Ah beng @ Apek Tiau @ Cina Ah Beng. Mewarisi perniagaan keluarganya membuat dan menjual keranda di pekan kuala pilah.. masih bujang lagi dan sedang mencari. Sekali pandang, dia kelihatan seperti watak tua yang hebat kungfu dalam cerita cina. Dengar ceritanya dulu pernah nak kahwin dengan perempuan Melayu dari Juasseh Tengah dekat-dekat Batu Kikir dan sanggup masuk suku tapi tak jadi kerana gerun mengingatkan tajamnya pisau to’ mudim.. selalu juga kelihatan minum kopi dikopitiam sekitar pekan.. inilah kisah beliau....
Hari ni hari ahad.. kedai tutup.. cuti satu hari. Tapi kalau ado oghang nak mati takkan nak suruh malaikat tunggu sampai ari isnin yo dak? Ah Beng ingat hari ni dia poie la jalan-jalan.. makan angin.
Sampainya disebuah kawasan padang sekolah, beliau terpandang akan sekumpulan manusia berpakaian hitam.
“Haiya! Wa ingat ini hali sekolah ala tutup, lupa ala bukak ka ini hali ahad maa.. wa ingat latok-latok ala main golf hali ahad punya!”, getus hatinya..
Dia menghampiri kumpulan pelajar tersebut, ada gurunya.. “ohh.. ala blaja kungfu (silat).. wa ingat itu black metal punya holang..”, mulutnya membebel sendiri (cakap Cina).
Dia berdiri ditepi gelanggang, badan tuanya bongkok sedikit, tangan ke belakang.. seronok tengok budak-budak tu bersilat. Tapi dia tak masuk ke dalam sesuka hati. Ini cina tahu adab, masuk rumah orang beri salam alas kaki dibuka, tak naik jika tidak dilawa! (Namun ada jugak Melayu laknat murtad tak beradab bila nampak orang tengah bersilat, dilintasnya tengah gelanggang macam tak ada apa. Dasar binatang liar tak berakal..)
Dekat setengah jam dia menunggu di tepi gelanggang, nasib ada pohon besar kat situ.. jurulatihnya pula sedang sibuk kut memantau budak.. memang belum sempat bertegur..
Sampai masa budak-budak tu berehat.. maka mereka berkumpullah dekat dekat bawah pokok tempat Cina Ah Beng berdiri.. ada yang kenal menegur, ada yang terus duduk kerana kelelahan.. Ah Beng beranjak la sedikit.. maklumlah, tempat orang.. turut sama jurulatih mereka..
Macam-macam gaya bebudak ni.. ada yang bergurau lagi.. ada yang mengambil angin semput. Jurulatih mereka pula sambil-sambil tu memberikan tazkirah semasa duduk-duduk berehat.. eehhh lupa pulak nak perkenalkan namanya.. Cikgu Nur Zaman, anak murid Wak Kusang dari sekitar Kuala Pilah jua.. Nampak apek Ah Beng, dipelawanya duduk bersama kerana dia biasa juga berbual dengan cina tua ni..
“Haiya cikgu! Wa tatak tau lu ala ajar kuntau aa!”, kata Ah beng.
“Bukan kuntau la Beng.. Silat, Silat Melayu namanya..”, kata Cikgu Nur Zaman membetulkan..
“onh.. onh..”, teranguk-anguk kepala Ah Beng membenarkan..
“..ini sahaja la antara warisan kami yang tinggal.. untuk anak cucu kami, nak kata amal adat? Siapa lagi yang mengamalkan adat dalam hidup sehari-hari? Baju kemeja, seluar slack? Makan di KFC? Pizza Hut? Minum kat Starbuck? Itu kat bandar bosa macam Kolumpo.. Bukit Bintang.. kita kat Kualo Pilah ni untung lagi.. kat luar? Masa nak kahwin aje baru ingat adat.. itu pun kerana $$$ hantaran.. kalau bukan kerana $$$ jauh dicampak ke sudut gamaknya.. padahal sebelum kahwin puas sudah berusung ke sana ke mari..” bebel Cikgu Nur Zaman lagi..
Adat bersendi syarak
Syarak bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
“Ala butut la lu cakap kawan.. Cina pun sama juga maa.. pakai baju aaa.. haiya! Wa ingat lugi manyak aaa tatak kawen!” balas Ah Beng. Semuanya gelak berdekah mendengar kata beliau. Akhirnya, aktiviti gelanggang ditamatkan. Walaupun dia tak faham apa yang bacaaan yang didoakan Cikgu Nur Zaman sewaktu tutup gelanggang, tapi dia pun turut mengaminkan.. Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
(Halim Fansuri - 6 September 2009/16Ramadhan 1430H / 1017H)
P/s: ... . watak Ah beng @ Apek Tiau @ Cina Ah Beng tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih mati ataupun yang telah hidup di dunia..



No comments:
Post a Comment