Bangkitlah dari lenamu itu saudaraku..
“We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam”.
(Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam).
- Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924
Konstantinople menjadi ibu kota ribuan tahun Kerajaan Byzantine sebelum akhirnya ditawan oleh Tentera Muslimin pimpinan Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453. Sultan Muhammad II yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (Mehmet The Conquerer). Jatuhnya khilafah Islam terakhir yakni Khilafah Uthmaniyyah iaitu secara rasminya tepat pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pada hari itu umat Islam seluruh dunia diibaratkan sebagai anak-anak yatim yang kehilangan pelindung...
Aku menantikan saat-saat itu mampir
dengan munculnya panji hitam di ufuk timur..
Ooohh.. betapa aku merindui Sayyidina Umar al-Khattab yang memikul gandum ditengah malam
betapa aku merindukan Umar Abd Aziz yang berbaju kasar sehinggakan serigala dan bebiri mampu berkawan di padang..
betapa aku merindukan lambaian Muhammad al Fateh si penakluk konstantinopel di medan perang..
rindu dendamnya daku pada Salahuddin al-Ayyubi yang mengejutkan daku bertahjjud di tengah malam..
semoga kami semua dibangkitkan bersama di bawah panji kekasih kami dan keluarganya
di padang itu nanti..
Halim Fansuri – 25 Disember 2009/8 Muharram 1431H/0844H)
p/s: ... damai ini.. berpanjangan.. bumi ini.. kehijauan.. kekalutan.. telah padam.. – Damai, Amuk


9 comments:
Apabila laungan jihad tidak berkumandang, maka ketika itu umat Islam dlm kehinaan. (sebagaimana maksud hadis) Apabila si alim membisu, si jahil gila kuasa, yang berilmu, berkemahiran dan berkelayakan menjadi penyepi sehingga si jahat, gila kuasa, akidah tak waras memegang kemimpinan umat, maka tunggulah 'pengajaran' dari tuhan.
Mari kita menggerakkan tangan kita untuk menahan kemusnahan ini dengan kemusnahan yang lain! haha!
Serigala sedang bersenang lenang sebab biri-biri tak duduk sekandang
berilah biri-biri (goyyim) itu makanan yang banyak hingga ia asyik makan, menggemukkan diri, leka hingga lupa serigala yang sedang menunggu untuk menerkam. bila dah banyak makan jadi gemuk, bila gemuk banyaklah penyakitnya, nak lari pun tak larat.
jika ada beberapa biri-biri yang nampak macam nak lawan serigala, biar dia berlaga sesama mereka. asyik berlaga sampai lupa adanya serigala. bila dah letih dan cedera sebab laganya, senang la serigala nak baham.
panji hitam ufuk timur
AYUH KE MEDAN JIHAD
Palukan slogan ke medan jihad
Kemerdekaan untuk dinul Islam
Mari cahayakan seluruh dunia
Menjadi duat tentera Islam
Kami merempuh di bumi Neraka
Namun roh kami menyanyi di Syurga
Kemaraan kami di zaman keruntuhan
Umpama geliga penawar racun
Kami gegarkan takhta keangkuhan
Dengan bedilan mutiara kata
Bukanlah ianya dendangan kosong
Tapi itulah alunan kebenaran
Penyatuan kata serta matlamat
Dipupuk oleh kefahaman jitu
Pengalaman serta kepedihan luka
Setiap hari menggilapi iman
Kami serah segala jiwa raga
Demi perjuangan membebaskan umat
Pesan Tuhanmu itulah kebaikan
Kemenangan atau syahid kami redhai
Alangkah beruntung kamu pejuang
Di hari manusia kehairanan
Di samping Allah dan Rasul di Syurga
Berbagai kenikmatan yang abadi
tuu dia.. sekali dia buka.. heh he heh...
ayuh saudara,
panji hitam kita julang,
firman Dia kita junjung,
hadis baginda kita kelek,
berjalanlah kita atas laluan ulama'solehin sedaya yang boleh!
p/s: taiko sudah mari! taiko sudah mari!
taiko sudah bangkit dari perbaringan! Hehe... Jom panji hitam ufuk timur!
"Ujian dari syaitan adalah suatu rahmat dari Allah untuk meningkatkan martabat keinsanan" quote taken from, teratak santapan jinbara, kg kemensah....
p/s: bab ni pon den fail lg... camno..
yup.. he he he.. bukan tuan sorang yang fail.. ramai woo..
Istanbul mutlak fethelecikdir!!!
(Hadith Imam Ahmet).
(Alfian NS)
Post a Comment