...di negara kita, artis lebih mulia daripada alim ulama’...
...di negara kita, ahli politik lebih berautoriti dalam bidang agama berbanding alim ulama’...
...di negara kita, ahli perniagaan lebih dihormati daripada ahli akademik dan golongan bijak pandai...
...di negara kita, ahli korporat lebih berkuasa daripada ahli politik...
...di negara kita, polis lebih ditakuti dan digeruni berbanding penjenayah...
...di negara kita, ada situasi di mana warga tua mencium tangan ahli politik yang lebih muda dan mentah...
...di negara kita, rakyat mencium tangan ahli politik yang merayu undi daripada mereka dan yang mereka sendiri lantik...
....di negara kita, murid-murid lebih ditakuti oleh guru-guru mereka...
...di negara kita, ahli politik dilantik daripada golongan yang tidak berpelajaran dan kurang berkebolehan serta jawatan dalam hierarki politik negara diwarisi dan digilirkan di tangan keluarga-keluarga tertentu...
...di negara kita, DYMM YDPA akan bertukar-ganti dan bergilir setiap lima tahun sekali secara konsisten, bukannya parti politik yang memerintah...
...di negara kita, pejalan kaki lebih ‘menghormati’ pemandu kenderaan dan bertatatertib berbanding mereka...
...di negara kita, agama Islam setaraf kedudukannya dengan agama-agama lain...
...di negara kita, konsep negara dan undang-undang Islam adalah bertentangan dengan perlembagaan negara...
...di negara kita, umat Islam lebih percayakan perkhabaran di majalah tabloid berbanding perkhabaran di dalam Al Qur’an...
...di negara kita, rakyatnya banyak menghabiskan wang membeli majalah-majalah hiburan berbanding buku-buku ilmiah yang berkualiti...
...di negara kita, Melayu ditafsirkan sebagai mereka yang beragama Islam dan berketurunan Melayu...
...di negara kita, kedudukan Raja-raja Melayu adalah sebagai lambang agama Islam dan ketua bagi adat-istiadat Melayu...
...di negara kita, layanan terhadap pesakit dan kedudukan wad ditentukan oleh jumlah wang di dompet dan status mereka dalam masyarakat...
...di negara kita, bangsa-bangsa lain dibenarkan mengamalkan agama serta adat istiadat mereka dengan ‘bebas’...
...di negara kita, pendidikan diberikan kepada rakyat atas tujuan menyediakan tenaga kerja dalam bidang industri dan sektor-sektor awam serta swasta, bukannya memanusiakan mereka...
...di negara kita, kerajaan terpaksa mencipta peluang pekerjaan untuk rakyatnya...
...di negara kita, mereka yang berijazah menganggur dan makan gaji daripada majikan...
...di negara kita, artis-artis diberikan pingat serta gelaran oleh Sultan berbanding pejuang kemerdekaan dan waris-waris mereka...
...di negara kita, pelancong asing dilayan lebih elok dan mesra berbanding anak negeri dan warganegara tempatan...
...di negara kita, kemudahan awam dibina dengan lengkap untuk keperluan pelancong asing dan bukannya untuk keperluan rakyat yang memerlukan...
...di negara kita, banyak perkara yang kita tidak puas hati dan kita mahukan pembaharuan serta penambahbaikan dan kita tak dapat...
...di negara kita, di sinilah aku dilahirkan...
(Halim Fansuri al Bagani at Talibi - 28 Februari 2007/9 Safar 1428H / 1025H)
p/s: ...orang senang fikir apa aku nak makan lepas ni; orang susah pula fikir bila aku nak makan lepas ni... Selamat mengundi pada warga pengundi Manik Urai...


1 comment:
salam tuan rumah... dunia sudah terbalik... akhir zaman begitulah yg telah dinyatakan Nya...
Post a Comment