Secangkir Kahwa Pengendur Urat
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Hai cermin retak seribu
Cermin retak seribu wajah
Aku berdiri di depan engkau
Wajah terkandung di dalam cermin
Aku tahu asal jadimu
Asal tunggal pecah seribu
Gerak dan diam dalam serentak
Gerak engkau geraklah aku
Hai cermin si cermin retak
Cermin retak wajah seribu
Hodoh dan cantik beribu-ribu
Keliling Kaabah ada terletak
Wajah terkandung di dalam cermin
Berdiri jasad menghadap aku
Dengan ilmu engkau memandang
Depan cermin wujudnya aku
Sah sidi pengajaran guruku, sidi menjadi kepada aku. Berkat doa; Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...
Halim Fansuri – 20 November 2009/3 Dzulhijjah 1430H / 0917H)
p/s: ... 1 + 1 +1 +1 .............+1 = Banyak.. Ini lah syirik. asas syirik bermula dengan adanya nombor 2, 3,4 dan seterusnya. Next, 1 = 1 x (1) x (1) x (1) x (1) x (1) x (1) x 1 = 1. Then, 1+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0+0=1. Kacau...



7 comments:
Di balik cermin
cermin mimpi
ada Dia yang
tidk kita sedari
M. Nasir
Dalam hutan, ada taman
dan dalam taman ada puterinya...
dalam awan, ada hujan,
dan dalam hujan ada lautan..
Dalam baju ada cinta
dan dalam cinta ada segala-galanya...
heh heh..
heh heh ni lirik lagu siapa?
Sedara ni, pandai menjampi pulak. Cam tahu je. Aku sedang 'menghayati' satu buku jampi yg paling baik. Tajuknya 'Kesempurnaan Iman pada berubat dengan Al-Quran'. Sebelum ni ada jugak mengamalkan ayat2 syifa' dari tn. Guru Haron Din dan Dr. Jumadi , tapi buku yg dikarang oleh Syeikh Abdullah Sidiq al-Ghumari ini ada sentuhan lain sikit sebab beliau adalah pakar hadis. Nantilah kita muzakarah..
insyaallah.. terima kasih kepada saudara/kekanda Pencita Ilmu kerana sudi hadir ke gubuk hamba.. terima kasih juga kepada saudara-saudara yang lain.. ribuan terima kasih dan kalungan budi yang tak terhingga banyaknya..
aku tak pernah pun bagi kasih kat kau! hahaha!! Kau kekasih awal dan Akhir! Kau Kekasih Batin dan Zahir!
Post a Comment