Sunday, December 27, 2009

Hari Ini Adalah Hari Asyura...

Hari Ini Adalah Hari Asyura...


Pada hari ini kezaliman telah dicabar

dengan titisan darah shuhada Karbala

janganlah kau bersedih atas pemergiannya

kerana dia kembali kepadaNya

dengan penuh keberanian dan maruah

menentang penindasan dan kejahatan

setiap hari adalah hari asyura

setiap inci muka bumi adalah bumi Karbala

hari ini adalah hari asyura

hari para Rasul dan para Anbia

hari ini hari besar untuk kita semua..


Halim Fansuri – 27 Disember 2009/10 Muharram 1431H/0809H)

P/s: Jasad Hussien r.a rebah di Karbala, tetapi Hussien r.a terus hidup dengan cara yang diketahui olehNya sehingga kita semua dibangkitkan bersama selamanya... Celakalah kepada mereka yang meletakkan tangan atas ahlul bait dan pengikutnya..

PARA SHUHADA KARBALA

Muslim ibn Aqeel, Hani ibn Urwah & Abdullah ibn Yaqtar syahid dibunuh di Kufah.

Shuhada dari kalangan keluarga Baginda Rasulullah (S.A.W.)

1. Ali Akber ibn Al-Husayn (A.S.)

2. Abdullah ibn Muslim ibn Aqeel

3. Muhammad ibn Muslim ibn Aqeel

4. Ja’fer ibn Aqeel

5. Abd Al-Rahmaan ibn Aqeel

6. Muhammad ibn Abi Sa’eed ibn Aqeel

7. Muhammad ibn Abdullah ibn Ja’fer

8. Aun ibn Abdullah ibn Ja’fer

9. Qasim ibn Al-Hasan (A.S.)

10. Abdullah ibn Al-Hasan (A.S.)

11. Abu Bakr ibn Al-Hasan (A.S.)

12. Ibraheem ibn Al-Ali (A.S.)

13. Muhammad ibn Al-Ali (A.S.)

14. Abdullah ibn Al-Ali (A.S.)

15. Uthman ibn Al-Ali (A.S.)

16. Ja’fer ibn Al-Ali (A.S.)

17. Abul Fadhl ‘Abbas ibn Al-Ali (A.S.)

18. Abdullah ibn Al-Husayn atau lebih dikenali sebagai Ali Asgher (A.S.)

19. Imam Husayn (A.S.)


Para Shuhada yang lain

1. Hurr ibn Yazid Al-Riyahi

2. Ali ibn Hurr ibn Yazid Al-Riyahi

3. Habib ibn Mazahir Al-Asadi

4. Muslim ibn Awsaja Al-Asadi

5. Burayr ibn Hudhayr Al-Hamadani

6. Abu Thamama Al-Sa’idi

7. Zuhayr ibn Al-Qayn ibn Qays Al-Bajali

8. Sa’eed ibn Abdullah Al-Hanfi

9. Anas ibn Al-Harith Al-Kahili

10. Hilal ibn Nafi’ Al-Bijli

11. Nafi’ ibn Hilal Al-Jamali

12. Wahab ibn Abdullah Al-Kalbi

13. Abdullah ibn Umayr Al-Kalbi

14. Munhij ibn Sahm

15. Umar ibn Khalid

16. Mujammi ibn Abdullah

17. A’idh ibn Mujammi

18. Jabir ibn Harith Al-Salmani

19. Jundub ibn Hujr Al-Kindi

20. Yazid ibn Ziyad ibn Muhasir Al-Kindi

21. Adahm ibn Umayya

22. Aslam ibn ‘Amr

23. Umayya ibn Sa’ad At-Tai

24. Bishr ibn Umar Al-Hadrami

25. Bakr bin Hai At-Taymi

26. Jabalah ibn Alii Ash-Shaybani

27. Julas ibn ‘Amr Rasibi

28. Junadah ibn Ka’b

29. Jundab ibn Hijr Al-Khawlani

30. Juwayn ibn Malik Al-Taymi

31. Habab ibn ‘Amir At-Taymi

32. Hajjaj ibn Badr Basr

33. Hubab ibn Harith

34. Handalah ibn ‘Amr Ash-Shabami

35. Zahir ibn ‘Amr

36. Zahir, hamba kepada ‘Amr ibn Humuq

37. Zuhayr ibn Bishr

38. Zuhayr ibn Sulaym

39. Salim ibn ‘Amr

40. Sa’d ibn Harth

41. Sayf ibn Abdullh Al-Abdi

42. Sulayman

43. Sayf ibn Malik AN-Namiri

44. Dirghamah ibn Malik At-Taghlabi

45. ‘Amir ibn Muslim Al-Abdi

46. Abdullah ibn Zayd Al-Basri

47. Abdur Rahmaan Al-Arhabi

48. Abdullah ibn Urwah Al-Ghifari

49. Abdur Rahmaan ibn Urwah Al-Ghifari

50. Abdur Rahmaan ibn Mas’ud ibn Hajjaj At-Taymi

51. Abdullah ibn Bishr

52. ‘Amr ibn Dubia ibn Qays

53. Ubaydullah ibn Zayd Al-Basri

54. Ammar ibn Abi Salmah Ad-Dalani

55. Ammar ibn Hasan ibn Shurayh

56. ‘Amr Jundai

57. ‘Amr ibn Mushi’a

58. Imran ibn Qa’b

59. Qarib ibn Abdullah

60. Qasim ibn Habib Al-Azdi

61. Qa’nab ibn ‘Amr An-Namri

62. Qasit ibn Zahir

63. Kananah ibn Atiq At-Taghlibi

64. Mas’ud ibn Hajjaj

65. Muslim ibn Kathir

66. Muqist ibn Zuhayr At-Taghlibi

67. Nasr ibn Abi Naizar

68. Nu’man ibn ‘Amr Ar-Rasibi

69. Nu’aym ibn Ajlan Al-Ansari

70. Yazid ibn Thubayt

71. Ziayd ibn Gharib Al-Hanzali

72. ‘Amr ibn Quraza ibn Ka’b Al-Ansari

73. Abis ibn Abi Shabib Al-Shakhri

74. Shawdhab ibn Abdullah

75. Saif ibn Al-Harith ibn Sari

76. Malik ibn Abd ibn Sari

77. Jawn, hamba kepada Fadhl ibn Abbas ibn Abdul Muttalib

78. Hajjaj ibn Masruq Al-Ju’fi

79. Ziyad ibn A’rib Al-Hamadani

80. Salim ibn ‘Amr ibn Abdullah

81. Umar ibn Jundab Al-Hadrami

82. Yazid ibn Mughfil AL-Ju’fi

83. Rafi’ ibn Abdullah

84. Suwayd ibn Abi Al-Mata Al-Khata’mi

85. Seorang hamba Imam Husayn (A.S.) berbangsa Turki



3 comments:

fakir al banjari said...

Muharram adalah bulan besar penuh sejarah.....

Bahtera Nabi Nuh a.s
Hijrah Baginda Nabi s.a.w
Pembunuhan zuriat Baginda Nabi s.a.w
Kekalahan Yahudi kepada pasukan Islam dalam Perang Khaibar
Pembalasan yahudi (Israel) terhadap Islam (di Baitul Muqaddis) genap setahun.

(Di tembok-tembok yang terpecah angkara serangan Rejim Zionis setahun yang lalu, ditulis oleh anak-anak Islam "Ingat ya Yahudi, Peperangan Khaibar, Tentera Islam pasti akan datang")

dan banyak lagi.......

Kisah pembunuhan tragis di Karbala yang menyaya hati. Keturunan Baginda Nabi s.a.w ditipu untuk keluar dai Madinah, kononnya untuk diangkat menjadi Amiul Mukminin, tetapi terkepung di Karbala.....

namun, sejarah dicatat oleh pemenang, kisah banyak diubah, hingga yang sampai kepada kita bermacam versi, lalu ada yang lebih suka abaikan sahaja

Oghang Ba Ado said...

Allahuakbar...

begitulah kekanda.. dan pada hari itu jualah datuk dan bapa kita semua, Sayyidina Adam a.s mendapat keampunan dan rahmatnya setelah dihalau keluar dari syurga..

Ya Rabbi..

bukan semua orang memuliakan ahli bait, bukan semua yang sedar, ramai yang mencemuh (lantaran ada satu atau dua individu yang busuk).

tidak malukah mereka, semasa bersolat bersolawat atas baginda dan ahli keluarganya?

tak malukah mereka nanti semasa nak minta syafaat terhegeh-hegeh dihalau di padang mahsyar?

khalida said...

terketar2 lantaran kejahilan...

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.