Thursday, April 22, 2010

Sekadar Sebuah Renungan


Sekadar Sebuah Renungan

SO OVER YOU IS THE GREATEST ENEMY A MAN CAN HAVE AND THAT IS FEAR. I KNOW SOME OF YOU ARE AFRAID TO LISTEN TO THE TRUTH – YOU HAVE BEEN RAISED ON FEAR AND LIES. BUT I’M GOING TO PREACH TO YOU THE TRUTH UNTIL YOU ARE FREE OF THAT FEAR. – MALCOLM X@El Hajj Malik El-Shabazz.

(..DAN DI ATASMU ITU ADALAH MUSUH YANG PALING HEBAT PERNAH MANUSIA HADAPI DAN IANYA ADALAH KETAKUTAN. AKU TAHU ADA DIANTARA KAMU YANG TAKUT UNTUK MENDENGARKAN KEBENARAN – KAMU SEMUA DIBESARKAN DALAM KEADAAN KETAKUTAN DAN DIBOHONGI. AKU AKAN MENYAMPAIKAN PADAMU KEBENARAN SEHINGGA KAMU SEMUA BEBAS DARI KETAKUTAN ITU..)

Halim Fansuri – 22 April 2010/8 Jamadil Awwal 1431H/0925H)

p/s: ... Man is the cruelest animal. (..manusia adalah haiwan yang paling kejam.) – Friedrich Nietzsche


12 comments:

fakir al banjari said...

manusia adalah manusia

sebahagian manusia memang kejam

kebanyakan manusia biasa-biasa sahaja, yang penting nak hidup selesa

sebahagian manusia lagi memang baik

sedikit manusia sangat baik

sekelumit manusia lebih hebat berbanding malaikat

Oghang Ba Ado said...

Soalan: bagaimanakah manusia boleh menjadi haiwan? dan bagaimanakah haiwan boleh kelihatan serupa dan berkelakuan seolah-olah manusia?

bagaimana nak membezakannya?

tuan manusia kelas yang bagaimana pula seperti yang tuan sendiri sebutkan?

heh heh heh..

p/s: nak saya angkatkan ke bakul tu? silakan tuan.. heh heh heh heh..

fakir al banjari said...

berubah ikut situasi.......

kadang-kadang kena kejam
kadang-kadang nak selesa
kadang-kadang nampak baik di mata

ha ha ha

lu pikir la sendiri.....

kebaboooooommmmmmm!

fakir al banjari said...

semua manusia hidup dalam ketakutan

tai ketakutan terhadap apa dan kenapa

takut tak ada makanan?
takut tak selesa?
takut sakit dan cedera?
takut hidup susah?
takut mati?
takut hukuman selepas mati?
takut tak diterima kembali?
takut umat susah nanti?
takut malam?
takut pencuri?
takut HANTU??????????

huh, takutnya aku...

Oghang Ba Ado said...

ianya cuma hijab kosong kekanda...

cuma sebuah perasaan adanya..

cuma satu rasa.. satu rasa..

dan kau dan aku, kekanda..

kita sama-sama terpedaya..

dan bila kau takut, kau tak ubah seperti seekor binatang.. boleh diburu, dan dibunuh.. cuma seekor haiwan yang ketakutan..

dirantai ketakutan.. perasaan semata-mata..

p/s: apa yang aku takut kekanda? aku ada banyak ketakutan sebenarnya..

Gelojak_Jiwa said...

di dalam otak manusia ada satu bahagian yang dinamakan amygdala. amygdala berfungsi menyimpan segala jenis perasaan manusia. eh,ape kaitan aku komen nih?

Oghang Ba Ado said...

Queen Amidala - Starwars..

Gelojak_Jiwa said...

Minda manusia terbahagi kepada 2 - IQ dan EQ.

Oghang Ba Ado said...

lalu.. apa yang patut kita lebihkan? IQ atau EQ?

seimbang? benar ke? betul ke? boleh ke seimbang? mesti ada yang lebih sikit dalam timbangan tu bukan?

katalah 700 tahun dulu, atau 1000 tahun dulu, atau 3000 tahun dulu.. adakah semestinya IQ tok nenek kita lemah atau rendah? adakah dengan sebab tu mereka hidup dengan alatan yang simple dan asas?

pada hamba yang pentingnya minda yang sentiasa 'sedar' dengan keadaan sekeliling.. penuh dengan ancaman.. apa guna IQ kalau tak dapat in touch dengan realiti? apa gunanya EQ tinggi kalau hanyut dalam idealisme yang tak berpijak di bumi nyata (hal agama hamba kecualikan sebab tu bab iman, namun kalau diteliti maksud haqiqat juga ada realiti..)

p/s: what is the reality?

fakir al banjari said...

otak manusia ada 3 bahagian

serebrul
sereblum
medola ablogata

realitinya?

semuanya adalah DIA

Gelojak_Jiwa said...

hahaha! hipotalamus!

Oghang Ba Ado said...

ha ha ha ha! hipopotamus!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.