Monday, September 7, 2009

Ah Beng Kuala Pilah

Ah beng @ Apek Tiau @ Cina Ah Beng. Mewarisi perniagaan keluarganya membuat dan menjual keranda di pekan kuala pilah.. masih bujang lagi dan sedang mencari. Sekali pandang, dia kelihatan seperti watak tua yang hebat kungfu dalam cerita cina. Dengar ceritanya dulu pernah nak kahwin dengan perempuan Melayu dari Juasseh Tengah dekat-dekat Batu Kikir dan sanggup masuk suku tapi tak jadi kerana gerun mengingatkan tajamnya pisau to’ mudim.. selalu juga kelihatan minum kopi dikopitiam sekitar pekan.. inilah kisah beliau....

Hari ini isnin.. Ah Beng bersemangat betul hari ini, dia buka kedai awal.. memang rezeki itu datang dari tuhan, tetapi kena ada jalannya..

Jam sudah menunjukkan pukul sembilan suku, cuaca mula panas di luar.. namun Pokan Kualo Pilah tu tetap gitu, gitu jua adanya.. jalan pun dah mula sibuk dengan kenderaan, kereta dan motorsikal dah semakin banyak menderu memenuhi jalanraya di simpang hadapan kedainya.. anak sedaranya yang baru habis tingkatan 5 menolongnya menyusun kayu papan pintu kedai yang bernombor.. ya, kedai inilah tempat dia membesar, bermain, menolong bapaknya mencari rezeki, dan di kedai inilah juo dia memahat keranda untuk bapanya yang meninggal dunia..

Di kedai inilah pertama kali dia jatuh cinta pandang pertama setelah mata bertemu mata dengan si Milah...

Angin nyaman sepoi-sepoi bahasa bertiup masuk menyejukkan bahagian dalaman kedai yang memang sedia nyaman dan terlindung dari mentari pagi..

Hari ini dia kena siapkan tempahan awal.. keranda mahal dari kayu Cengal ni ditempah dari sorang tokey kaya di Thailand yang baru kematian bininya. Perkara ini biasa sahaja pada Ah Beng, dia pernah menerima tempahan peti keranda sejauh Vietnam dan Hong Kong.. diam tak diam terkenal juo si cino Ah beng ni.. naik namo Pokan Kualo Pilah ni di mato dunio oo jang!

Sebelum mulakan kerjanya, dia membakar dulu colok tiga batangsebagai persembahan kepada tuhan. Ya, itulah dia fitrah makhluk.. sentiasa rasa diri itu lemah.. sentiasa memerlukan perlindungan.. ada la rasa nak berTUHAN.. rasanya si Ah Beng ni lagi molek dari si Firaun yang mengaku TUHAN atau mereka yang terang-terangan mempersendakan ...

Dia berdoa dengan seribu satu harapan... semoga.. semoga.. semoga...

Ah Beng ambik pahat dan penukul untuk mulakan kerjanya.. dia mula menebuk bahagian dalaman batang cengal yang dikerjakan bersama anak saudara dan dua orang pekerjanya sejak 3 hari lepas.. Cuma kerja memperhaluskan bahagian dalaman sahaja dan kemudiannya mengetam dilakukan.. memang Ah Beng buat secara tradisional.. dan oleh kerana cara kerjanya itulah yang membuatkan beliau terkenal sejauh Hong Kong dan Taiwan..

Tengah sedap-sedap mengetuk tukul, tiba-tiba kali ini swing yang dibuat tak kena pada sasaran lalu menghentam tangan yang memegang tukul.. bayangkan betapa kerasnya kayu cengal tu dan kuatnya ketukan yang perlu dilakukan!

Allahuakbar!

Eh.. eh.. Ah Beng ni? Biasa cina cakap “Haiya!” masa sakit ke? terkejut ke? Ape ke? Ini bertakbir pulak? Pelik..

..semua terdiam? Anak sedara, dua perkerjanya, dan Ah beng sendiri terpinga-pinga terkejut. Semua diam membisu seribu bahasa kelu lidah nak berkata.. semua memandang Ah beng termasuk Ah Beng sendiri turut memandang Ah beng! Bukan pasal sebab dia kena ketuk, tapi pasal tak alih-alih bertakbir pasal kena ketuk!

Setelah satu sesi pandang memandang yang cukup panjang berlaku, anak sedaranya membuka mulut dan berkata: Ah Beng aah! Lu masuk melayu aa?

.. Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

(Halim Fansuri - 7 September 2009/17Ramadhan 1430H / 0958H)

P/s: ... . si Ah Beng ni melatah rupenye.. siapa yang melatah? Mengapa dia melatah? Betul ke dia melatah?..

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.