Saturday, December 5, 2009

Sekadar Sebuah Renungan...

Sekadar Sebuah Renungan...

1. Apabila musuh mara, kita berundur!

2. Apabila musuh berhenti, kita ganggu!

3. Apabila musuh bertahan (cuba mengelakkan pertempuran), kita serang!

4. Apabila musuh berundur, kita buru!

- Mao Tse Tung, Gunung Ching Kang, Oktober 1927

Halim Fansuri – 4 Disember 2009/17 Dzulhijjah 1430H / 1603H)

p/s: ...kata Allahyarham Chu Aman, “...jauh dijemput, sampai disambut, dekat direbut, balik di turut”.. heh heh heh..

16 comments:

Gelojak_Jiwa said...

silakan... silakan masuk... silakan... silakan masuk kalau berani! hahaha!

fakir al banjari said...

aku suka lari. tak bertembung lagi baik. pengecut?

Oghang Ba Ado said...

...al karr wal farr (serang dan lari!).

..yang kata pengecut ni biasanya mereka yang biasa bertempur secara berhadapan, dan menggunakan 'brute force' semasa berlawan.

..dan biasanya mereka ni rugi besar apabila berhadapan dengan musuh yang 'tiada bentuk' atau identiti.. tau-tau cedera parah dan 'hilang anggota'/disable..

..dan biasa kerana marah dan kecewa mereka akan mula mengejek-ejek atau mencabar penyerang dengan pelbagai perkataan seperti penakut, pengecut, tak bermoral atau sembunyi tangan selepas baling batu.. sebagai umpan/memancing kepada pihak penyerang untuk menunjukan 'rupa' sebenarnya..

INGAT! sasaran yang tidak boleh dilihat, tidak boleh dimusnahkan! dan dalam pertempuran atau situasi HIDUP - MATI, tiada ruang untuk MORAL bertapak (memetik kata-kata Sun Tzi, sadiskan?)

..istilah buah pukul Yunnan: rebut timba - main kotor sekotor-kotornya..

..sekadar nak menunjukan ada persamaan simetrikal antara falsafah persilatan dan falsafah ketenteraan..

Oghang Ba Ado said...

...tiada siapa yang dapat menyerang hantu...

Gelojak_Jiwa said...

sebab hantu tidak wujud!

fakir al banjari said...

hantu ujud la. coma ko tak pernah jumpa

Oghang Ba Ado said...

G_J: sebab hantu tidak wujud! - diterima, boleh dikatakan sasaran palsu, dalam wing chun ada istilah penendang hantu, main ngelat..

fakir: hantu ujud la. coma ko tak pernah jumpa - hantu ujud, tapi ianya lebih menakutkan jika kita tak nampak dan tau-tau aje kena.. cube tgk citer hantu korea..

Gelojak_Jiwa said...

haha.. satu perkataan 2 makna. Itulah yang biasa berlaku sehingga mewujudkan mazhab atau perselisihan pendapat atau perpecahan..

Oghang Ba Ado said...

mazhab hantu ghost rider! he he he..

fakir al banjari said...

tak dan dah, hantu melayu ramai sangat dah la ni

Oghang Ba Ado said...

hantu melayu tak best, pakaian simple sangat.. tengok hantu pontianak tu.. selimut jadi pakaian, hantu tinggi, tak pakai apa dah, gondorowo (jembalang tanah) bulu je lebat.. he he he..

tiru la drakula tu.. pakai pun smart.. rambut kasi sikat elok-elok.. ahak!

Gelojak_Jiwa said...

hantu owang putih suma smart2. kena antu melayu, berserabai macam b*l* tak cukur!

Oghang Ba Ado said...

ha ha ha..

Gelojak_Jiwa said...

itulah pemikiran melayu! banyak melalut! OBA sokong ke pendapat ambe ni?

Oghang Ba Ado said...

sokong 100%!

...tetapi dalam masa yang sama hamba ada pandangan lain sebab hamba dan adik dah melihat sendiri (secara live dalam jarak beberapa meter) menda alah pontianak ni.

..memang hodoh dan suka pakai gebar/selimut lusuh wat baju..

..dan kami jumpa dalam waktu tengahari buta yang cerah dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumah! Wallah! memang tak jejak ke bumi!

Gelojak_Jiwa said...

huh, ni dah jadi misteri bersama OBA!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.