Thursday, September 3, 2009

Ini Hari Dalam Sejarah...


Tahniah diucapkan kepada kerajaan Malaysia, seluruh warga ATM, khususnya cabang perkhidmatan Angkatan Laut Di Raja serta seluruh warganegara di atas pemerolehan aset yang bernilai ini!(1 sub = 6 buah kapal perang kelas frigate/kapal serangan pantas)

Disamping itu perkuatkan angkatan udara dengan jet-jet pejuang termaju dari kelas F 16, F15, dan F18.(walaupun SU 30MK power gak tapi tetap bermasaalah jika berhadapan dengan F15)

Mantapkan unit-unit GAPU (Gabungan Pertahanan Udara) dengan misil jarak jauh dan sederhana BVR (Beyond Visual Range)


Mansuhkan PLKN yang membazir dan wajibkan kemasukkan ke dalam Rejimen AW! Ikut model ISRAEL atau SINGAPURA jika perlu walaupun doktrin kita berbeza..


Import banyak-banyak raifal penembak tepat SVD Dragunov yang mesra pengguna berbanding aifal penembak tepat blok barat yang memerlukan skill dan latihan tinggi.. (Budak2 AW boleh guna buat tembak komander musuh.. hehehehe...) Bayangkan 4 tim sniper boleh melengahkan/menghalang/melumpuhkan 1 rejimen musuh 1000+ orang... hehehehehe....


...dan tidak dilupakan jua.. anti-tank weapon buatan Russia dan Iran untuk unit-unit MBT (Main Battle Tank) musuh...

(Halim Fansuri - 3 September 2009/13Ramadhan 1430H / 1905H)

P/s: ... Pendidikan merupakan pertahanan negara yang paling menjimatkan mengikut Aristotle. Senjata tidak semestinya yang mahal-mahal.. lihat sahaja insiden di Viet Nam, Amerika Syarikat ditundukan dengan teknologi asas yang mudah seperti jerangkap samar buluh runcing yang disapu dengan najis...

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.