Cita LaWak : Mudah SanGat Di Tipu Pelajar 17 Tahun... (12.4.10)
Tuan Muda memang hebat dan Tuan Muda cemerlang dengan kerjanya. Semua orang mampu diperdayakan dan diperbodohkan Tuan Muda. Memang Tuan Muda berbakat. Bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco Pahang, Ketua Pengarah JLKN dan polis mampu dikenakan Tuan Muda.
Iringan polis bak menteri yang Tuan Muda dapat. Banyak kem-kem dapat dilawatinya Tuan Muda. Sebelum ini semua orang seronok dengan Tuan Muda berjiwa rakyat, tetapi sebenarnya Tuan Muda, rakyat berjiwa raja.
Apa nak dikata. Raja berdaulat raja disembah. Apa-apa yang melibatkan raja ditakuti orang. Memang seronok membaca Tuan Muda perkenakan orang. Apapun tujuannya, Tuan Muda seronok dengan helahnya. Layanan hebat yang Tuan Muda dapat. Tahniah Tuan Muda, memang Tuan Muda cemerlang. Besar idea Tuan Muda. Kita juga boleh terkena dengan helah Tuan Muda.
Dia berseronok dengan kerjanya. Tuan Muda hanya tertangkap apabila rakan mengenali Tuan Muda. Hajat Tuan Muda belum tercapai sepenuhnya. Mungkin Tuan Muda juga ingin perkenakan PM tapi hajat Tuan Muda tak kesampaian.
~ ek-ele
sumber gambar : KosMo OnLine
* p/s - kah kah kah kah, lawak lawak...punyalah taat setia pada kerabat diraja, hampon tungku...kah kah kah kah, sampai tak chek langsung betoi ka diani anak angkat atau terangkat tang mana...kah kah kah kah..dengan budak umur 17 tahun pun kena tipu...kah kah kah kah, enna da batchaa...pengarah PLKn Pahang, semua pakat tak chek dengan protol Istana...tu yang betoi, memang patot pun Tengku Puan Pahang gelak sampai keraih perot-perot baca cerita hangpa nih...kah kah kah kah....
--
Ahakksss......
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://bloghijat.blogspot.com/2010/04/cita-lawak-mudah-sangat-di-tipu-pelajar.html
*artikel ini diambil dari http://bloghijat.blogspot.com/ . Ini bukan artikel saya.. sekadar tertarik dengan isinya sahaja.. mengusik ketiak dan tulang rusuk.. he he he.. moral of the story: Melayu memang Pengampu! Tahniah buat Si Luncai kerana berjaya memperdaya bangsat-bangsat dan pengkhianat bangsa yang bertopeng tu!
Halim Fansuri – 13 April 2010/27 Rabiul Akhir 1431H/0944H)
p/s: ...kita memerlukan lebih ramai Si Luncai seperti ini untuk menyedarkan masyarakat kita yang tak berotak & tak boleh nak berfikir!
*Biarkan! Biarkan! - Lagu Si Luncai Terjun Dalam Sungai...


10 comments:
hak! hak! klako..klako..
kipas kipas kipas
ampu ampu ampu
sampai orang bodo rasa pandai
orang jahat rasa baik
padahal sama-sama bodo
MORAL OF THE STORY IS: YANG BERKAKI BANYAK BELUM TENTUNYA LIPAN!
..agaknya ini firasat yang aku dapat beberapa hari sebelum itu..
zam zam alakazam alkadabra!pling!
kambing menjadi singa! pling! pling!
pas tu singa tu jadi singa sarkas. duk dalam kurungan dan jadi pameran
Tanda taat setia seorang pengecut. Sehinggakan nak tanya, tegur, nasihat pun tak berani. Tau-tau memberontak dan mengamuk jugak akhirnya. Juga Tanda kejayaan Sesetengah golongan atasan /pemerintah memaku doktrin 'dengar dan taat' yang melampau seolah-olah mereka lupa bahawa mereka itu manusia yang makan, berak dan kencing.Siasah (pemerintahan)itu adalah tanggungjawab besar, bukan karier cari makan, bukan kemuliaan .....
apa-apa pun tahniahlah pada budak tu, sebab membuktikan yang dia lebih cerdik daripada orang-orang tua yang menyambutnya dengan 'silakan tengku'...hehe
heh heh heh...
sebuah pengajaran untuk mereka yang berfikir dan berakal..
dalam al qur'an dah berkali2 Allah taala soal: adakah kau tidak berakal?
pas tu baru sedar singa sarkas tuh rupanya hanyalah kambing yang setelah melihat najis yang dikeluarkan berupa 'kacang kuda' dan bukannya najis singa! hahaha!
itulah Malaysia
..golongan pendekar pun sebenarnya sama jugak.. mintak maap cakap.. kebanyakan organisasi 'perguruan' silat mendoktrinkan penuntutnya bahawa mereka ada kaitan dengan pihak istana.. diajar berangan! setia la tu kununnya? patriotik la tu?
relitinya, agak2 pihak istana ada 'pandang' ke?
katalah ada.. cuma penaung aje laa.. itupun 'perasan' kononnya mereka secara 'outomatik' dah jadi 'tentera/samurai/pendekar istana'..
ramai pesilat-pesilat kita (terutamanya yang bersandang-sandang) yang 'rasa' macam 'istimewa' kerana ada kaitan dengan pihak istana.. istana tak pandang pun.. boleh ke sekumpulan 'pendekar belacan' ni menyaingi perlindung VVIP yang diberikan oleh unit2 UTK?
p/s:ada ka pihak istana guna pengawal dari bebudak silat kita ni? ada lagi ka? mana dia pengawal2 bertombak, berkeris tu pi? berangan nak jadi panglima la tu.. ha ha..
Post a Comment