WIRA TANAH AIR, Penaung Persatuan Bekas-Bekas Komondo Melaka, Datuk Karim Sulaiman (berdiri kanan) bertanyakan sesuatu kepada sebahagian bekas komando yang kudung kaki dan tangan kesan daripada perjuangan menentang keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) di Seri Bendahara Ayer Keroh, Melaka, semalam.– UTUSAN/GAIE UCHEL
...bukannya aku tiada simpati
namun itulah dia realiti..
adat berperang, putus terburai kalah mati
bila tanah sewenangnya dapat pada mereka yang mnyerah diri
masyarakat pula lebih sanjungkan artis realiti
pendekar diabai mula hilang arah lupa janji
akhirnya takda duit nak beli ganti tangan dan kaki
pendekar-pendekar muda, adik-adikku sekelian!
Mahukah kau berjuang dan dilupakan?
Halim Fansuri 5hb Jun 2009/11 Jumadil Akhir 1430H/11:10 p.m
p/s: Hamba teringat akan ‘term’ yang digunakan oleh Allahyarham Arenawati untuk penyamar-penyamar yang mengaku pejuang kemerdekaan di dalam novel ‘Sandera’.. Al Fatihah untuk beliau..


1 comment:
salamssss .. .. berjuang dan dilupakan?! .. .. insyaAllah apabila melakukannya kerana Allah .. .. ermp, menarik menarik .. .. karya yg menarik .. ..
JIWA
Post a Comment