Friday, November 13, 2009

Iraq? Afghan? Pakistan? Iran?



Iraq? Afghan? Pakistan? Iran?

Keganasan Pakistan seperti Zaman Darurat – BH/Dunia/Jumaat, 13 November 2009

RAWALPINDI: Pakistan menyifatkan keganasan yang melanda beberapa bandar utamanya sebagai sama seperti waktu gerila komunis mengancam Tanah Melayu, khususnya dari segi taktik dan matlamat penyerang.

Serangan dilakukan termasuk menyebabkan kematian orang awam, turut membabitkan serangan terhadap tentera dan polis bertujuan mewujudkan rasa takut di kalangan penduduk selain mencetuskan huru-hara, kata jurucakap tenteranya, Mejar Jeneral Athar Abbas kepada media Malaysia di sini.

Beliau juga merujuk kepada pembabitan agensi perisikan asing selain mengesyaki India dalam keganasan militan yang meragut lebih 200 orang awam Pakistan serta anggota keselamatan lebih sebulan lalu.

"Keganasan di bandar utama Pakistan bertujuan menunjukkan keadaan dalaman lemah dari segi keselamatan, hampir sama seperti tempoh darurat di negara kamu pada 1948 hingga 1960.

"Bandar ditakrifkan sebagai sasaran 'lembut' kerana penyerang sedar wujud kelemahan kawalan keselamatan di sana," katanya.

"Mereka boleh lancar serangan besar-besaran untuk membunuh bertujuan mewujudkan ketakutan di kalangan orang awam bagi meningkatkan tekanan terhadap kerajaan.

"Matlamat mereka ialah mewujudkan ketakutan dan seterusnya memastikan keadaan huru-hara," kata Athar mengenai serangan ala gerila di bandar utama Pakistan.

Bermula dengan serangan terhadap pejabat Program Makanan Dunia (WFP), militan seterusnya mengebom universiti, ibu pejabat tentera, pasar dan sekatan polis di bandar utama termasuk Lahore dan ibu negara, Islamabad.

Tentera Pakistan melancarkan operasi besar-besaran membabitkan 30,000 anggota tentera terhadap militan di Waziristan Selatan sejak 17 Oktober lalu dan berjaya membunuh lebih 500 musuh manakala hampir 50 askar maut.

Menjelaskan minda penyerang, beliau berkata, berbeza dengan anggota keselamatan, militan sedar pihak polis dan tentera tidak akan dapat melindungi setiap bangunan dan orang awam negara itu.

"Mereka boleh lakukan satu serangan saja dan ia akan dikira kejayaan 100 peratus jika dapat dilakukan untuk menambah kekusutan," katanya.

Pada masa sama, beliau menekankan, serangan militan di bandar utama itu juga membolehkan pihak berkuasa keselamatan membongkar banyak rangkaian pengganas dan tertangkapnya ramai suspek serangan bunuh diri.

Serangan yang berlanjutan lebih sebulan lalu itu menyebabkan anggota perisikan Pakistan mampu membuat jangkaan lokasi serangan sekali gus membantu pihak polis dan tentera menyekat serangan lebih awal, katanya tanpa mendedahkan berapa ramai suspek yang sudah ditahan.

Insurgensi – sebuah gerakan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan berpelembagaan yang sah (seperti yang diiktiraf oleh PBB) dan anggota pemberontaknya mengambil bahagian dalam kegiatan keganasan bersenjata organisasi tersebut dan kadangkala juga pada masa yang sama menganggotai sayap politik pergerakan tersebut (dengan mengambil contoh pergerakan PKM di Malaysia). Pakistan merupakan salah sebuah negara Islam yang mempunyai kemampuan senjata nuklear dan keadaan tidak stabil dalaman ini jelas merugikan dunia Islam. Adakah ini juga salah sebuah permainan atau percaturan kuasa-kuasa besar?

Halim Fansuri – 13 November 2009/24 Dzulkaedah 1430H / 0757H)

P/s: ...a dangerous game of classic guerrilla warfare of hides and seek...

(Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20091113000520/Article/indexworld_html)

3 comments:

fakir al banjari said...

Amerika dan sekutunya telah melakukan gerakan bersenjata di Iraq dan Afghanistan sebelum ini terhadap kerajaan sah berperlembagaan yang diiktiraf rakyat.

adakah ini juga insurgesi?

Oghang Ba Ado said...

Tidak! ini diklasifikasikan sebagai foreign agression (serangan luar/pencerobohan).

serangan dari sebuah entiti pemerintahan asing berpelembagaan yang 'nyata'(overt) dan 'tersusun'.

dengan kata lain, ianya sebuah jenayah kemanusiaan berskala besar. sebuah peperangan yang sepatutnya boleh dielakkan, tetapi dilancarkan dengan(nazi jerman terhadap negara jirannya) atau tanpa persetujuan (u.s ke atas vietnam) rakyat negara itu sendiri..

insurgensi biasanya melibatkan peperangan tidak simetri/konvensional), tanpa sempadan hadapan dan belakang yang jelas dari dalam negara tersebut. pihak yang melaksanakan insurgensi biasanya kombatan/sayap bersenjata, dan pada masa yang sama adalah non-kombatan/civilian negara tersebut.. ada juga yang datang dari luar (briged ansar vs soviet union di afghan..)

Gelojak_Jiwa said...

ini semua adalah politi sahaja.. biasalah Amerika akan menghapuskan musuh yang dianggap memberi kesan negatif kepadanya. Cuma caranya yang tidak sah dan mengikut unDANG UNDANG. INIKAN NAMANYA POLITIK YAHUDI! OBA kan pernah mentakrifkan politik melalui jalan ini dalam perbahasan kita yang lalu.

Dalam Islam, Nabi S.A.W pernah menyerang Mekah demi untuk membebaskan umat Mekah dari kesesatan yang berlanjutan sekian lama. Adakah kepimpinan Mekah ketika itu tidak diiktiraf rakyatnya? Atau adakah nabi menyerangnya kerana Mekah ketika itu menjadi ancaman terhadap Islam? Apakah kayu ukur yang nabi gunakan untuk menawan Mekah ketika itu?

Bagaimana pula kayu ukur yang digunakan Yahudi dan kafir laknatullah dalam menyerang Iraq, Afghanistan, Vietnam dan sebagainya? kenapakan Vietnam dan korea Utara yang bukan negara Islam juga diserang jika benar mereka hanya anti terhadap Islam?

tolong berikanlah hamba kefahaman.

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.