Thursday, December 24, 2009

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Wahai Amirul Mukminin, Berita Buruk Untukmu!

Dunia - Khamis, 24 Disember 2009/7 Muharram 1431H

Putera jadi kutu rayau

LONDON: Putera William menghabiskan sepanjang malam yang dingin minggu lalu dengan tidur di atas jalan di London dalam usaha meningkatkan kesedaran dan simpati terhadap mereka yang tidak mempunyai rumah.

Badan amal Centrepoint berkata, William, waris kedua takhta bersama setiausaha sulitnya Jamie Lowther-Pinkerton tidur di atas kadbod di bawah suhu hampir beku di 15 Disember lalu di jambatan Blackfriars bersama ketua eksekutif Centrepoint, Seyi Obakin.

Putera itu juga dibawa melawat di sepanjang West End pada awal pagi untuk meninjau keadaan mereka yang turut tidur di tepi jalan.

“Saya tidak dapat membayangkan rasanya apabila seseorang terpaksa tidur di tepi jalan setiap malam selepas tidur satu malam di tepi jalan,” katanya.

William berkata, kemiskinan, penyakit mental, ketagih dadah, alkohol dan perpecahan keluarga menjadi antara punca seseorang kehilangan kediamannya.

“Saya berharap dengan pemahaman saya mengenai isu ini, saya boleh membantu mereka yang terpaksa menjadi penghuni jalan raya,” katanya.

William yang menjadi penaung kepada badan amal itu sejak 2005 didedahkan kepada kesengsaraan dihadapi rakyat miskin apabila ibunya mendiang Puteri Diana membawanya melawat pusat perlindungan mereka yang tidak mempunyai kediaman pada 1996.

Diana terkenal dengan kerja amalnya dan nasib mereka yang tidak mempunyai kediaman adalah antara yang menjadi tumpuannya.

Mendiang pernah menjadi penaung Centrepoint dan itu jawatan yang dipegangnya sehingga kematiannya dalam kemalangan jalan raya di Paris 1997.

Obakin berkata dalam laman web pertubuhan itu, idea untuk mempelawa William tidur di tepi jalan yang digelar ‘sleeping rough’ dicetuskan Mac lalu.

William kini sedang berlatih untuk menjadi juruterbang mencari dan menyelamat Tentera Udara Diraja Britain. - Reuters/Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20091224015505/Article/indexworld_html

Halim Fansuri – 24 Disember 2009/7 Muharram 1431H/1113H)

p/s: ... Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rizki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." [Ali Imran:26-27]

9 comments:

fakir al banjari said...

Pandai tuan OBA pilih ganbar ye.

yang kena tibai di night club tu berjiwa rakyat la tu. menelusuri kehidupan rakyat jelata

fakir al banjari said...

aku ada tulisan bertajuk Duli Yang Maha Mulia. dan buat lama tapi belum sedia untuk di'post'kan. nak mintak tuan OBA tengokkan dulu boleh?

Oghang Ba Ado said...

he he he.. bukan yang kena tibai tu nan berjiwa rakyat, yang kafir tu berjiwa rakyat... heh heh heh.. semuanya sama sahaja..

Allah nak tunjuk betapa apa yang diberiNya akan diambil kembali.. pepatah cina mengatakan,"..dalam tiga keturunan, datangnya kebinasaan". aku sedang menantikan saat-saat itu mampir dan munculnya bendera hitam dari timur..

Ooohh.. betapa aku merindui Sayyidina Umar al-Khattab yang memikul gandum ditengah malam

Betapa aku merindukan Umar Abd Aziz yang berbaju kasar sehinggakan serigala dan bebiri mampu berkawan di padang..

Betapa aku merindukan lambaian Muhammad al Fateh si penakluk konstantinopel di medan perang..

Rindu dendamnya daku pada Salahuddin al-Ayyubi yang mengejutkan daku bertahjjud di tengah malam..

Semoga kami semua dibangunkan bersama di bawah panji-panji kekasih kami dan keluarganya di padang itu nanti..

p/s: individu dalam gambar kedua ditutuh di bilik Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail, bersama beberapa individu yg lain.. kepada kekanda fakir, sila dapatkan fakta yg 'tepat' sebelum menikam, nanti digelakkan orang, aib nanti.. satu lagi siapa mamat tu? siapa yang selamatkan dia masa insiden tu? heh heh heh heh heh.. (ketawa kecil penuh kejahatan...)

fakir al banjari said...

yo ko? salah la makumat yang aku dapat dari akhbar Berita Harian. Mak dia buat aduan kat akhbar sebab report polis anak dia kena tibai di night club oleh anak jiran dia, tak ada perkembangan.

anak mak.......

ramai jugak baca Berita Harian. aa sumber tuan?

Oghang Ba Ado said...

..nanti amik sumber harakah orang tu tibai aku pulak.. kah kah kah... (aku menikam 2 dalam satu...)

Gelojak_Jiwa said...

sumber aku dari bilik sumber SMK Seri Mahkota

Oghang Ba Ado said...

bilik sumber? mak aih! hebat?

Gelojak_Jiwa said...

wahaha! aku dapat dari bilik sempit je! haha!

Oghang Ba Ado said...

bilik termenung..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.