Sunday, April 20, 2008

Kecil Tapak Tangan, Nyiru Hamba tadahkan...

Sekalung budi buat pelawat yang sudi bertandang dan membaca coretan hamba yang tiada seberapa ini, semoga Allah taala merahmati tuan-tuan walau siapapun kamu..
Sebagai menghargai tuan, hamba paparkan pula coretan tuan-tuan, namun hamba minta ampun banyak-banyak jika tuan-tuan 'terasa' jika hasil 'seni' tuan-tuan yang indah-indah ini dipaparkan pada umum atas dasar 'menjaga hati'... Wassalam..

2 Comments

AnonymousAnonymous said...

Assalamualaikum...

aku datang dari rimba
masuk ke rimba

aku datang dari Dia
menuju Dia?
sedang Dia tidak bertempat
Dia tidak bermula
Dia tidak berakhir
Dia tiada dalam
Dia tiada luar
Dia tidak seperti apa-apa
maka bagaimana menuju Dia?

aku menjenguk dalam kamarmu
sedang kamarmu dalam kamarku???

kau yang berjalan
sedang aku bertebaran
eh.. sapa tu duk berterbangan??
macam kenal..
eh... kau ke yang terbang tu???
hairan... ada berapa banyak kau ni??

aku dah sesat dalam hutan hang ni kut...

April 9, 2008 11:37 AM

AnonymousAnonymous said...

MENCARI RAMUAN PENGUBAT HATI
BERHANYUT KE HILIR PANDUAN RESMI
SENI TURUNAN WALI KESAKTI
MENJAGA AIR MENGAWAL BUMI
Dengan Nama Allah Yang Tiada Permulaan dan Tiada Pengakhir

BERHANYUT KE HILIR PANDUAN RESMI
LENGGANG BERTAPAK SENI MEMANDANG
MENJAGA AIR MENGAWAL BUMI
TEGAP MENAPAK TEGUH MENJULANG

LENGGANG BERTAPAK SENI MEMANDANG
MEMOHON TAHAJUD MENADAH SENTIASA
TAGAP MENAPAK TEGUH MENJULANG
HANYA SUJUD KE HADRAT YANG ESA

April 9, 2008 11:48 AM

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.