Wednesday, November 4, 2009

Secangkir Kahwa Pengendur Urat

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


Tunggu!

Jangan kau lari!

Aku adalah dirimu yang telah bangkit!

Maka fahamlah dikau tika itu

bila diri ini telah mula bangkit

setelah lama tertidur...

dibaluti 7 lapisan nafsu..

mencari apa perjanjian semasa di alam lahut dahulu..

Halim Fansuri – 4 November 2009/16 Dulkaedah 1430H / 2238H)

P/s: …"Muutu Qobla An-Talmauta",, matilah sebelum kamu mati...

(Kredit untuk pemilik idea asal sajak ini: http://darulsaka.blogspot.com/2009/09/santau-dan-kaedah-rawatan-2_14.html#comments)

8 comments:

khalida said...

kenal, x kenal, kenal, x kenal, kenal, x kenal.... garu kepala... sapa?... mmmmm

fakir al banjari said...

sesungguhnya manusia itu tidur, apabila menemui ajal, maka ia pun terjaga...

Gelojak_Jiwa said...

sayang..... pada mereka yang tak mengerti... sayang... pada hati tertutup mati!! (M.Nasir)

Oghang Ba Ado said...

isk.. tapi bukan setakat mengerti aja.. tak cukup.. kena rasa dulu baru tau, bukan setakat faham aje..

mautauka said...

tak tau nak cakap.

Oghang Ba Ado said...

Alaah.. Sifu cover2 lagi..

Gelojak_Jiwa said...

bukan cover, abg mautauka memang tak tau nak cakap ape. dia bukan jenis ckp baru faham, dia jenis bubuh dulu baru fahm! hubungi saya untuk belajar Ilmu geliga sakti peringkat 7. Nak khatam bole dapat peringkat KK dengan abg mautauka.

Oghang Ba Ado said...

K...K K....

Khatam....

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.