Friday, April 23, 2010

Hoi Penakut!


Hoi Penakut!

Ketakutan..

ianya cuma hijab kosong kekanda...
cuma sebuah perasaan adanya..
cuma satu rasa.. satu rasa semata-mata..
lalu kau dan aku, kekanda..
kita sama-sama tertipu, terpedaya..

oleh diri yang penuh kebodohan dan buta..
dan bila kau takut, kau tak ubah seperti seekor binatang..

yang sentiasa dalam pelarian, melarikan diri dari kebenaran..

boleh diburu, dan dibunuh.. cuma seekor haiwan yang ketakutan..
dirantai ketakutan.. perasaan semata-mata..

Halim Fansuri – 23 April 2010/9 Jamadil Awwal 1431H/0956H)

p/s: ... apa yang kau takutkan kekanda? Mengapa kau takut? AKU ada ‘banyak’ ketakutan sebenarnya.. heh heh heh..


7 comments:

fakir al banjari said...

semuanya kerana keinginan.... ya, keinginan

Oghang Ba Ado said...

benar.. itu jawapannya.. AKU adalah NAFSU..

dan AKU memang banyak yang diingininya dan dia juga TAKUT tak dapat apa yang dia mahukan..

matikan AKU..

Gelojak_Jiwa said...

Kau ingin matikan AKU?

keinginan kau untuk matikan AKU

masih lagi satu keinginan!

Bagaimana kau nak matikan AKU?

kau 'ingin' mematikan 'Keinginan'?

Oghang Ba Ado said...

yess! second level of cognitive tought.. bagus! indeed..

the enlightened desire enlightenment,

while the powerful desire power,

those who are truly wise desire the desireless..

p/s: desire = kehendak, siapa yang berkehendak? terima kasih adinda.. kau memang bijak..

fakir al banjari said...

tak payah matikan AKU

buat tak kisah je

lalu ikut inginan DIA

boleh ke? hilangkah rasa takut?

Gelojak_Jiwa said...

tak hilang kot?

Oghang Ba Ado said...

tak hilang.. bertukar jadi sesuatu yang lain.. perasaan aje tu kot?

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.