Syor usia 21 tahun automatik jadi pengundi - Rabu, 10 Februari 2010
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mewajibkan warga negara berusia 21 tahun ke atas menjadi pengundi berdaftar secara automatik dan dikenakan tindakan jika tidak mengundi pada pilihan raya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah itu perlu berikutan lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Malah, beliau berkata, jumlah mereka yang tidak berdaftar dijangka terus meningkat berikutan secara purata hampir 500,000 rakyat Malaysia mencapai berusia 21 tahun setiap tahun.
Katanya, pendaftaran pengundi secara automatik itu akan dibuat berdasarkan alamat tempat kelahiran mereka di dalam kad pengenalan.
Bagaimanapun, beliau berkata, langkah itu memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan kerana ia menimbulkan pelbagai persoalan dan orang ramai akan menuduh SPR mengamalkan autokratik dan paksaan.
Ditemui di pejabatnya, semalam, Abdul Aziz berkata, walaupun proses pendaftaran dilaksanakan sepanjang masa menerusi 696 pejabat pos, kaunter bergerak SPR dan lebih 2,200 penolong pendaftar pemilih yang dilantik mewakili parti politik, kesedaran di kalangan rakyat Malaysia masih rendah kerana mendaftar sebagai pengundi bukanlah sesuatu yang mandatori.
Sebelum ini, SPR mendedahkan kira-kira 65 peratus atau 2.85 juta daripada 4.38 juta rakyat negara ini berusia 21 tahun ke atas yang tidak mendaftar sebagai pengundi adalah Bumiputera.
Jumlah itu diperoleh selepas SPR membuat pemadanan dengan data penduduk berusia 21 tahun ke atas yang dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah pengundi tidak berdaftar paling tinggi iaitu 787,500 diikuti Johor (604,00), Perak (526,000), Sarawak (473,000), Kuala Lumpur (351,000), Kedah (317,000) dan Sabah (280,000).
Ini diikuti Kelantan (247,000), Pulau Pinang (217,000), Pahang (200,000), Negeri Sembilan (154,000), Melaka (95,000), Terengganu (82,000), Perlis (32,000), Labuan (11,500) dan Putrajaya (7,200).
Abdul Aziz berkata, SPR mengenal pasti sikap sambil lewa atau tidak memberi keutamaan sebagai pengundi menjadi punca utama perkara ini berlaku, tetapi keadaan berubah menjelang setiap pilihan raya umum apabila SPR terpaksa memproses lebih satu juta permohonan dalam tempoh setahun sebelum pilihan raya diadakan.
"Justeru, SPR meminta semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan penduduk supaya membantu usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya.
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100210002850/Article/)
Halim Fansuri – 10 Febuari 2010/25 Safar 1431H/0859H)
p/s: ...4.38 juta rakyat negara ini tidak mendaftar sebagai pemilih bukan kerana mereka sambil lewa dan tidak acuh/sedar dengan kepentingan mengundi atau berpolitik. 4.38 juta individu ini sedang menjalankan ‘hak untuk tidak memilih’ dan sekaligus memboikot pilihanraya kerana hilang kepercayaan dengan ketelusan sistem ...


16 comments:
pemuda pemudi sudah pandai berfikir.
buat apa membuang undi, kalau jumlah undian ditipu.
salamssss .. .. bagusnya research yg mereka buat yeah .. .. punca utama yg dikenalpasti tu sudah ditetapkan -- apa jadi pun statementnya begitu jugalah sampai bila bila .. .. kesedaran tu ada, tapi tak mahu/tak berani terima hakikat .. ..
pilihanraya dah jadi perayaan wajib utk dunia politik -- bukan utk dunia kepimpinan lagi dah .. .. leadership dlm negara dah tercemar .. .. itu baru general punya leadership, belum pergi jauh dan dalam utk islamic leadership lagi tu .. ..
sy pernah ditanya oleh seorang pemimpin utama, "kenapa tak pi mengundi?!" -- sy jawab, "layak ker calon tu utk diundi?!" .. .. dia senyum, mungkin mempertikaikan jawapan sinis sy tp hakikatnya sy menyuarakan hak dan pilihan sy .. ..
p/s: pilihanraya hari nie bukan untuk kemerdekaan dan kepimpinan, jadi calon calon tu semua untuk apa?! .. ..
JIWA
dengan automatiknya pendaftaran ini, maka akan bertambahla hantu-hantu yang mengundi.
bertambah undi rosak kerana orang yang dipaksa aan tunjukkan prasaannya dengan buat kerosakan.
bertambah juga pengundi yang mengundi tanpa ilmu. yang penting pangkah. golongan ni senang dipengauhi. untung la kalau kuasai media
habis,apa tindakan kita?
ada tindakan.. ada..
contoh?
tulih dalam blog
takut kena lokap!
G_J adindaku.. bukannya KAMI takutkan lokap..
Bagi orang berjuang, dari Mahatma Ghandi sampai pada Dr. Burhanuddin Helmi, lokap tu rumah kedua mereka..
..dan adat orang berjuang, tak mati dicampak ke jirat tak bertanda, lokap menanti..
..perjuangan memang pedih, terutama sekali apabila kita melawan pihak berkuasa yang BATHIL, hamba sendiri first hand merasai penalaman tersebut..
..dilokap, bukannya suatu yang menakutkan.. 1001 seksaan menanti (yang biasanya tahanan politik akan terima deraan mental untuk menghancurkan semangat) - adat le tu..
dilokap, umpama mati gerak, terkunci - masa terbuang sedangkan suatu tindakan penentangan harus dilakukan.. jika individu dilokap, maka tindakan/pergerakkannnya terbatas.. dan ini merugikan dalam jangka masa pendek jika ada 1 penentang..
sebab tu Mahatma Ghandi anjurkan penentangan Massa SATYAGRAHA secara besar-besaran, atau penduduk Malaya anjurkan HARTAL pada 1947 (MOGOK) semasa menentang gagasan Malayan Union..
sumbat la berapa banyak orang dalam jel.. sampai macat penjara tak muat-muat, itu strategi! dan itu telah dibuktikan berjaya - TANPA KEGANASAN (biasanya polis aje yang suka bantai orang.. kaki pukul beruniform.. aku paling meluat tengok kadet polis.. latih budak jadi 'mindless' sebenarnya..
abang OBA, aku yang takut tu sebenarnya
...Orang hensem tak boleh penakut.. nanti orang kata jambu..
aww! malunya I!
OBA kau demam ke?
I suka jambu
I punnn!!
Post a Comment