..yang untung dan dapat nama pula adalah tauke-tauke badut yang mengaut untung atas nama perjuangan mengembangkan kesenian..
...kasihan pada badut-badut tua yang terlantar sakit tanpa pembelaan.. badut-badut tua inilah yang menjadi guru pada badut-badut muda yang bakal jadi pengganti dan pelapis barisan badut-badut tu nanti..
p/s: court jester (badut diraja)
Tanpa tuan, siapalah badut..
Tanpa tuan, badut mungkin merempat..
Tanpa tuan, badut hanyalah manusia bebas yang biasa..
Tanpa tuan, badut tidak akan mampu bersuara walaupun kata-kata badut hanya menjadi jenaka kepada tuan-tuan sekalian..
Terma kasih tuan kerana membela badut-badut seperti saya..
ada badut dah jadi tokey
tapi sama je
unakan badut untuk diri
sambil mengira dit yang masuk kantungya
hasil persembahan jenaka badut
yang makan di tepi longkang jua
masih macam dulu
meera nam joker!
nasib badut-badut kecil pula tidak akan berubah.. sentiasa bercakaran untuk berebut jadi siapa badut yang paling hebat dalam dunia..
badut-badut yang tersingkir pula akan merajuk hati dan bertapa di dalam sarkas kura-kuri dan menolak apa yang badut establishment buat atas alasan tak mahu campur dalam dunia pembadutan (sedangkan mekap di muka tak mahu kasi basuh tapi hati masih lagi gatal nak buat kerja badut..) badut-badut ni akan jadi badut anti-establishment, yang mana sel-sel kecil akan bersatu membentuk unit/pertubuhan badut pengganas dengan serangan tonyoh pai ke atas orang awam yang suka pada badut-badut establishment..
..bila semuanya berakhir yang ada cuma badut-badut dalam pakaian berwarna-warni (purak-purak) mati bergelimpangan dengan pai yang ditonyoh ke muka di sana-sini..
p/s: kau mahu jawatan raja badut? ya, akhirnya semuanya cuma sekadar badut.. suatu kebodohan..
takda apa yang lebih melucukan apabila dipandang oleh orang-orang awam (orang biasa yang tak jadi badut) atau mereka yang tak terlibat dari melihat perlakuan badut-badut berebut sesuatu yang tak bernilai.. suatu gelaran semata-mata..
..dan badut-badut ini merasakan diri mereka hebat kerana mereka ada 'sesuatu' (nilai atau pengetahuan atau skill tertentu) yang tidak dimiliki oleh orang-orang awam. mereka rasa diri mereka 'penting' dan 'diperlukan' oleh orang-orang awam yang memandang sinis aktiviti badut-badut ni sebenarnya..
..sedangkan realitinya, mereka hidup makan pagi kais pagi, makan petang kais petang dan taraf atau ilmu badut mereka tak membantu mereka pun nak mendapatkan kerja yang lebih baik dengan pendapatan yang steady untuk anak-anak.. dapat wang pun dengan menagih belas ikhsan dan simpati orang.. tak lebih nasib badut-badut dengan peminta-peminta sedekah yang duduk merempat kat kaki lima..
..badut yang establish pula hidup dengan senang buat kerja lain seperti berniaga, atau paling kurang makan gaji dengan jawatan profesional yang boleh tahan juga sebenarnya (bukan badut sepenuh masa)..
Badut-badut ni tak fokus buat kerja badut tapi mereka la yang paling kuat melaung-laungkan pasal perjuangan kesenian badut dan banyak merekrut badut-badut muda.. (kebanyakkannya budak2 sekolah yang sedang mencari identiti yang didoktrinkan dengan pelbagai fahaman yang mengarut serta cerita-cerita mitos dongengan kehebatan pengasas2 persatuan/perguruan ilmu badut) dan endingnya, mereka ni la yang dapat banyak jawatan dalam persatuan (ditambah dengan agenda2 sendiri yang tertentu..)
p/s: ..ramai badut-badut di luar sana yang perasan, mereka ada 'taraf tersendiri' dalam masyarakat.. meneruskan suatu 'perjuangan' katanya.. he he he he
ha ha ha ha ha..
p/s: ..kita manusia bebas, jangan jadi badut!
badut di luar tu faham tak citer ni?
atau asyik melahap nasi bungkus di tepi longkang selepas persembahan?
badut dan longkang.......
masih macam dulu....
ada sorang guru badut yang menyatakan ,"martabatkan ilmu badut", dan bila aku sanggah dengan, "martabatkan taraf badut dulu, baru orang akan pandang akan ilmu badut", wahh! marah menyinga dia! nak ditonyohnya dengan pai muka badut aku ni!
cheh! taraf pemikiran badut! sampai bila-bila la kau akan jadi badut sarkas! Golek-golek macam beruang panda main bola dengan keempat-empat kaki!
p/s: ...dasar badut!
...ada pula badut yang mendera badut lain demi 'kebanggaan' badut di arena sarkis. Katanya 'kau tak layak jadi badut sebanding AKU.
...apalah nasib badut2 ni...
...menunggu episod 'pemberontakan badut'...hari dimana badut sudah tidak badut lagi.
Alfiannagasakti.
..dan waktu tu aku nak tengok mereka yang kuat sangat suara 'melaung-laungkan' slogan-slogan bodoh perjuangan badut ni, adakah mereka benar-benar berani menonyoh pai ke muka penceroboh-penceroboh dari bulan atau planet x yang bersenjatakan 'death ray' (paling tak pun peluru tomahawk! he he) tu nanti?
..atau mereka sekadar berani membisu atau terberak atau terkencing membasahi seluar mereka yang berwarna-warni tu nanti? Cakap besar boleh la.. badut kan?
..mana-mana badut tua yang 'degil' dan 'keras kepala' akan ditembak satu persatu.. he he.. aku nak tengok badut guna ilmunya menepis peluru HEAT (High Explosive Anti Tank Missle) yang dilepaskan dari U.A.V (pesawat terbang tanpa pemandu).
p/s: ..dan badut-badut tu lari lintang pukang tak cukup tanah mencari tempat persembunyian..
membetulkan seluar aneka warna
(ingat ya, setiap warna melambangkan status kebadutannya, begit juga bilangan warna yang dipakainya)
apabila badut muda baru belajar bertanya sesuatu yang bersalahan dengan ilmu badutnya, dia mengembangkan rambut mengerbangnya sambil mengangkat pai tanda amaran. "aku lebih dahulu makan pizza" katanya
lalu apabila penontok yang asyik ketawa memaling si badut dengan bola golf, dbalas dengan balingan pai yang enak dimakan......
p/s: ..badut menceriakan hari anda!
p/s: don't surround yourself with minions, find a wise person..
*janganlah dikau kumpulkan 'pengikut'2 disekelilingmu, carilah orang bijaksana..



1 comment:
SELAMAT MENGUNDI.. MENGUNDI ADALAH HAK AND, BUKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!
ANDA BERHAK MEMILIH, ANDA JUGA BERHAK UNTUK TIDAK MEMILIH - OGHANG BA ADO.
Post a Comment