Dua Berita Satu Laporan..
Dr Asri sedia sertai politik untuk berdakwah - Mutakhir/Selasa, 10 November 2009
KOTA BHARU: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.
Katanya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang luas kerana Islam adalah agama untuk semua.
"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini hari ini.
Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu. Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Sambil menafikan pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik, beliau berkata ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama
Halim Fansuri – 10 November 2009/22 Dzulkaedah 1430H / 0812H)
P/s: ..ha..ha ha.. selepas Johor dapat mufti baru yang tidak bertauliah.. ko nak jadi orang politik pulak? Sungguh! Belang ko sekarang terbongkar akhirnya.. betul tak aku cakap dulu? Kat Malaysia ni dah berlambak ahli politik, dan bila ko masuk politik nanti, bertambah la seorang lagi pembohong besar!
(Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109171801/Article/index_html)
Penulis blog digesa henti pembohongan- Mutakhir/Selasa, 10 November 2009
KUALA LUMPUR: Penulis blog dinasihat menghentikan pembohongan dalam penulisan masing-masing, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.
Beliau yang juga seorang penulis blog berkata ada antara penulis blog yang menulis perkara mengarut selain menggembar-gemburkan isu yang tidak benar.
"Memang sukar untuk menjelaskan sejauh mana kebenaran penulisan blog kerana penulisnya sentiasa berselindung di sebalik nama pena," katanya dalam sesi dialog bertajuk "Blog: Satu Pembohongan atau Realiti" di sini hari ini.
Katanya, walaupun penulis blog mempunyai kebebasan menulis, namun hasil yang positif daripada penulisan mereka adalah perkara utama yang perlu diambil kira selain sensitiviti kaum.
Sementara itu pemilik blog "Kuda Ranggi", Syed Imran Alsagoff, pula berpendapat bukan sahaja wartawan media cetak dan elektronik, penulis blog juga perlu didedahkan kepada etika penulisan selain undang-undang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi.
"Jika seseorang blogger tidak mendalami peruntukan akta dan etika kewartawanan, pembohongan dalam penulisan mungkin berlaku," katanya.
Syed Imran yang juga bekas wartawan Bernama berkata, pembohongan dalam penulisan blog lebih kerap menyentuh isu politik sehingga cenderung memfitnah, menghasut dan menjatuhkan maruah pihak tertentu. - Bernama
Halim Fansuri – 10 November 2009/22 Dzulkaedah 1430H / 0812H)
P/s: ohoo.. kami semua ni pembohong la.. ni sumber yang hamba ceduk ni dari mana? Sumber Media arus perdana kan? Apabila pembohong besar cuba mengajar pembohong cilik..
(Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109162726/Article/)



44 comments:
Salam sahabat...Hamba ni manusia skema..Kajian dari Instutisi Integriti Malaysia menyetakan antara golongan tertinggi yang tidak booleh dipercayai adalah ahli politik...hahaha orang kerajaan kutuk orang kerajaan
aku suka pada noh gadut je! nabi pun Ahli politik, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali... Suma ahli politik! jadi jangan percayakan mereka??!! penin...penin... (pinjam kata2 tangan besi)
Beza Baginda dan para sahabat, mereka tak jadikan politik sebagai alat nak cari makan..
Nabi pun kalau nak ikut, kat rumah dia tak ada apa nak dimakan, sampai yang ada pada Sayyditina Aisyah r.a cuma sebiji kurma aje.. dah tu pi sedekah kat orang..
..ini kalau ko tengok, rumah sebesar-besar mahligai, perutnya buncit-buncit (makan apa la diorang?)duduk 3-4 orang aja, dan kat tempat yang sama pulak ada orang merempat! PEJUANG ke tu? PEMIMPIN ke tu?
..kalau naik kereta tu tak pernahnya nak slow, bukannya ada tugasan rasmi apa pun.. apa la salahnya berenti sekejap, menyapa orang kampung, bukannya kau guna jalan lebuhraya tol PLUS nak merembat macam kena kejar hantu!
POLITIK - POLI:Banyak. TIK:Taktik/tactic. Bukan ke maknanya PEMBOHONG? Kuat main muslihat?
Firman Allah bermaksud: Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya: 107)
“ Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum KAMI mengutuskan Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)” Surah Israa’ ayat 15.
..jika G_J rujuk pada dua ayat di atas, adakah Baginda Rasulullah naik dengan jalan POLITIK? (muslihat?) Ada ke kaum dia yang vote dia jadi Nabi? Ada ke para sahabat vote dia jadi Nabi? tu dah terang lagi bersuluh ALLAH s.w.t cakap dah, Dia yang UTUS! Bila Dia yang UTUS maka MUHAMMAD bin ABDULLAH, ABU QASIM ni ALLAH taala yang PILIH secara MUTLAK!
Bila kita iktikadkan begini maka BATAL fahaman kita yang Rasululullah itu seorang POLITIKUS!/AHLI MUSLIHAT/PEMBOHONG! kerana salah satu sifat yang yang mustahil pada nabi adalah KAZZAB/PEMBOHONG. Kalau tuan G_J kata dia PENTADBIR/KHALIFAH maka hamba boleh bersetuju kerana:
a)Takda siapa pun yang layak mengatur tatacara hidup umat Islam melainkan berpandukan Baginda sebagai rujukan sebenar-benar rujukan pada masa hayatnya.
b)Sistem demokrasi tak ada time tu, tak wujud! Tak ada juga pada masa tabi'en dan tabii' tabi'en melainkan Qur'an, Hadis, Qias, dan ijmak ulamak. mereka yang berijtihad pun cthnya macam Sayyidina Anas bin Malik r.a (tak silap kena bunuh jugak kot? nanti check kitab - khadam Rasulullah), Abu Dzar al Ghafiri (yang mati kena buang negeri) dan mereka semua ni tallaqi berjumpa Rasulullah! baru masuk sistem syura dalam pemerintahan..
c)Secara halus kita ni dah kena perdaya dengan Yahudi dan Nasara melalui istilah POLITIK dan POLITIKUS.. hang semua nak ikut lagi ka sistem ni? heh heh heh
p/s: ..sila cabar 'ijtihad' aku ni (cheeewah!) jika ko ada Firman Allah Taala/Hadis/Ijmak Ulama'/Qias/ijtihad para sahabat yang kata para Rasul dan Nabi dan ini ahli politik yang dipilih kaumnnya? Ada berani?
sokong OBA.
politik tu murni, tapi pengamalnya kebanyakan menyalahgunakanya untuk kepentingan kaum kerabat dan perut dan anu masing-masing. lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi ciptaan barat.
tapi jangan pulak anggap demokrasi tu bidaah, semata-mata kerana Nabi tak buat. macam korang yang baca blog ni, Nabi pun tak buat...
kita ikut la pandangan mujtahid mazhab yang mengikut mujtahid mutlak dalam menentu hukum. bukan ikut orang yang tak sampai taraf, tapi perkecil orang lain yang dah diakui keahliannya.
Nabi pun berpolitik, maka jangan kata politik tu kotor. orang di dalamnya yang jadikan dia nampak kotor.
jadi, kalau kerajaan buat benda baik-baik belaka, tak ada peluang la blogger nak tulis benda yang boleh beri ruputasi buruk kat kerajaan. jadi.... korang pun boleh fikir sebabnya
cumanya bila atok OBA melihat politik dari konteks POLI dan TIK dari kata asal, memang nampak macam politik tu buruk. apa alasan tuan yang kata pelbagai taktik dan helah adalah buruk?
taktik dan helah berubah-ubah sifat, cara dan perlaksanaannya. ada yang baik dan ada yang buruk. ada yang baik dalam satu keadaan dan buruk dalam satu keadaan.
Nabi sebagai Nabi dan Rasul memang dipilih olehNya. tapi Nabi sebagai ketua kota Madinah siapa yang pilih dan beri taat setia?
Para sahabat siapa yang pilih?
memang demokrasi banyak kelemahan, tapi bolehkan kita yang jadi pengikut dalam sistem ini ubah kepada sistem syura macam tu saja?
penting bagi rakyat dan umat faham kelebihan syura. tapi macam mana nak bagi tau kalau nak cakap pasal hukum hakam yang kelihatan menjejaskan pemerintah sedia ada akan disekat, dituduh, ditohmah dan seumpamanya? bersediakah pemimpin sediaada menerima sistem syura? yang sistem ini tak boleh dapat sokongan orang ramai yang boleh diperbodohkan dengan maklumat terancang.
bila buat blog nak bagi maklumat tepat, maka kamu mula akan disekat. setuju?
penggunaan ayat-ayat Al-Quran bagi tujuan mengukuhkan hujah tuan di atas adalah tidak tepat kerana ayat-ayat itu menerangkan tentang pengutusan Rasulul Allah sebagai Nabi dan Rasul, bukan pemimpin negara atau berpolitik.
Ingatkah tuan tentang taktik yang digunapakai oleh Islam ketika perang Ahzab? bilamana ada seorang tentera kafir yang kemudiannya Islam menyelinap ke kawasan Islam dan bertemu Nabi lantas mengemukakan cadangan memecahbelahkan kesepaduan tentera Ahzab dan dibenarkan oleh Nabi? bukankah leaki itu menyebar fitnah/ muslihat bahawa setiap suku dalam pasukan Ahzab punya rancangan sendiri yang akan menghancurkan kesepakatan mereka walhal ia tidakpun wujud?
bukankah peperangan itu tipu daya?
dan silat dengan elat, ilat, silaunya?
silalah tuan rujuk pandangan Prof Dr Yusuf Al-Qardawi dalam kiabnya Fatwa Masa Kini dalam bab mengamalkan demokrasi. dan adakah tuan ada dalil yang mengharamkan demokrasi? ada?
tidak sekalipun Nabi menyatakan Baginda diutus oleh Allah untuk menjadi ketua Kota Madinah....
Assalamualaikum..
Allah SWT berfirman dalam surah Al – Anfal yang bermaksud :-
60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Perlu nak terangkan lagi ke? abg Fakir dah cramp jari terangkan..
kepada Atok OBA, terima kasih atas soalan tersebut dan 'ijtihad' atok.
Nampaknya pandangan OBA mengenai politik berbeza dengan pandangan saya dan Abg Fakir mengenai politik.
Atok melihatnya dari sudut bahasa inggeris. Manakala kami melihatnya dari sudut Islam. Mungkin di sini kita dikelirukan dengan istilah Inggeris ni. sebab tu saya nak sains dalam Bahasa Melayu je!
Hamba tahu OBA sebenarnya sangat maklum mengenai maksud politik dalam Islam.
Dalam Bahasa Arab, politik dimaksudkan oleh Syeikh Abdul Wahhab Khalaf dalam bukunya menyatakan bahawa, syiasah syar’iyah ialah :-
“ Mentadbir urusan umum sesebuah kerajaan Islam dengan cara yang boleh membawa ke arah tercapainya kebaikkan kepada umum dan menghindarkannya daripada kerosakkan dengan cara yang tidak bercanggah dengan asas – asas syarak walaupun dengan melaksanakan perkara yang tidak disepakati oleh ulama’ Mujtahidin ”. ( KONSEP SIASAH SYAR’IYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH )
Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah saw bersabda : Aku diperintahkan supaya memerangi manusia, hingga mengakui bahawa Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah, dan supaya mereka menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dariku, kecuali kerana alasan-alasan (hukum) Islam. Sedangkan perhitungan (keadilan) mereka terserah kepada Allah. (shahih bukhari, 20 JILID I)
Alhamdulillah.. ada yang menyanggah, ini yang seronok ni, leh jadi forum/debat perdana pulak blog beta ni..
Pertamanya, sekali lagi tuan-tuan yang bijaksana dari barisan pembangkang telah menghujahkan sendiri akan kepincangan politik ini yang beliau sendiri persetujui. Tak dapat tidak kita tidak akan dapat lari dari istilah epistimologi sesuatu disiplin itu sendiri (POLITIK – Banyak Helah) untuk membincangkan sesuatu perkara yang tertentu. Ambil contoh MAKAN yang dasarnya pada perbuatan memakan, atau MAIN yang pada perbuatannya, tujuannya, niatnya, kaedahnya serta cabang-cabangnya bermain . Apa yang hendak disampaikan oleh saudara pembahas dari barisan opisisi adalah sesuatu yang goyah kerana pada dasarnya beliau sendiri mengakui yang politikus atau pengamal politik itu adalah pada kebiasaanya mereka yang sering menyalahgunaan kuasa, menipu, mengkhianat dan bermacam-macam lagi penyelewengan demi satu tujuan iaitu kuasa, sepertimana yang sering dikatakan oleh Nicollo Machevelli – the end justifies its mean (matlamat menghalalkan cara). Jia tidak, bagaimana penyelewengan tidak berlaku jika jalan yang dilalui menjurus kepada matlamat yang menghalalkan cara?
Untuk mengatakan sesuatu perkara itu tidak berkaitan dengan perkara dasar atau perkara pokok atau lari jauh dari terminologinya adalah suatu falasi dan kekeliruan. Jika ayam dikataan itik, atau hidup seperti itik sebagai sebuah analogi, ianya memang menyimpang jauh dari perkara yang diperbincangkan di sini. Maka secara rasminya saya mengataan saudara Fakir dari barisan pembangang cuba mengalihkan isu sebenar dari pokok persoalan yang kita bincangkan dalam perdebatan ini!
Penggunaan ayat-ayat Al-Quran bagi tujuan mengukuhkan hujah saya dari barisan pencadang di atas adalah sangat tepat kerana ayat-ayat itu menerangkan tentang pengutusan Rasulullah sebagai Nabi dan Rasul, bukan pemimpin negara atau berpolitik kerana seluruh kehidupan baginda tidak didasari oleh nafsu dan shahwat untuk berkuasa malahan setiap tuturkata baginda adalah dinisbahkan kepada terbitnya pada gerak pada hati yang dibimbing oleh Allah Taala sendiri dan kadangkala melalaui perantaraan Jibrail a.s yang terdapat di dalam banyak kisah dan sirah-sirah baginda sendiri. Baginda sendiri menolak pelbagai pelawaan yang cuba diumpan kepada baginda melalui bapa saudaranya Abu Talib sendiri seperti Kuasa, harta, dan wanita, sehinggakan baginda bersabda jika diletakan matahari dan bulan sekalipun dikedua-dua tangan baginda, baginda tidak akan tunduk. Ahli POLITIK kah baginda? Adakah Al Qur’an itu kitab strategi politik? Adakah Al Qur’an itu kitab strategi dan taktik ketenteraan? Atau ianya sebuah kitab yang menerangkan tentang peringatan-peringatan dan janji Azab atau ganjaran untuk kita di sana nanti?
Hijrah baginda ke Madinah adalah ARAHAN dan WAHYU dari Allah taala sendiri dan bukannya suatu pengunduran taktikal yang didasari pada kepentingan siasah baginda semata. Di sini tuan Fakir terkeliru dengan sifat maksum seorang Nabi yang sentiasa dalam perhatianNya. Tuan Fakir yang tidak mempunyai sebarang ilmu taktikal medan sendiri hendak menyamakan muslihat politik dengan muslihat ketenteraan di dalam peperangan dengan mengambil contoh perang Ahzab. Di sini kita dapat melihat kelemahan saudara Fakir selaku pihak pembangkang yang dihormati. Apabila penduduk Madinah memeluk agama Islam, hamba tegaskan sekali lagi, tiada siapa pun layak untuk mengatur kehidupan umat pada masa itu melainkan baginda sendiri. Para sahabat pula adalah mereka yang berjuang atas dasar kepentingan tertentu di sisi baginda. Nabi tidak dilantik sebagai ketua kota Madinah atas dasar pemilihan parti, atau kehendak sekelompok manusia. Pemilihan melalui undian tidak boleh disamakan dengan konsep bai’ah kerana ianya berdasarkan sesuatu isu dan kepopularan isu dan pemimpin itu sendiri. Hamba tegaskan sekali lagi Baginda dilantik bukan atas dasar kepopularan dan mood pengundi dan sahifah madinah bukan sesuatu perkara yang diada-adakan mengikut kehendak hati baginda melainkan melalui ilham dari Allah taala sendiri. sekian sahaja dari pihak pencadang.
Jadi bagaimana nak mengakui Allah dan Rasulnya, bagaimana nak suruh ikut perrintah Islam jika tidak memerintah negara?
Bagaimana nak perintah negara jika tidak menjadi ahli politik atau kata lain bersiasah sya'riyah?
Pandai sungguh orang kafir musyrikin nak lagakan kita dengan menggunakan istilah je. Hebat sungguh permainan Syaitan Laknatullah! Teringat perbincangan saya dengan guru saya di Taiping 4 tahun yang lepas, Kita selalu berbalah kerana memahami istilah dengan makna yang lain.
Saya bersetuju dengan Abg. Fakir mengenai tiada satupun ayat Quran yang menyatakan Allah melantik Nabi menjadi ketua mekah. Malah nabi terpaksa mengambil masa selama 13 tahun sebelum dapat mentadbir mekah dengan Islam.
heh heh heh.. jangan la berenti dulu.. baru na panas ni G_J..
Nabi tiada menjalankan demokrasi? nabi tidak menggunakan helah?
apa salahnya helah selagi tidak melanggar syariat? ingat tak olagi dengan kisah Nabi Ibrahim apabila begainda memusnahkan semua berhala-berhala dan tidak merosakkan berhala yang paling besar. Lalu apabila ditanya siapa yang musnahkan berhala-berhala itu, dijawab Nabi Ibrahim patung yang besarlah yang memusnahkannya. bukankah ini bentuk siasah syariah atau 'politik' supaya manusia ketika itu sedar yang mereka hanyalah menyembah batu yang tidak bernyawa?
hah.. G_J, ini la sebab kita kena terangkan perkara ini kat umum. Bila dasar perlembagaan negara sendiri yang dimanipulasi oleh pihak penjajah menetapkan demokrasi dengan roh yahudu wa nasara, inilah jadinya! walaupun awak guna parti Islam sekalipun jalannya tetap goncang!
cuba lihat iran tu, demokrasi juga kan? tapi kenapa amerika dan sekutunya israel takut sangat-sangat? (itu baru syiah, belum sunnah lagi..) kerana roh politik dan demokrasinya ISLAM, walaupun dia pakai jenama apa sekalipun tapi doktrin dia kukuh dah!
Dari mana asal datangnnya Ilham yang diberi kepada Sayyidina Ibrahim a.s? akal dia? nafsu dia? ha jawab!
atau Ibrahim a.s dok dapat ilham masa tengah mencangkung? atau saje-saje je dia berangan memandai-mandai?
PEMBETULAN:
"...Para sahabat pula adalah mereka yang berjuang atas dasar kepentingan tertentu di sisi baginda.."
GANTI DENGAN:
Para sahabat pula adalah mereka yang berjuang BUKAN atas dasar kepentingan tertentu di sisi baginda.
Bagaimana pula seseorang boleh memerintah negara tanpa mengamalkan siasah(politik?) ingat, politik yang kita fahami haruslah berdasarkan pemahaman Sahsiah Islamiah atau akhlak Islam.
contoh,memakai seluar pendek nampak peha adalah bermoral pada pandangan orang2 Kafir di Barat, Namun dalam konteks Islam orang itu tidak bermoral (tidak berakhlak).
Mari kita lihat bagaimana Nabi dan sahabat menggunakan muslihat dan demokrasi di dalam peperangan Badar. Seorang kaum Ansar mencadangkan kepada nabi supaya memusnahkan semua perigi yang berada di Badar dan hanya tinggal satu untuk tentera Muslimin supaya kaum kafir tidak dapat minum dalam peperangan? adakah perbuatan atau helah ini tadi boleh menjatuhkan maruah Nabi sebagai Rasul? adakah dengan taktir begini yang dianggap kotor (oleh orang kafir) adalah salah di sisi Islam?
ahhh?? aku dah terkena perangkap!! cis, aku tak mau cakap dah! wachaaa!!
hah hah hah hah.. (seronok kan MAIN permainan ini G_J?)
itulah kesilapan tuan dalam membezakan muslihat medan/peperangan dan penipuan propaganda politik yang menyebabkan hitam jadi putih dan putih jadi hitam!
uwekkk!!! uwekk!! OBA cuba nak perangkap hamba lagi.. yea!! yea!! xkena! xkena!!! hehehe
yaaa.. Hamba memang faham sangat denga mu atok Oba! seronok kau dengan perangkap kau ya!! Aku faham maksud yang kau cuba sampaikan malah kau juga memahami maksudku.. ayuh, mari kita bekerjasama "memecah" kebekuan akal dan istilah golongan muda kita yang kununnya berjuang menegakkan Islam tapi bila bersilat pegang2 tangan laki pompuan la, tunjuk pusat terbojol la!
aku tetap sokong abg fakir dan atok OBA!! oooyeahh!! Nabi memang Ahli Siasah [guna istilah arab (politik juga)]
Nabi bukan ahli politik! sesat!!! (guna istilah Yahudi) padahal siasah atau politik tu memang sebahagian agama.
anda ppilih, nak guna istilah Yahudi ke atau nak guna Istilah Islam. Pandai-pandai la pilih..
kau jawab la kat akhirat!
Paham pun! isk o ni.. apasal la ko tak nak 'layankan' aje.. ha ha hah..
(yang seronoknya bila kita tengok pihak ketiga yang nak mencelah nanti tu.. ala.. menjoran la katakan..)
Soalan OBa tu ambe nak jawab. Nabi Ibrahim dapat ilham nak pecah patung tiadalah diceritakan dalam Al- Quran atau Hadis. jadi serahkan pada Allah sahaja. Yang penting adalah pengajaran dari kisah yang boleh kita ambil iktibar sebagai teladan untuk menghadapi musuh-musuh Allah. Nabi Buat What?
hehehe.. ambe golongan muda masih rendah ilmu politik ni! kuikuikui!
maafkan kami penunggu gua!
sekarang giliran pembangkang pertama kembali.
sidang sewan budiman, pencadang hartawan dan pengikut ilmuan.
tak tumbuh tak melata
tak sungguh tak saya berani berkata-kata
Tuan OBA sebagai pencadang nampaknya terlalu berminat dengan respon sidang dewan, lalu memasang jerat provokasi.
hujah tuan pencadang nampaknya ibarat senjata makan tuan. kenapa Baginda Nabi tidak menerima pelawaan penduduk Makkah sebaliknya menerima pelawaan penduduk Yathrib? Atas alasan mendaulatkan Islam. Politik digunakan untuk mendaulatkan Islam, tetapi ditinggal jika politik hanya memberi manfaat kepada diri. maka kamu fikir?
Baginda Nabi dipilih sebagai pemimpin kota Yathrib (Madinah akhirnya) bukan oleh semua penduduk Madinah. Cuma Kaum Aus dan Khazraj yang telah Islam yang merupakan majoriti penduduk Yathrib yang memilih Baginda sebagai ketua negara tetapi tidak oleh penganut Yahudi. Namun atas pilihan majoriti, maka Yahudi sebagai minoriti terpaksa menerima melalui Piagam Madinah.
Tuan pencadang yang meminati ilmu ketenteraan cuba mengasingkan strategi ketenteraan darpada ilmu kepimpinan. walhal ketenteraan adalah sebahagian daripada kepimpinan/demokrasi. Memang, meang dalam ketenteraan hampir tiada amalan demokrasi apatahlagi tentera hari ini yang menuntuk ketaatan 100% kepada ketua kerana disetkan begitu. Baginda sebagai ketua negara, juga ketua turus angkatan tentera. cuma panglima perang bertukar-tukar. Maka, pemusatan kuasa tetap kepada Baginda.
Oleh kerana tiada yang layak memimpin selagi ada Nabi s.a.w, maka pemilihan pemimpin yang diamalkan sesudah kewafatan Baginda lebih tepat diambil sebagai panduan. Baginda tidak pernah meyatakan nama tertentu sebagai pengganti Baginda sesudah kewafatan Baginda walhal Baginda maklum bahawa masa bertemu Kekasih sudah hampir.
Maka syura lebih baik dijadikan panduan. Namun bagaimana cara nak amalkan syura dalam negara kita hari ini? apa sumbangan tuan pencadang kearah pelaksanaan sisten syura jika tuan bersetuju ia boleh dan patut dilaksanakan mengantikan demokrasi?
Ataukah tuan pencadang lebih suka sistem pewarisan kepimpinan kepada darah daging/anak/menantu tanpa pemilihan? seperti yang diamalkan bermula zaman Muawiyah? Lalu bencana bak pemerintahan Yazid berulang?
Saya maklum tuan pencadang tidak bersetuju dengan sistem demokrasi. Maka apa tindakan tuan untuk menghapuskan sistem ini? Berdebat di dewan yang mulia ini lalu habis dimamah masa? Dan hujah tuan sampai kepada beberapa ahli dewan semata?
Mana dalil tuan yang megharamkan demorasi? Mana? mana? manaaaaa?
mata melihat.
zuuup.
booosh..
hilang.
Terima kasih barisan pencadang ucapkan kepada sidang hakim yang adil lagi bijaksana, penonton-penonton yang dihormati, barisan penyokong yang disayangi, dif-dif jemputan dan tidak dilupakan barisan pembangkang yang semakin goyah dalam hujah mereka mempertahankan diri.
Tumbuh tidak melata tidak, tumbuh subur di tepi bencah,
Tangguh tidak tahan pun tidak, kaki berdiri semakin goyah.
Begitulah analoginya keadaan pihak pembangkang yang semakin kucar-kacir tidak keruan akibat serangan teratur ala tentera pihak pencadang, jelas, pihak yang cuba menegakkan benang yang basah semakin hilang arah dalam mempertahankan hujah mereka yang tiada asas dan pucuk pangkalnya itu, biarlah saya sebagai pencadang kedua meneruskan hujah barisan pencadang.
Adakah baginda menerima tawaran dari penduduk Yathrib atas sebab baginda melihat potensi yang ada dalam mengembangkan pengaruh baginda? Tidak sekali-kali begitu kerana baginda telah diwahyukan sedemikian! Jika baginda MEMILIH untuk menerima pelawaan tersebut atas timbangan akal dan hati baginda sendiri pembangkang melihat kedudukan baginda tidak lebih dari seorang opurtunis! Mengapakah dikeluarkan unsur wahyu dan gerakan dari Allah s.w.t dalam sirah tersebut? Nyata pembangkang kedua terlupa yang baginda itu maksum dan segala kelakuan dan perkataan, gerak geri zahir dan batin baginda adalah dalam kawalan Allah s.w.t setiap masa! Disinilah kekeliruan yang dibawa oleh barisan pembangkang dalam melihat aspek ketuhanan disebalik tindak tanduk baginda, sehingga sanggup menyatakan baginda itu seorang politikus!
Sidang yang dihormati sekelian,
Pembangkang kedua telah menyatakan Baginda tidak pernah meyatakan nama tertentu sebagai pengganti adalah benar, namun jika kisah riwayah baginda dijadikan panduan, maka kekeliruan yang dihadapi oleh barisan pembangkang akan sirna sama sekali.
Telah tersebut dalam sirah riwayat baginda akan pembaiahan Sayyidina Ali sebagai khalifah selepas baginda dan sirah ini nampaknya seolah-olah disembunyikan dan kurang popular dikalangan pengikut aliran sunnah walaupun tarafnya sahih dan menjadi pegangan pengikut-pengikut syiah!
Kejadian ini berlaku di Mekah pada kali ketiga Baginda mengadakan majlis dakwah dirumahnya sendiri. Baginda bersabda, “Apakah tuan-tuan akan menjadi penyokong saya, sehingga dia akan menjadi saudara saya, penerima wasiat saya dan pengganti saya sebagai Khalifah”, sebanyak 3 kali lalu disahut oleh Sayyidina Ali yang baru berumur 8 tahun dan terus bangun dan berkata “Wahai Nabi Allah! Saya bersedia menjadi penyokong tuan!” sedangan yang lainnya diam membisu.
Nah! Disinilah proses baiah menjadi sandaran pihak pencadang berbanding sumber pemilihan popular yang kurang jelas asal puncanya oleh tuan pembangkang kedua. Satu kejadian lagi adalah ketika pembaiahan Sayyidina Abu Baar r.a oleh Sayyidina Ali sendiri yang mengesahkan jawatan khalifah sesudah wafatnya baginda dan peristiwa pengimaman solat jumaat oleh Sayyidina Abu Bakar sewaktu geringnya Rasulullah yang dipilih baginda sendiri, bukannya undi popular.
Sidang yang dihormati sekelian, nampaknya pihak pembangkang memang sengaja menempah maut apabila meminta dalil-dalil dikemukakan! Nah pihak pencadang akan menukilkannya dalam majlis yang mulia ini satu demi satu:
UMAT ISLAM MENGEKORI YAHUDI DAN NASRANI
Daripada Abu Said Al-Khudri ia. beliau berkata:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan mengekori mereka.Sahabat bertanya:”Wahai Rasulullah, Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?”Nabi s.a.w, menjawab:Siapa lagi kalau bukan mereka.
(H.R. Muslim)
Di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk ke dalam golongan mereka.
(H.R. Abu Daud)
Hadis-hadis di atas menjelaskan tentang larangan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Islam melarang penganut-penganutnya mencontohi akhlak Yahudi dan Nasrani, meniru cara hidup, adat istiadat dan upacara mereka. Sebaliknya umat Islam harus kembali kepada sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka harus merujuk kepada ajaran agama mereka yang jauh lebih suci dan mulia.
Sidang yang dimuliakan,
Sejak dahalu Yahudi dan Nasrani menggunakan berbagai cara untuk meruntuhkan akidah dan kesucian agama Islam. Percubaan demi percubaan mereka lakukan sama ada dengan cara yang dapat dikesan mahupun tidak, Perancangan mereka adalah untuk menghapuskan terus agama Islam dan kaum muslimin di muka bumi. Sebagai satu cara, mereka memperkenalkan berbagai bentuk dan cara kehidupan untuk mempengaruhi umat Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. awal-awal lagi telah memberi amaran dan peringatan kepada umatnya supaya tidak mengikut jejak langkah orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Sekian, masa amat mencemburui saya dan saya pulangkan majlis ini kepada ahli panel yang dihormati.
Benar, ada hadis sahih berkaitan Saidina Ali. Namun idak dinyatakan secara tepat waktunya adakah selepas itu erupakan selepas sejurus atau selepas 3 orang lain yang telah berlaku. Ulama Ahli Sunah meghujah jika enar maksud Baginda perlatikan Saidina Ali adalah sejurus selepas Baginda, kenapa para sahabat hatta yang dijanjikan syurga melantik Saidina Abu Bakar melalui syura? ini menunjukkan wujudnya amalan perbincangan dan pemilihan. Baginda tidak menetapkan secara mutlak dan muktamat.
keuanya sidang dewan sekalian, walaupun saya tidak katakan dengan jelas, saya tetap bermaksud setiap pilihan, tingkah, kata-kata malah apa sahaja berkaitan Nabi dan seluruh makhluk tidak terlepas dari kekuasaan Allah. maka tidak timbul langsung isu bahawa kami barisan pembankang mengabaikan unsur wahyu melalui mimpi, bisikan hati atau dibawa oleh Jibril terhadap tingkah Baginda. Nampaknya pencadang sengaja memutarbelitkan ketidakfahamannya terhadap hujah kami dengan cara yang sungguh licik.
Saya ulangi sekali lagi, baginda memilih (atas perintah Allah) menjadi ketua Madinah lantaran ada manfaat dalam menegakkan Islam, bukan kepentingan peribadi. Di sini sekali lagi nampaknya pencadang kurang peka dengan hujah yang kami utarakan.
Laluan..Laluan... Mintak laluan Yang Dipertua Dewan
Nampaknya pencadang terasak dengan hujahnya sendiri. yang diberikan bukanlah dalil mengharamkan atau memakruhkan demokrasi. pencadang belum sampai tahap boleh menggunakan Ayat Al-Quran dan hadis untuk menetapkan hukum. maka kami barisan pembangkang memohon sumber hukum yang tepat.
Jika kita beranggapan sesuatu yang dihasilkan oleh Yahudi dan Nasrani adalah semata-mata untuk menghancurkan Islam, maka kita sewajarnya tidak menggunakan banyak produk di pasaran, dari barangan hingga ke perkhidmatan.
Sedangkan Nabi menunjukkan kita cara yang jelas hinggakan kisah-kisah Israeliyat pun boleh diambil sebagai tauladan. Dalam usaha membersihkan kota Madinah dari umat Yahudi, beberapa siri peperangan telah meletus. antaranya pembukaan kota-kota Yahudi. Dalam satu kota yang dibuka, Umat Islam telah menemui senjata yang dipanggil manjalik dan 'kereta perisai' yang dibuat dari kulit haiwan sebagai persediaan Yahudi menghancurkan erakan Islam. namun, walaupun ia dicipta oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam, Baginda Nabi memerintahkan tentera Islam menggunakan kedua-dua alatan tersebut untuk memusnahkan kota-kota Yahudi yang seterusnya. Maka ulama menfatwakan adalah harus dan disunatkan menggunakan sesuatu yang dihasilkan oleh musuh Islam nabi menghadapi musuh Islam walaupun ia dicipta bagi menghancurkan Islam.
Tuan speker, saya mohon menambah.
Sekali lagi, tuan pencadang nampaknya keliru dengan istilah poltik. pencadang nampakya mentakrifkan politik semata-mata untuk mendapat populariti, meraih sokongan dan akhirnya membarikan manfaat epada diri individu berkenaan. lantaran itu pencadang tidak setuju dikatakan Nabi juga ahli poitik.
Politik dalam pemahaman ahli politik adalah kaedah bagaimana mahu menggerakkan rang lain melakukan sesuatu dengan kita melakukan sesuatu. contonya, seorang ibi mahu anaknya yang demam meminum ubat mengatakan kalau si anak meminum ubat, dia akan dibawa berjalan-jalan. itu politik dalam keluarga. Ketua kampung sentiasa tersenyum kepada orang kampngnya supaya dia terus dipilih sebagai ketua kampung dalam pemilihan akan datang. itu politik. Seorang menteri bersnam dengan penuh semangat di dalam TV walaupun balik ke rumah termengah-mengah, supaya orang ramai turut bersenam. itu politik. seorang raja memengal kepala seorang pengawal yang mengintai dayang sedang mandi supaya tiada lagi pengawal lain mengintai dayang. itu poltik. seorang ustaz memberi sumbangan supaya dia dipilih jadi pemimpin, yang dengan jawatan sebagai pemimpin dia boleh ajarkan agama, laksanakan hukum agama, mengubah sistem kepada syura, itu juga politik.
namun nampaknya pencadang melihat politik dari skop kecil semata-mata nak popular, dan dipilih, dan boleh menggunakan kedudukannya untuk tujuan tidak bermoral sahaja!
Saya tegaskan sekali lagi, bukan politik itu yang kotor, tetapi orang di dalamnya yang mengotorkannya. maka apa tindakan tuan pencadang? biarkan orang kotor teus kotorkan politik sedangkan ia sesuatu yang murni dan boleh diguna bagi membela umat.
Cadangan ditutup...
Ketika sebagian sahabat berkata kepada beliau, "Engkau adalah sayyid (penghulu) kami!" Spontan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Sayyid (penghulu) kita adalah Allah Tabaraka wa ta'ala!"
Ada yang mengatakan: "Dan engkau adalah orang yang paling utama dan paling agung kebaikannya!" Serta merta beliau mengatakan: "Katakanlah sesuai dengan apa yang biasa kalian katakan, atau seperti sebagian ucapan kalian, dan janganlah sampai kalian terseret oleh syaithan." (HR Abu Daud dengan sanad Jayyid)
Sebagian orang berkata kepada beliau: "Wahai Rasulullah, wahai orang yang terbaik diantara kami dan putera orang terbaik diantara kami! Wahai sayyid (penghulu) kami dan putera penghulu kami!" Maka seketika Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersada: "Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan (yang biasa) kalian ucaplan! Jangan kalian terbujuk oleh syaithan! Aku (tidak lebih) adalah Muhammad, hamba Allah dan rasulNya. Aku tidak suka kalian menyanjungku diatas derajat yang Allah berikan kepadaku!" (HR Ahmad dan An-Nasa'I)
Tuan speker dewan, sidang dewan sekalian, tunggu hujah kami dalam sidang yang akan datang. tunggu. jangan korang pulak yang tak datang!
isk.. tak sempat la arini, kerja bertimbun.. teruskan saudara2 semua..
wei, panjang sangat dah ni. kau bukak sidang dewan yang baru aje la
saya setuju. selaku speaker maka saya umumkan pihak pembangkang memenangi pusingan ini! hehe..
nanti la.. aku belum gulung hujah lagi.. berilah pencadang ketiga gulung hujah dulu.. ha ha ha..
Post a Comment