Sekadar Sebuah Renungan


i
buai laju-laju, sampai cucur atap
apa dalam kain?
punggung yang berkurap!
ii
berapa ramai orang
yang kau telah selakkan kain mereka
untuk kau tunjukkan kudis di punggung mereka
berlendir, bernanah
yang merebak sekian hari ke hari?
iii
namun dalam keseronokan kau menyelak kain orang
menunjukan barang orang lain yang buruk
berkayap dan bernanah,
kau lupa apa yang ada dalam kain kau!
iv
barang loyor kontot bersiflis kau
semakin busuk merening dari hari ke sehari
bau busuk meloyakan dari dalam kain kau sendiri didiamkan
jantankah kau jika kau berjaya menelanjangkan orang?
mendedahkan aib orang?
Halim Fansuri – 18 November 2009/29 Dzulkaedah 1430H / 0852H)
p/s: ...dunia ini cermin buat merenung diri, untuk melihat samaada bahu kau senget sebelah, atau misai kau yang kontot sebelah.. cermin diri, sebuah gambaran realiti...


13 comments:
dia kan plakon, jadi, dia pun berlakon la. berlakon ni jadi apa pun boleh. jadi sultan, jadi hamba, jadi baik, jadi jahat, jadi pandai, jadi gila. semua tu lakonan je. pasai tu aku tak minat tengok cerita kat TV, dok kena tipu je.
yang tukang gosip tu dah kerja dia tukang gosip, selak kain orang. selak je la.
nasib baik dia tak selak kain kita.....
heh heh.. seperti biasa.. komen dangkal tak membina..
ustaz-ustaz sijil/maktab pun berebut-rebut tengok cerita ni.. cerita agama dengan orang lain/budak behingus.. tapi bengong kena perdaya dengan makhluk munafik yang tak berilmu macam binatang dalam gambar tu, tak nampak tu botol arak bersepah tu?.. ustaz macam tu ke kau nak hantar anak-anak kau mengaji agama? padan bebudak makin rosak, ustaz-ustaz sijil/maktab ni yang merosakkan mereka. baik aku hantar budak/anak-anak pi ngaji pondok langsung! tu tujuan utama aku posting gambar ni.. bukan aku kaki gossip.. PAHAM!
he he, kau pun dah kena jerat
Saya bermaksud sesuatu yang lebih jauh dan besar.
1. Orang yang tengok cerita-cerita di TV atau video atau wayang adalah bodoh kerana sengaja membiar diri ditipu. sebab pelakon akan jadi seperti apa yang pengarah arahkan. hanya orang yang bodoh akan meilai hidup pelakon seperti lakonannya.
2. Kehidupan kebanyakan pelakon atau penyanyi memang tidak berlandaskan agama. atau betentangan dengan agama. tidak menutup aurat, pergaulan bebas, krisis kehidupan dan rumahtangga adalah nyata. penyakit lain seperti minum arak, bersekedudukan/berzina, berparti adalah biasa, tapi tidak ditunjuk kepada umum melainkan oleh tukang selak.
3. Filem dan drama adalah 'guru' yang merosakkan akidah, pemkiran dan amalan umat Islam. senjata kepada Zionis (lihat Protokol Pemimpin Ilmuan Zionis)
Umat Islam ijauhkan dari agama melalui hiburan sukan, nyanyian, drama dan filem.
caranya seperti berikut :
i. menghabiskan masa yang ada, lalu ia menjadi masa yang sia-sia. sedangkan tiada satu detik pun umur Muslim yang akan diperoalkan di akhirat kelak. Bersediakah di akhirat nanti jawab "aku tengok TV je masa hidup dulu, sebab tu tak ada masa belajar agama"?
ii. Penerapan nilai yang bertentangan dengan Islam secara halus dan sedikit-sedikit. amalan itu akhirnya akan diterima sebagai benar walhal ia adalah salah. Siapa yang ajar bahawa polgami tu buruk dan perlu menipu? jawabnya si P. Ramlee yang orag dok puji puja tu la.
Bagaimana orang Melayu boleh terima lelaki dan perempuan bercinta sebelum kawin? Walhal dahulu jodoh dicari mak bapak? Tv dan filem yang ajar, penerapan sedidik demi sedikit yang akhirnya diterima sebagai benar oleh masyarakat.
bersukan asalnya untuk jadi sihat, bila sihat boleh mudah buat amalan taat. tapi hari ni sukan jadi cara cari duit, cara berlagak, cara jauhkan umat Islam dari agama. sebab sukan sangup merusuh, sanggup bergaduh, sanggup tak sembahyang, habis masa berbual tentang bola yang tak ada faedah. Sukan hanya untuk dapat sihat dan persiapan untuk perang sahaja!
Maka kalau tuan dedahkan sebab nak tunjuk artis minum arak, itu tak memberikan apa-apa, sebab ramai dah tahu, artis memang kehidupannya begitu. Itu sebenarnya bukan isu.
Kalau tuan nak tegur ustaz sijil, mungkin ada asasnya. tapi saya yakin ia tak memberikan kesan sangat kepada ustaz, tetapi lebih kepada orang yang tak mengerti agama, lalu cuba belajar tentang agama dari filem dan drama.
walaupun pelakon cerita ini kaki apa sekalipun, yang zahir pada penonton adalah lakonannya. maka secara peibadi saya tetap menyokong usaha menghasilkan drama sebegini. lebih baik dari kebanyakan drama Melayu sedia ada. mungkin menjadi penggerak indutri pabila melihat ramai peminat drama genre agama. cuma pihak berkuasa perlu buat pantauan, jangan seperti sebelum ini, orang yang nak agama dalam drama/filem selalu ditunjuk sebagai ekstremis, berpura-pura baik, baik masa tertentu sahaja yang sebenarnya lebih memburukkan imej Islam sahaja.
Dalam Mazhab Syafie, ada kaedah "Kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua" kalau tak bleh buat cerita yang sepenuhnya berciri Islam dari cerita dan pelakonnya, jangan langsung tak buat. sekurangnya ia akan mencetus minat untuk usaha lebih baik masa hadapan.
Kalau tuan nak cari ustaz pondok yang tak tengok TV, mungkin tuan terpaksa berusaha agak keras sedikit. mudah-mudahan tuan akan berjumpa yang seumpamanya!
thanks! itulah dia masalah aku bang.. nak ikut orang yang siqqah, kalau rujuk pada kata-kata orang muda sekarang (yang berbau kristian) siapa yang tak ada dosa, semua berdosa..
aku semenjak ada i'net ni dah dekat 4 tahun tak tgk talibesen, melainkan berita (yang aku seringkali sangsi isinya) dan dokumentari agrotek dalam bidang pertanian (pencen besok nak tanam lada..) dah beratus e-book dan kitab2 aku download..
televisyen pada hari ini lebih banyak sangat hiburannya.. namun yang aku sedih si 'ustaz' ni time 7.00-8.00 masa airtime rcgn ni dok bertungguk depan tv.. sampai siri akhir nanti.. nak tengok perempuan 'solehah' (atas tudung, bawah bukak)..woi! tak pi jemaah ke?
ha ha ha
ustaz zaidi @ harimau mata merah kirim salam. beliau telahpun mendapat seorang cahayamata.
tahniah kepada ustaz zaidi@harimau mata merah.. semoga beliau panjang umur dan murah rezeki..
tahniah... dan tambah lagi. Nabi suka umat ramai
Assalamu 'alaikum. Pada satu hal aku sokong pandangan fakir al-Banjari. Tapi aku fikir kita kena fikir jauh lg ke depan iaitu apabila orang yang fasik berminat dgn agama menterjemahkan agama mengikut pandangannya melalui media massa dan media elektronik. Atas nama agama juga mereka mencuri tumpuan orang menyaksikan drama ini. Tak hairan bila ada salah seorang geng media prima mengeluarkan kenyataan dalam TV, "atas dasar prihatin dan meluaskan lagi jangkauan penonton, maka kita tubuhkan TV 9. Sebab kita akan penonton daripada golongan yang agak beragama yang tak suka siaran lain. " Di sini kita akan bertanya " apakah siaran di TV9 menepati kehendak agama? Kehendak agama yang mcmana mereka siarkan? Jika permintaan penonton terhadap rancangan agama tidak lg tinggi, rancangan mcmana pulak nak disiarkan? Lebih jauh lg, mengapa tiada golongan beragama sebenar yang boleh melibatkan diri dalam usaha membikinkan filem2 atau drama2 yang islamic sebenar? Bukankah ia dah masuk dalam kategori Fardhu Kifayah? OBA mungkin ada jawapannyo. :)
Tambah lg tanda kefasikan, TV 3 tayang masa waktu maghrib sbb alasannya penonton siaran TV 3 ramai bukan suka agama, kat TV 9 kul 9 mlm ( kalau tak silap). Faham tak kenapa? Kata Nabil ..lu fikir lah sendiri.
Post a Comment