1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Al Fatihah/ Surah 1 ayat 1)
Wahai yang memanggil!
Dan wahai yang memuja!
Adakah Dia kepunyaanmu?
Adakah Dia kepunyaan bapa-bapamu?
Atau Dia itu ciptaanmu?
Ataupun Dia itu ciptaan bapa-bapamu?
dan apabila wajah bertemu wajah..
ketahuilah akan dikau
hakikatnya Dia-lah yang menamakan diri-Nya sendiri...
Halim Fansuri - Ahad, 01 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430
| Kerajaan perlu tarik kebenaran guna kalimah Allah: Nakhaie (LAMAN UTAMA/MUTAKHIR Ahad, 01 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430) KEPALA BATAS: Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.
"Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang.
Perintah tersebut menyatakan: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "solat" adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian". - Bernama http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090228163510/Article/ |
p/s: Pada masa zaman Rasulullah dahulu, bapa saudara baginda yang bernama Abu Jahal telah bersumpah, “Demi Allah! Nescaya akan aku bunuh si Muhammad kerana mencerca agama nenek moyang kita!”.. Allahualam..


No comments:
Post a Comment