Sunday, December 19, 2010

R.U.M.A.H = GHUMOH!



Lembaga Adam

  1. Macam-macam rupanya – ada yang macam istana, ada yang macam masjid. Selalu yang dijumpai rupanya macam rumah biasa. Dan ada yang ‘nampak’ macam pondok buruk tengah sawah pun ada.
  2. Asalnya dari apa? Dari mana? dan bangsanya pula bagaimana? serta TUJUAN asal mengapa ianya DICIPTA. Pilihan bahan asas yang menjadikan rumah-rumah ni terbina adalah bergantung ikut PELAN ASAL DI TANGAN PENCIPTANYA.
  3. Tuan rumahnya pun ada yang macam-macam gaya – ada miskin dan ada yang papa. Yang menjadi ‘isi’ bagi rumah-rumah ini.
  4. Biasa la, dah duduk kat ‘kampung’, macam-macam ada kat keliling.. yang baik.. yang jahat.. rimau.. gajah.. penyamun, perompak, kawaq, mat gian dah tentu bersepah2 juga kan?
  5. Yang jadi masalahnya, ramai yang tak tau jaga umah. Dah le membuatnya payah, belajar cara mempertahankan rumah pun tak tau (tau duduk aje).. lepas tu tuduh-tuduh ini dan itu, padahal sendiri yang tak berilmu..
  6. Dah tau umah tu ko letak barang berharga macam tv ke, emas berlian atau permata – yang dibuka pintu tu depan belakang seluas-luasnya buat apa? Atau ajak berkawan dengan mat gian duk naik atas umah? Hah! Bersarang la dia! Dah ajak tak tau nak suruh keluar? Salah siapa jang?
  7. Akhir sekali, rumah ni bukan milik kita, kita MENUMPANG aje.. sampai masa tuan umah akan hantar wakil JEMPUT KELUAR, atau rumah ROBOH SENDIRI sebab dah lama. PINDAH la awak ke RUMAH BARU, kat TEMPAT LAIN.. (banyak kumpul harta selesa la kawan...)


Halim Fansuri – 19 Disember 2010/13 Muharram 1432H/1409H)

p/s: ... kalau TAK RETI juga tak tau le..

22 comments:

Oghang Ba Ado said...

..yang macam masjid (macam gambo no 2) tu pun ramai jumpa.. gah aje, isinya tak ada.. lebih tiang dari tuannya..

fakir al banjari said...

Rumah aku kecik je, buruk lak tu, cat pun dah usang, siap ada taggal lagi, penghuninya tah a macam mana

Oghang Ba Ado said...

"...Rumah aku kecik je, buruk lak tu"

ada dua kemungkinan:

1. tuan umah dia gagah bergaya, tinggi 70 hasta.

2. bersawang dan banyak nyamuk, pontianak harum sambal malam pun ada..

..aku rasa yang no 1 tu kot? har har har!

p/s: ..senang aje kalau dah 'nampak', akan datang hamba akan bincangkan bab "Tuan Rumah vs. Penceroboh".. Insyaallah..

kiaisepuh said...

ala apa korang susah ada satu rumah memang sedia ada insyaAllah semua org dapat InsyaAllah..dindingnya tanah tiangnya kadang2 kayu alamak! atap pun tanah selalunya ada dua no nya sebab ada dua batu kat situ...

rumah ni boleh jadi sempit boleh jadi besar seluas mata memandang ha! kena tengok sapa yang duduk la..heheh

Gelojak_Jiwa said...

rumah aku tak siap lagi.. tapi tak tau la kalo dah ada orang buat rumah kat situ! huhuhu

syahir said...

salam...ok arr, ada gak umah huhuhu...

p/s: buanglerr word verification tu bangggg....nyampahhhhh, ngada2...

Oghang Ba Ado said...

Kiaisepuh: itu kuboor!

G_J: umah tak siap tak apa, jangan tuan umahnya muka tak siap.

bang Syahir: he he he he he.. ece ce ce ce ce ce..

fakir al banjari said...

Nampaknya bicara OBA belum sampai.... hu hu hu, ye ke OBA?

Rumah kita lama-lama usang, tapi kena jaga elok-elok

Umah OBA dah dimakan anai-anai tiangnya....terpaksa la perpasak tiang nan sebatang ... nanti aku bagi ubat bunuh anai-anai, harap berkesan la

Oghang Ba Ado said...

gitu la gamaknya.. dibukakan sikit demi sikit (masa aku mengambik dulu dah berapa orang sergah dan tunjal dahi aku..)

benar tu bang, kayu atau batu sekalipun, sunatullah ia akan menyembah bumi, kecuali beberapa rumah yang tak buruk2 sejak zaman dahulu lagi, masa dijemputnya tuan rumah belum sampai sebab ada PERJANJIAN atau PERANAN yang diberikan oleh SANG PEMILIK. (ha! siapa depa tu agaknya?)

terima kasih bang, aku terima ubatnya, asalkan kena dengan duduk letak penyakitnya..

p/s: ..dan pada diri manusia itu tersirat 1001 rahsiaNya..

kiaisepuh said...

OBA :hehehe betoi 100% asli tu memang kuboor..ngeaaaa
Kalau hang ada cerita. cerita lah aku nak dengar mcmana hang nak sampai ke situ huhu

Oghang Ba Ado said...

nak masuk umah baru senang aje, jangan banyak cerita.. terjun aje la sungai selangor tu, nanti ada la Dia hantar orang jemput.. he he he..

Gelojak_Jiwa said...

oh begitu.. mula2 tk paham juga... jgn kau tunjal dahi aku dh le OBA! hehe..

Sekarang dh faham.... rumh aku ni kdg2 aku tebuk dnding dia.. kdg2 aku tmpal balik... sian kt umh aku..

Oghang Ba Ado said...

alhamdulillah..

..tapi citer pasal umah ni pun dah permulaan nak masuk bab yang pertama (nak kata tahap kulit pun belum tembus lagi, baru nak mengenal).

..sebelum jadi rumah dah tentu apa bahannya kan? amik kat mana, asal dari mana - ada kayu yang dah beranai2 sejak dari mula diambil kat tempat asal..

..dan sebelum tu lagi kena kenal PEMILIK ASAL bagi kayu-kayan, pasir batu, simen dan pembantu2nya (yang tolong buat rumah)..

..baru la dapat beza, antara siapa PEMILIK RUMAH, dan TUAN RUMAH, yang DUDUK KAT DALAM tu..

..masalah mengusir PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) akan dapat kita rungkaikan/atasi bila kita BERILMU, mana ada masalah tak boleh diselesaikan bukan?

p/s: ..nak kata tak ada, ada. nak kata ada, macam tak ada..

Anonymous said...

Dulu masa kecik, kita menumpang rumah mak ayah, bila dah berkeluarga sendiri, dah ada komuniti sendiri, duduk rumah lain pulak, begitulah...rumah tempat istirehat, ketenangan, pendidikan, pembesaran, ibadat...tempat tidur paling selesa.

Gelojak_Jiwa said...

betul.. rumah mak ayah kita sampai masa kita yang nak keluar sendiri.. rumah kita ni sampai kena paksa keluar pun kadang2 tak mau keluar padahal menumpang je.. hohoho

kiaisepuh said...

itu rumah ka...ini rumah lain pulak...dulu ada janji bila dah sampai kekadang lupa..bila dah lupa macam2 dia buat.. terlupa pula rumah sapa kita tumpang dan hak sapa ...udah la menumpang buat sebarangan pula...yang paling takut lagi walaupun dah buat sebarangan mau tak mau pemilik rumah mesti panggil balik...dan mau tak mau kena balik time tu alamak! baru teringat balik janji..terlupa nak tunai janji..dah tersasar dari janji...
tapi selalunya pemilik rumah sangat bagi peluang di tunggunya bila nak repair balik...bila nak tunai janji bila pula nak mohon maaf...

cuma adakah kita ambil peluang tu?

Ya Allah! Kau berikanlah peluang itu kapada ku dan sahabat2..bagi lah peluang untuk kami baiki diri kami melaksanakan janji...dab berilah peluang kepada kami untukbalik dalam keadaan suci amiin..

fakir al banjari said...

"Kau tu siapa? Kau tak layak duduk di rumah ni, kau tu PATI, nanti habis terbakar rumah ni," he he he

Gelojak_Jiwa said...

;Tolong Tuan... kasihani saya tuan.. saya takde tempat lagi mau berteduh.. janganlah tuan halau saya.. macammana saya mau cari rejeki tuan...'

kiaisepuh said...

apra lain kali kalau masuk masuk rumah kasi salam la dulu kasi bawak buah tanagn baru bolah masuk huhuhu...

Oghang Ba Ado said...

he he he.. bang kiaisepuh, memang dia masuk biasanya dia akan beri salam dulu (terutama sekali kalau barang berhantar)..

so hati2 la menjawab salam.. tengok2 dulu siapa yang beri.. nanti dah masuk payah nak keluar..

dan ada juga yang macam salesman gores dan menang. pujuknya/godaannnya dengan tawaran yang macam-macam, itu azam tuan rumah yang 'keras hati' aje yang dapat melawan.

p/s: salam bermaksud kita berikan acces code masuk umah kita..

Mistikal Jiwa said...

salam tuan rumah .. .. (tak jawab dosa) .. .. hehe .. .. ;-) .. ..

Oghang Ba Ado said...

w'salammm.. he he he.. masuk le..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.