Gua Cilok Lu, Lu Cilok Gua..
'Bukan gambaran negara amal pemerintahan raja mutlak' - (NASIONAL/Rabu, 10 Februari 2010)
PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan dakwaan kesan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, memberi kuasa mutlak kepada Sultan atau Raja untuk memilih kerajaan pilihan baginda.
Katanya, negara masih mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan yang membenarkan semua institusi seperti kehakiman dan kesultanan memainkan peranan masing-masing.
"Saya ingin memperbetulkan tanggapan salah bahawa kita (negara) kini mengamalkan sistem pemerintahan raja mutlak... semua ini tidak benar," katanya ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mendapatkan semula jawatan itu.
"Tidak ada sebarang keraguan apa yang diputuskan mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, " katanya.
Selain itu, katanya, penghakiman itu juga menyatakan seseorang perlu membuktikan yang beliau memperoleh sokongan majoriti sebelum boleh dilantik sebagai menteri besar.
Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata keputusan itu menunjukkan undi tidak percaya tidak semestinya hanya boleh dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), malah boleh ditentukan dengan tindakan 31 ahli DUN menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).
Selain itu, Menteri Besar dan Exconya dianggap meletak jawatan apabila Sultan Perak menolak permohonan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN.
"Keputusan itu juga berdasarkan bahawa kuasa membubarkan DUN adakah kuasa mutlak Sultan. Justeru, jika Sultan menolak permohonan berkenaan, ia tidak boleh dipersoalkan," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebelum itu bahawa keputusan berkenaan boleh menjurus kepada sistem 'monarki mutlak', Hafarizan berkata, ia tidak timbul kerana sejak 1957 Malaysia sudah menggunakan sistem Raja Berperlembagaan.
Penasihat Undang-Undang BN Perak, Naran Singh pula berkata keputusan mengekalkan kedudukan Dr Zambry sebagai tepat dan menunjukkan tindakan Sultan Azlan Shah meminta Mohammad Nizar meletak jawatan sebelum ini sah dan mengikut Perlembagaan Negeri.
"Ini adalah keputusan yang baik walaupun pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia," katanya.
Halim Fansuri – 10 Febuari 2010/25 Safar 1431H/0859H)
p/s: ...setiap keputusan mahkamah akan dijadikan contoh duluan atau rujukan oleh hakim dalam menjatuhkan sebarang keputusan penghakiman pada masa hadapan.. sekarang, siapa yang kena main sebenarnya nie? Heh heh heh...
Gambar asal: http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2009/07/22/sultan-azlan-shah-on-judiciary-impartiality-monarchy-check-and-balance-and-malaysian-society/


7 comments:
History made by who's winning.
siapa guna siapa
sekali yang keluar modal langsung tak dapat apa-apa..
menang tanpa bertarung? taktik ni...
haha.. kesian orang susah..
yang kaya bertambah kaya..
itulah G_J.. permainan dunia..
bukankah guruku pernah berkata:
"..adanya wang, adalah keadilan?"
bukan? heh heh heh...
Fakta dalam berita tu memang berbelit. Biasalah orang yang biasa berpolitik, berapa sangat cakapnya yang boleh dipercaya. Aku masih ingat cerita rakyat cina (kalau tak silap) yang mengisahkan sebuah pesawat penumpang terhempas. Semua meninggal kecuali 3 orang. 2 orang sempat diselamatkan setelah didapati masih hidup.Semasa sibuk menguburkan mayat-mayat, tiba-tiba ahli politik yang cedera meluang meminta tolong sambil dengan bangganya memperkenalkan dirinya. Katanya " tolong jangan tanam saya, saya masih hidup". Jawab si petani-petani yang menggali tanah kubur itu, tanam aje, cakap ahli politik bukan boleh dipercayai". Cerita ini mungkin bohong, tapi senarionya mungkin benar.
best jugak cerita ni..
Post a Comment