Secangkir Kahwa Pengendur Urat
si penunggu bertanyakan pada sepi
mengapa rindu ini tidak hadir
atau kekal selamanya
dalam hati yang mendambakan kasih
dan dalam pandangan mata yang yang hampa..
sepi menjawab
kerana takdir tidak memungkinkan kita
untuk bersama tika saat-saat genting ini hadir
si penunggu menggetus:
ah!
persetankan takdir!
aku sudah lama melara
menantikan basahnya hujan
dan dinginnya bayu yang menghantar
ambil aku pergi
dari kekecewaan ini sepi!
katanya lagi
sepi terus diam membeku
sepi faham akan runcingnya takdir
kejam dan dingin
yang sentiasa merenungnya
membisu dalam seribu,
tidak!
sejuta kata..
si penunggu terus terbakar
terseksa dipanggang api rindu
terjemur dalam bayang sendiri
kelemasan dalam air matanya
hanyut dalam dambaan kasih
kecewa dalam gengaman harapan
tersepit di tengah benua hati
hilang dalam sebuah misteri..
kini sepi pula yang menantinya
hari demi hari
siang berganti malam
terang berganti kegelapan
dalam saat berganti waktu
sehingga suatu hari nanti
takdir membawanya pergi
dalam senyap jerit tangis penentuan
dan rontaan ganas seribu kekakuan..
Halim Fansuri – 15 Disember 2009/28 Dzulhijjah 1430H / 1800H)
p/s: ...tika aku sendirian, aku harap kau sentiasa ada di sisiku..



7 comments:
Aku cuba memahami, tapi sayangnya aku 'tidak berada dalam kasut' orang itu. Aku tak dapat menjiwai.
Sahabat, aku amat memahami apa yang kau rasakan.. kerana aku juga begitu..
Mari kita berlangkah menyusun tapak bertari beralun mengikut paluan serunai dan gendang bersama-sama di celah kepekatan rindu..
ohh.. pukullah.. rebana jantungku..
bersyairlah maulana aku mabuk hakiki mendengar suaramu....
di waktu siang ada mentari
di waktu malam ada rembulan
mengapa masih kesunyian?!
mengapa masih mahukan bintang?!
sunyi seketika meraga entah ke mana
jagatraya menjadi nanar tanpamu!!
sunyi sunyi .. ..
hasrat menjulang tinggi ke langit
tersungkur ke bumi, sunyi kembali!!
p/s: dalam melestari takdir, kesunyian menjadi rindu dan dendam .. .. ahah .. .. ;-) .. ..
he he he he he (suara tawa antara dengar dan tidak tanpa punca datangnya...)
hu hu hu.. (memang tak dengar pun sebab aku taip je)
menanti
sepi
takdir
terbakar
ridu
........
malam tetap digilir siang
dan akhirnya akan sampai
sama ada kau bertari atau diam membisu
aku nak diam je..
rasa bosan p makan nasi lomak!
Post a Comment