Bangkitlah dari lenamu itu saudaraku..
“We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam”.
(Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam).
- Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924
Konstantinople menjadi ibu kota ribuan tahun Kerajaan Byzantine sebelum akhirnya ditawan oleh Tentera Muslimin pimpinan Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453. Sultan Muhammad II yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (Mehmet The Conquerer). Jatuhnya khilafah Islam terakhir yakni Khilafah Uthmaniyyah iaitu secara rasminya tepat pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pada hari itu umat Islam seluruh dunia diibaratkan sebagai anak-anak yatim yang kehilangan pelindung...
Aku menantikan saat-saat itu mampir
dengan munculnya panji hitam di ufuk timur..
Ooohh.. betapa aku merindui Sayyidina Umar al-Khattab yang memikul gandum ditengah malam
betapa aku merindukan Umar Abd Aziz yang berbaju kasar sehinggakan serigala dan bebiri mampu berkawan di padang..
betapa aku merindukan lambaian Muhammad al Fateh si penakluk konstantinopel di medan perang..
rindu dendamnya daku pada Salahuddin al-Ayyubi yang mengejutkan daku bertahjjud di tengah malam..
semoga kami semua dibangkitkan bersama di bawah panji kekasih kami dan keluarganya
di padang itu nanti..
Halim Fansuri – 25 Disember 2009/8 Muharram 1431H/0844H)
p/s: ... damai ini.. berpanjangan.. bumi ini.. kehijauan.. kekalutan.. telah padam.. – Damai, Amuk




