Sunday, January 20, 2013

Secangkir Kahwa Pengendur Urat..



5160? 1060? 440? SPRINGGG?

..jenis pedang jopon yg terbaik di pasaran adalah yang dibuat dari kelas besi 9260 SPRING STEEL dan diikuti dengan besi dari jenis 5160 SPRING STEEL.. (besi spring masuk kelas yang terbaik juga sebab ketahanannya diuji semasa jadi spring kereta atau lori)..
 
di tempat ke 3, besi dari jenis 1060 CARBON STEEL - besi ini tahan sebab ianya SEIMBANG dari segi KELENTURAN besi dan KERASNYA. bila berlaga dengan sesuatu yang keras, ia akan sumbing.. (bahasa wak zul parang, besinya liat..)
 
di tempat ke 4, besi dari jenis 1095 CARBON STEEL - besi ini SANGAT KERAS dan KURANG DAYA LENTUR. bila berlaga dengan sesuatu yang keras, ia akan menyerpih sebab ianya KERAS dan RAPUH. tetapi memana senjata yang dibuat dengan kuaLliti yg lebih rendah akan berisiko putus/patah kerana besi ini sangat tahan.. senang cakap, besi ni boleh potong paku..
 
1045 CARBON STEEL jatuh ke tempat ke 5, besi jenis paling minima untuk kelas carbon steel.. paling MURAH dan PALING LEMBUT untuk kelas high carbon steel. pedang yang dibuat dari jenis ini masih boleh dikategorikan berfungsi..

 besi kelas 440 dan ke bawah.. ehem... adalah dari kelas pisau dapur, tetapi pisau tetap pisau.. ianya tajam. walau pun kelas 'pisau' kalau sesorang tu ada skil dan cekap menggunakannya, ianya terlebih baik dari mempunyai 'peralatan' dari jenis yang terbaik tapi tak tahu guna langsung... (tak terlatih dan takda skill) 

Soalan: kenapa byk jenis katana bukan buatan asli dari jepun tapi sebaliknya datang dari taiwan dan china (serta US)?

..pembuatan pedang jepun selepas era keshogunan telah naik kembali dan mencapai kemuncaknya pada tahun2 sebelum perang dunia ke 2, iaitu sekitar tahun 1930an, selepas jepun kalah dalam perang dunia ke dua, pembuatan pedang diharamkan terus oleh tentera amerika. ..sekitar tahun 1956, seni ini di naikkan kembali tetapi dengan syarat yg sangat ketat i.e:

1. dibuat sebagai hasil seni -mengekalkan tradisi agar tidak pupus.
2. pembuat pedang HANYA DIBENARKAN MEMBUAT 2 BILAH PEDANG SEBULAN. - kesan: harga sebilah pedang yg 'ORIGINAL' mencecah USD 30,000 - 60, 000 sebilah..

..dek kerana syarat2 yang ketat inilah, ramai 'mpu' pedang jepun turun ke taiwan dan china dan 'menurunkan' ilmu mereka pada org2 di sana.. wallhua'lam.. ..antara besi terbaik yang kita pernah jumpa adalah BESI BARREL MACHINEGUN/GPMG.. kalau dapat sebatang.. aduhai... bila berdenting, merdu betul bunyinya...... TINGGGGGG.... 

Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 20 Januari  2013/8 Rabiul Awal  1434H/1818H)

p/s:  ..kalau nak besi jenis ni (BESI BARREL MACHINEGUN/GPMG), BERANI, CUKUP ISI dan ADA PERALATAN CUKUP, silalah berenang masuk sungai sedili kat kota tinggi, tempat perlupusan besi-besi ni.. (iskk.. sayangnya...)

1 comment:

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.