Saturday, November 7, 2009

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Ini bab pada membicarakan akan beberapa kebolehan orang-orang tua dahulu:

1. Pengasih – orang suka, cakapnya orang pakai

2. Pengerun –takut nak bertentang mata, macam bapak rimau

3. Pelimun – orang tak nampak langsung

4. Perabun – nampak tapi tak jelas

5. Pembisu – mulut berat nak buka

6. Pekikan Saidina Ali - kena jerkah terberak terkencing, mati pun ada

7. Bisa tangan – dilempang kalau tak muntah darah, dijentik muntah lumut

8. Berat pukul – kau bagi aku sebiji, aku bubuh sepikul!

9. Asah tangan – tak payah susah-susah cari pedang, tebas aja pakai tangan

10. Ragum besi – genggam tak lepas

11. Pelepas/pelicin – kau genggam macam mana pun lepas, bukan orang minyak eehh..

12. Angin semilir – ohoo! Kau tolak-tolak aku ya?

13. Penimbul – curah dengan air panas? Tetak dengan parang? Itu aja?

14. Kebal – macam kat atas tu, tapi ada certain part

15. Siah palis – elak-elak tak kena

16. Peluru petunang – kau elak macam mana pun kena jugak

17. Peringan/enteng badan –Macam citer Kung Fu maa! Lenting-lenting atas rumah orang

18. Penderas – tangan sama kaki kau macam peluru mesingan daa..

19. Pelampas – nak berenti peluk pokok, kalau tak lajak sampai Thailand

20. Lipat bumi – dia langkah sekali aja dah sampai K.L

21. Jalan atas angin – ha! Kau pegang baju atuk, jangan buka mata kau

22. Pasak bumi – aku tak kalih kau jangan beralih

23. Pelangkah – keluar masuk ikut sifir jalan, arah, hari, jam, saat dan ketika

24. Main nafas – macam pelangkah, tapi level dah tinggi

25. Gerak hati – lintasan, hati nak kena bersih, amalan nak kena buat..

26. Bisik semar – orang baru nak buat kau dah tahu, ada yang terdengar kat telinga

27. Renungan (?) – orang sekarang kata pakai scan atau radar

28. Ibu gerak – gerak kau gerak aku, kau mula aku tiba. Pakai sifir, melatah

29. Ibu gayong – korang belajar tasauf dulu baru korang boleh jumpa

30. Pelabun – orang yang suka cerita merepek, heh heh heh...

Haa.. mula awalnya dengan Bismillah, akhirnya dengan syahadah. Contoh yang disebutkan tu boleh dapat dengan jalan petua, dan amik jalan Haq, atau dengan jalan hantu raya! Korang pilih le sendiri.. Heh heh heh..

Halim Fansuri – 7 November 2009/19 Dulkaedah 1430H / 0755H)

P/s: ...ada lagi yang aku nak tambah, tapi aku tak tau namanya, tak berapa jelas prosedurnya, belum lagi dibuka padaku, dan belum diberikan ‘ilham’ untuk solve dia punya puzzle.. ‘barang pinjam’, bila-bila Dia boleh beri, dan bila-bila dia boleh amik balik..

(Kredit untuk pemilik asal gambar ini: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/06/pendekar-melayu.html)

14 comments:

fakir al banjari said...

oooooooo, ye ke....
habis tu, yang aku pakai ni apa nama?

Gelojak_Jiwa said...

sape dia orang tua kurus ni? sekali ku keting,berterabur tulang rusuk! huhu.. namanya kemeja bertali leher disalut dengan blazer..

fakir al banjari said...

gambo mat siam la. mat siam. anjang aki. mertua arwah pak bakar! sekali kau keting, bertabur tulang rusuk kau sendiri.....

Oghang Ba Ado said...

ha ha ha ha ha ha.. nasib baik orang tua ni dah arwah.. kalau dia hidup lagi, aku nak jugak tengok macam mana G_J kena keting, eehh.. salah! bagi keting dia kat tok anjang ni.. kah kah kah kah kah kah..

(wui.. ni la member baik To' Jenai, sparring partner dia.. he he he..)

p/s: bang fakir, abang 'memakai', bukan pakai apa.. hehe.. tak cukup, tambah.. kita kongsi dengan adik-adik..

Gelojak_Jiwa said...

korang jangan pandang aku sebelah mata... aku ni kuat tau!

mautauka said...

aku ada satu lagi ilmu bisa daripada kepulauan indonesia.


ilmunya ialah









"bisa diatur dong"

Jiman said...

salam...abg mau tau ka?...kasik satu genting sama Gelojak Jiwa......

Gelojak_Jiwa said...

aku nak gentingkan si Jiman kat kepala lutut dia

fakir al banjari said...

wah. nampaknya suasana semakin genting. diaorang nak tibai genting pulak. baik aku pi horey-horey kat Genting.

Gelojak_Jiwa said...

ada genting lebih tak?

Oghang Ba Ado said...

Jom pi Genting!

fakir al banjari said...

jom. horey.....

Gelojak_Jiwa said...

Tokey,bagi 2 genting! Bagi yang paling keras ye!

Oghang Ba Ado said...

keprok! pecah kepala!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.