Saturday, November 7, 2009

Johor Dapat Mufti Baharu


BERNAMA.COM
am » berita

07 November, 2009 17:23 PM

Dr Mohd Asri Boleh Berceramah Di Johor Tanpa Kelulusan MAIJ

JOHOR BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin boleh mengadakan ceramah agama pada bila-bila masa dan di mana sahaja di negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu merupakan seorang penceramah agama yang dikitiraf.

Abdul Ghani berkata setiap personaliti agama dipelawa termasuk Mohd Asri untuk menganjurkan ceramah di Johor.

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkan ceramah awam yang menghimpunkan ramai orang, maka mereka memerlukan permit polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tilawah khatam Al-Quran yang dihoskan oleh UEM Land Bhd di sini pada Sabtu.

Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, Selangor.

Abdul Ghani berkata Johor masih belum melarang mana-mana penceramah agama mengadakan ceramah di negeri itu.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bersama Yayasan Islam Terengganu (TIF) dan jabatan pembangunan masyarakat negeri akan melaksanakan Program Pintar Al-Quran di semua tadika Kemas di negeri itu.

Abdul Ghani berkata projek tersebut adalah bertujuan melahirkan ramai kanak-kanak yang mahir dalam tilawah Al-Quran dengan lima tadika Kemas di Gelang Patah dipilih sebagai kumpulan perintis program tersebut.

Program tersebut akan diadakan di tadika Kemas selama sejam setiap hari dengan modul dirangka oleh TIF.

-- BERNAMA

Halim Fansuri – 7 November 2009/19 Dulkaedah 1430H / 1924H)

P/s: ..ha..ha ha.. Johor dapat mufti baru yang tidak bertauliah.. ‘orang tua’ tu dah nyanyuk, dia dah tak kisah lagi! Kalau tak mampus Ghani kena jerkah! Lepas ni berghazal la orang Johor dalam lubang kubur.. (Halimah Sadique kalau tak 5 tahun sekali turun kat Bandar Tenggara tak tau la.. wakil rakyat tido!)

(Sumber berita: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=453290)

5 comments:

Anonymous said...

Kalau dia datang ke Johor...

..."Cis, langgarkan aku pada Feringgi bedebah itu...(Bendahara Tepok)

...aku bersumpah, Batu Pahat akan menjadi 'padang jarak padang terkukur'...(Panglima Salleh ketika perjanjian dengan pemimpin 'kelab Cina' Batu Pahat)...

..."Nak Mampus!"...('orang tua' nyanyuk itu)...ehe he he

Alfian NS

Oghang Ba Ado said...

Setan tua gatal ni dah lama ada skandal dengan Halimah Sadique.. berbuih mulut Pak Lah defennd dia dulu..

..ada kes dia bergasak dengan prof. Jamilah (bini Ghani) masa 'Orang Tua' tu nak bagi pingat, sampai ditahan/dihalang orang.., nasib tak kecoh..

Bangang..

Orang Tua tu pun cerdik, dia buat dono aje.. Cool..

Kalau janda ke atau anak dara tua orang tak kisah sangat, ini dah berlaki.. si Ghani ni pun bengong.. betinagatal ni pun kaki chukur.. SPRM tak nak pulak check.. heh heh heh..

Gelojak_Jiwa said...

Jilat! korang jilat la sampai licin!!

fakir al banjari said...

ho ho ho. anak I gaduh sebab horey-horey kat kelab malam. Siap la sapa yang kacau anak I tu. I pun ta pernah cubit dia.

he he he. faham ke?

fakir al banjari said...

mesranya... kau jawab la kat akhirat nanti

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.