelah menerima pandangan Nabi Musa a.s, Baginda naik lagi bertemu Allah Taala, minta dikurangkan jumlahnya beberapa kali sehingga menjadi lima rakaat sahaja sehari semalam (itupun hamba kengkadang miss jugak, Astaghfirullah...)...
....
Setelah Baginda sampai ke Mekah, Baginda menyampaikan perkhabaran kepada para pengikutnya pada masa itu, dan kafir quraisy Mekah juga ingin mendengar, apa ‘cerita’ si Muhammad kali ini.. Akan perkhabaran Baginda, isinya Baginda isra’ dan mi’raj secara ‘zahir dan batin’ bertemu dengan Allah S.W.T, bukannya bermimpi.. maka ramailah yang menolak sehinggalah Sayyidina Abu Bakar r.a membenarkan akan perkataan Baginda Rasulullah.. maka sejak itulah baginda Abu Bakar r.a digelarkan as-siddiq; iaitu membawa maksud yang membenarkan...
Wallahua’lambissawab...
(Halim Fansuri - 19 Julai 2009/26 Rejab 1430H / 1241H)
p/s: Subhanallah, fitnah, fitnah.. akan hamba datanglah seorang ustaz mengajak hamba meninggalkan perkara yang batin (mungkin akibat suka mendengar cerita orang, tak usul periksa dan serkap jarang akibat penyakit hamba ini), sepatutnya beliau mengajak meninggalkan perkara keji yang bathil dan mungkar... Astaghfirullah...


No comments:
Post a Comment