Sunday, November 29, 2009

Perhatian! Tawaran Kerja Yang Menarik Dan Gaji Yang Lumayan!

CIA 'Kalut' Cari Ejen Fasih Bahasa Arab ( Ahad, 29 November 2009)

IKLAN muka penuh CIA dilihat dalam akhbar Arab American News di Michigan, baru-baru ini.

Agensi beli iklan muka penuh akhbar, televisyen

DEARBORN: Akibat terdesak untuk mendapatkan ejen yang fasih berbahasa Arab, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat melancarkan usaha merekrut di sini, bandar dengan kira-kira 100,000 penduduk Arab Amerika.

CIA membeli iklan muka penuh dalam akhbar berbahasa Arab dan di televisyen menyasarkan penduduk keturunan Arab-Amerika dan Iran-Amerika menyertai agensi perisikan itu.

Perekrut CIA berkata, agensi itu terdesak memerlukan ejen yang fasih berbahasa Arab dan bahasa lain berikutan pemberontakan hebat terhadap askarnya di Afghanistan dan Iraq.

"Jelas, faktor itu menjadi sebab mengambil pekerja dari kalangan masyarakat Arab ketika perang berterusan di Asia Barat," kata Henry Medina, yang ditugaskan merekrut ejen di sebelah barat Amerika.

"Kami akan merekrut orang yang ada pengetahuan, bahasa, linguistik dan budaya yang kritikal untuk memahami musuh," kata Medina ketika taklimat media menayangkan iklan baru agensi itu.

Satu iklan televisyen menunjukkan satu parti makan malam di sebuah rumah Arab-Amerika, dengan pencerita menerangkan: "Negara anda, dunia anda. Ia perlu dilindungi. Kerjaya dalam CIA." Ia menunjukkan parti dalam bangunan tinggi dan pemandangan Amerika dari angkasa lepas.

Iklan kedua memperkenal profesional Arab-Amerika - seorang jurutera, saintis, pakar ekonomi, peguam dan ahli akademik, kemudian menunjukkan mereka mengumumkan, "Kami bekerja untuk CIA."

"Kami cuba untuk memperkenal latar belakang agensi yang sebenar. Kami tidak mahu orang lihat kami seperti diceritakan dalam filem atau novel perisik," kata perekrut CIA, Zahra Roberts.

CIA, bagaimanapun, enggan mendedahkan kos kempen iklan atau bilangan warga Arab-Amerika yang mahu direkrut untuk bekerja dengan agensi itu.

Penduduk Arab yang berasal dari Asia Barat adalah lebih satu pertiga daripada keseluruhan 100,000 warga kota ini. Baru-baru ini ramai pelarian Iraq turut berpindah ke sini.

Di Warren Avenue, papan tanda dipasang bahasa Arab melebihi papan tanda bahasa Inggeris. Tetapi, ada yang ragu-ragu CIA berupaya merekrut warga Arab bekerja di agensi itu.

"Ia bukan disebabkan kurangnya semangat patriotik. Ia adalah mengenai kesilapan dasar," kata Mohammed, 24, pelajar lulusan ijazah dari Libya ketika mengulas mengapa tidak ramai warga Arab berminat.
Reuters

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20091128221913/Article/indexworld_html

Halim Fansuri – 29 November 2009/12 Dzulhijjah 1430H / 1030H)

p/s: ..untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor di talian tersebut: 1-800-3535-CIA atau untuk ‘Walk-In Interview’ pergi terus ke kedutaan Amerika Syarikat yang terdekat di tempat anda..


21 comments:

Anonymous said...

A'kum wrt. Gitu.. bagaimana kalau ada iklan untuk orang Malaysia jadi perisik Amerika? Sejarah ada membuktikan bahawa orang kanan ahli politik pun ada terlibat jual maklumat pada Russia pada suatu ketika dahulu. Ni Geng perang saraf BTN yang dedahkan..

Jiman said...

memang dasar ingin berkuasa USA@yahudi nie....

fakir al banjari said...

agaknya berpuuh tahun lagi Islam akan jadi majoriti di USA. USA akan jadi negara yang pertahan dan perjuangkan Islam.

Orang Barat suka mengkaji dan berfikir. Orang kita suka berhibur dan jadi lembu dicucuk hidung dalam hal agama.

mungkinkah?

Oghang Ba Ado said...

he he he.. adakah tuan-tuan berminat? apakah anda mempunyai ciri-ciri seorang perisik?

1. sukakan adventure?
2. inginkan wang banyak?
3. kuat simpan rahsia & tahan diseksa?
4. berminda kritis dan investigatif?
5. peka dengan maklumat-maklumat detail?
6. pandai berlakon?
7. bijak bergaul dengan masyarakat?
8. bla bla bla..dsbnya...

Jiman said...

huh requirement tinggi...atok OBA bleh la...hehehehe

Gelojak_Jiwa said...

atok OBA la orang pertama yang fail interview.. dia ni gerila,bukan perisik,kau kena banyak blaja lagi jiman dalam bab perang nih! haha!

Jiman said...

adeh...gerila...ni mmg stok dewa perang nie....perang lam utan mesti atok hebats nie.....

Gelojak_Jiwa said...

beza Oba dengan perisik ialah dia tak bekerja untuk sesapa. Dia bekerja untuk diri dia jer. nak kata hitman pun bukan. sebab hitman kerja dengan orang lain. dia ni mungkin kita boleh kategorikan seperti orang gila! hahaha! dusyum!! adeh!! (OBA sedang mengamuk sambil menggaru ketiak! wakakak)

Oghang Ba Ado said...

heh heh heh.. cilakak G_J!

..lebih kurang gitulah man.. tapi aku lembutkan sikit.. bukan gerila, sebab gerila ni ada agenda tertentu dan biasanya anti-kerajaan..

..golongan aku ni sama ada boleh dipanggil militia (separa tentera pro-kerajaan, seperti RELA dan bukan militan ciri-cirinya yang menyerupai gerila),

...atau 'vigilante' - petugas keamanan yang bergerak sendiri atas dasar moral sendiri/kepentingan masyarakat, takda kaitan dengan pihak berkuasa (bentuk paling cair adalah pasukan pemuda yang belajar silat mengawal kampung dari penceroboh, paling gila pakai baju batman atau spiderman)

..dan akhir sekali golongan fanatik tentera atau ahli survival yg mcm kat u.s tu.. jenis ni biasanya latih diri sendiri, pakar dalam seni beladiri, ilmu persenjataan dan tipu helah dan muslihat medan.. macam vigilante tapi menyerupai militia.. sentiasa siaga dgn perkembangan keselamatan negara..

..in short; semua yang disebutkan di atas adalah ancaman kepada negara.. heh heh heh heh.. tapi MENGAPA ye? jawapan: baca perlembagaan U.S, anda akan faham..

Oghang Ba Ado said...

..satu lagi.. bila sebut gerila biasanya orang akan terbayangkan pergerakan atau organisasi seperti MPAJA (Malayan People Anti Japs Army/Bintang 3), MRLA (Malayan Races Liberation Army/Gerila PKM), Viet Cong, PLA (people liberation army, china), atau grup2 Mujahidin Afghan/chechen yang beroperasi di kawasan hutan tebal atau pergunungan sebagai cover pada pengkalan mereka..

ANDA SILAP! minta maaf.. biasanya mereka ni memang kebetulan ada kat situ maka muslihat jungle warfare digunakan. bila kat bandar, mereka mengunakan urban warfare - pertempuran berapat-rapat (CQB) dari bangunan ke bangunan.. lebih kerosakan dari jungle warfare.

..taktik yang digunakan dinamakan FIBUA (fighting in build-up area), FISH (fighting someone else home), MOUT (military operation in urban terrain) dan pelbagai lagi istilah yg mereka cipta.. biasanya korban awam memang/civilian casuaties/collateral damage tinggi, pegawai staf panggil korban yang telah di-estimate-kan! heh heh heh..

dalam sejarah sila rujuk bab konflik chechen tahun 2000, ofensif tet di vietnam, stalingrad pd akhir ww2, dan yang terbaru us occupation iraq sebagai kajian kes..

dalam game, yang paling realistik wat masa ni sila main game battlefield2 - dapatkan di pasaran dan di kedai-kedai game yang berdekatan!

fakir al banjari said...

setelah meneliti ciri-ciri di atas, OBA pesti bukan gerila. lebih tepat jika disebut GORILA!

Gelojak_Jiwa said...

muahahahahaahahahahaha! gelojak sungguh ketawaku! memang betul la! memang dia ni gorila nafsu pink! muahahaha!

Oghang Ba Ado said...

haiya! wa ala yumpa itu ah san ma! badan dia manyak busat woo.. lia sulah yadik golila!

fakir al banjari said...

badan besar, masuk hutan, angkat senjata, tau cakap orang putih ... ciri-ciri golila bak sarjan hasan

fakir al banjari said...

aku nak rekrut ejen jugak la

sayarat-syaratnya :
1. Perempuan
2. Keturunan Turki, Bosnia atau Ukrain
3. Umur antara 18 - 28 tahun.
4. Tinggi minimum 6 kaki
5. Boleh berbahasa Malaysia
6. Bujang dan belum berpunya
7. Setia dan penyayang

kalau ada kenal bagi tau ye

Anonymous said...

Makin melalut-lalut pulak visitors ni.

Anonymous said...

Makin melalut-melalut pulak dah.

Gelojak_Jiwa said...

baiklah,mari kita fokus pada topik asal.... abang fakir nak yang hidung berapa inci?

Jiman said...

hehehehe....gelak bergelojak,....eheh..heh...heh

fakir al banjari said...

malalut adalah salah satu teknik menjana idea kreatif (lihat Dr Hassan dalam Berfikir Secara Kreatif : 1994). sama macam lawak jenaka, idea gila-gila, provokasi dan seumpamanya. ia lebih baik dari tiada idea.

Oghang Ba Ado said...

Salam semua..

tuan anynomous..

jika tuan baca tagline blog hamba nie "Dei apa yang ko merapik ni daaa?..." maka tuan akan faham apa yang dikatakan oleh semua..

rapuan semata-mata! hehe..

thanks sebab sudi menjengah!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.