Tuesday, March 3, 2009

Sekadar Sebuah Renungan


Wahai anak

sudikah jika aku kenalkan dikau akan Dia?

yang menamakan diri-Nya sendiri

yang mempunyai satu-satunya nama

satu tak terbilang

dan terbilang cuma satu?

Heh heh heh...

Halim Fansuri 2hb Mac 2009/5 Rabiulawal 1430H

p/s: Setiap yang ada pasti ada nama, ada bekas dan ada isinya, dan ada tuannya... Allahualam



'Kemuka bukti nama Allah merujuk Tuhan dalam kitab Bible'(NASIONAL - Selasa, 03 Mac 2009/6 Rabiulawal 1430)


SHEIKH Abdul Aziz bersama trofi untuk penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430H/2009M.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, meminta pihak yang menyatakan nama Allah digunakan bagi merujuk Tuhan dalam kitab Bible supaya membuktikan dakwaan itu.

Katanya, setahu beliau, tidak ada dalam mana-mana versi Bible di seluruh dunia yang menyebut Tuhan mereka adalah Allah.

"Saya hendak tanya dalam kitab suci agama lain, adakah disebut Tuhan mereka adalah Allah? Kalau boleh ditunjukkan ada yang merujuk bahawa Tuhan yang mempunyai anak Jesus itu adalah Allah (kerana) Tuhan dalam agama Islam ialah Allah yang tidak ada anak dan tidak diperanakkan.

"Sebagai orang Islam, kalau ada mana-mana penganut agama yang sudi mengiktiraf dan berikrar bahawa Tuhan mereka adalah Allah seperti yang diyakini penganut agama Islam dan yakin Allah tidak ada anak dan tidak diperanakkan, saya adalah orang Islam yang paling gembira," katanya pada sidang media mengumumkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah, di pejabatnya di sini, semalam.

Wan Mohamad diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyarankan orang bukan Islam di negara ini dibenarkan menggunakan perkataan Allah.

Nik Abdul Aziz mendakwa keadaan itu bersandarkan kepada penggunaan perkataan Allah berlaku sejak zaman berzaman lagi, malah dalam al-Quran juga disebut perkara itu.

Ditanya mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian, beliau berkata, pemimpin Katolik tidak sepatutnya berasa terdesak untuk meminjam nama Tuhan lain yang tidak ada dalam kitab suci mereka.

"Allah adalah nama khas, kita minta pemimpin Katolik tunjukkan kepada kita (nama Allah dalam Bible)," katanya.

Mengenai akhbar The Herald
The Catholic Weekly yang masih mahu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya baru-baru ini, beliau berkata, di peringkat awal ia akan menimbulkan kekeliruan dan mungkin boleh membawa ketegangan.

"Ini (ketegangan) patut kita elak sebab Malaysia terlalu kaya dengan sejarah ketegangan antara kaum dan penganut agama. Kita sebagai pemerintah bertanggungjawab memastikan keadaan aman dan ada persefahaman antara agama, adalah lebih baik ambil langkah-langkah awal," katanya.

Beliau berkata, tindakan KDN membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian adalah profesional.

Beliau berkata, tindakan itu juga selari dan menghormati undang-undang di peringkat negeri kerana sudah ada 10 negeri yang mempunyai undang-undang menghalang perkataan tertentu yang menjadi teras agama Islam daripada digunakan.

"Undang-undang ini diperkenankan Sultan dan Raja-raja di negeri berkenaan dan kita perlu menghormati keputusan jemaah menteri dan undang-undang yang diperkenankan Raja-Raja," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090302233758/Article/index_html


Sunday, March 1, 2009

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(Al Fatihah/ Surah 1 ayat 1)

Wahai yang memanggil!

Dan wahai yang memuja!

Adakah Dia kepunyaanmu?

Adakah Dia kepunyaan bapa-bapamu?

Atau Dia itu ciptaanmu?

Ataupun Dia itu ciptaan bapa-bapamu?

dan apabila wajah bertemu wajah..

ketahuilah akan dikau

hakikatnya Dia-lah yang menamakan diri-Nya sendiri...

Halim Fansuri - Ahad, 01 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430

Kerajaan perlu tarik kebenaran guna kalimah Allah: Nakhaie (LAMAN UTAMA/MUTAKHIR Ahad, 01 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430)

KEPALA BATAS: Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan kerana perkara itu sudah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

"Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang.

"Pada saya, kerajaan sudah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim," kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan kalimah "Allah" bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.

Perintah tersebut menyatakan: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "solat" adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian". - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090228163510/Article/

p/s: Pada masa zaman Rasulullah dahulu, bapa saudara baginda yang bernama Abu Jahal telah bersumpah, “Demi Allah! Nescaya akan aku bunuh si Muhammad kerana mencerca agama nenek moyang kita!”.. Allahualam..



Sunday, February 15, 2009

Sekadar Sebuah Renungan


Ada orang dilahirkan terus menjadi Raja

namun banyak yang dilahirkan papa kedana

ada jua yang ditakdirkan untuk berbini tiga

dan ada yang dibiarkan keseorangan melayan cita-cita...

Wahai yang tidak diberikan apa-apa!

Mengapakah engkau berkeluh-kesah?

Bergembiralah!

Belum tentu kau dapat menanggung amanah...

Halim Fansuri.. Feb 15 2009





Saturday, February 7, 2009

Seligi Selayang Pandang


Ini bukan istana, ini baru gate istana...


Kata sahibul riwayat orang2 tua dulu.. perintah raja dijunjung, kepentingan diri dikelek.. benar.. itu benar.. kerana panggilan setia..

Akan Sang Sapurba pula ada berjanji dengan Demang Lebar Daun..

...jika ada dosa anak Melayu jangan diaib, jangan dinista.. jangan dibuat sesukanya.. kata paduka Demang Lebar Daun..


Sang Sapurba berkata pula.. jika begitu ayahandaku, beta tidak akan berbuat iniaya melainkan terbalik tiang ke langit dan bumbung ke bumi (tulah)..

jika anak Melayu DERHAKA..

...dan disambung pula oleh Demang Lebar Daun.. jika anakanda tidak memulakannya jua.. jika berlaku hukum Allah.. maka hilang kerajaan adanya..

Begitulah intipati isi waadat dan perjanjian (covenant) kedua tok nenek kita.. oleh sebab itu raja-raja beroleh DAULAT dan anak Melayu beroleh TULAH...

...dan hilang kekuasaan raja-raja akibat melanggar sumpah..

...dan terbalik melungkup ditelan bumi akan orang-orang dahulu yang menderhaka kepada raja..

...akibat pembunuhan sesuka hati.. Sultan Mahmud hilang kerajaan Melaka..

...akibat membuka pintu kota.. Sang Rajuna Tapa ditelan bumi..

...bila bala mendatang.. bukan masa nak bergembira atau menunding jari kepada mana-mana pihak..


...kelak raja dan hamba Melayu jua yang merana.. tak belajarkah kita dari kesilapan? butakah mata kita? atau wajar ditulis lagi Salalatus Salatin versi abad ke-21?


Maka Sang Sapurba berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari dan keesokan hari tidaklah terjadi penyakit kedal atau penyakit kulit ...

..itulah jadinya keturunan tok nenek kita dengan jadinya hamba-hamba Melayu sekelian..


... have we forgotten the COVENANT that bind us with them?


..thus, a 1000 years has pass.. yer been warned..


Teks asal yang menceritakan tentang Waadat/Perjanjian/The Covenant

...Dan bila Raja itu meminta mana-mana Raja yang punya anak untuk dikahwinkannya, ramailah Raja yang memberikan anak perempuannya kepada Sang Sapurba tetapi selepas pasangan itu berhubung kelamin, dengan tidak bersebab isteri Raja itu akan terkena penyakit kulit yang berbelang-belang (kedal), sehingga sampai ke 40 orang anak Raja yang dikahwini oleh Sang Sapurba, kesemua selepas ditiduri mengidap penyakit yang sama, dan semua ditinggal atau diceraikan oleh Sang Sapurba.

Sehingga Demang Lembar Daun menyerahkan anak perempuannya untuk dikahwinkan dengan Sang Sapurba tetapi dengan bersyarat jika Sang Sapurba sanggup membuat perjanjian dengannya. Maka ditanya oleh Sang Sapurba: Apa yang dikehendaki oleh bapa ku itu?"

Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu’

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya

Maka Sang Sapurba berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari dan keesokan hari tidaklah terjadi penyakit kedal atau penyakit kulit yang berbelang belang berkat perjanjian antara kedua pihak. Maka selepas itu Sang Sapruba jadi Raja di Palembang, dan Demang Lebar Daun pun bertukar jawatan menjadi Mangkubumi.

Moral: Kontrak sosial ala Magna Carta (perjanjian setia) yang pertama orang-orang Melayu kepada Rajanya atau Sultan ialah tidak akan menderhaka selagi Raja dan Sultan Melayu tidak mengubah perjanjian itu.

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.