BERITA UTAMA/Isnin, 02 November 2009
Dr Asri ditahan
Oleh Ifwan Tun Tuah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
DR MOHD ASRI dibawa untuk siasatan selepas ditahan di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, malam tadi. Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah
Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.
Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.
Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.
Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.
Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.
Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.
Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.
Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.
Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.
Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.
Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.
Halim Fansuri – 2 November 2009/14 Dulkaedah 1430H / 0843H)
P/s: ..ha, lepas ni pi tahan raja Arab Saudi pulak sebab mereka bawa amalan yang sama, cubalah!.. ha ha..
(Gambar asal dan sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20091102062233/Article)


17 comments:
...Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. ..
p/s: amalan ini sebenarnya bukan perkara penting yang menyabit pada aqaidul iman, ianya perkara furuk, nak buat boleh, nak tinggal pun boleh.. yang menjadi masaalah pada fahaman ini kerana mereka beiktiqad yang Allah s.w.t duduk atas kursi, bertangan, berkaki, dan lain-lain yang menisbahkan pada adanya anggota sepertimana makhluk seperti pada tubuh manusia, dengan kata lain, mereka ini adalah golonan mujassimah - menjisimkan dan menjasmanikan Allah taala.. nau'dzubillah.. mujassimah moden! ini perkara akidah, bukan pasal nak gaduh pasal nak buat qunut ka tidak, nak buat tahlil ka tidak, yang pak lebai kat kg tu buat cukur jambul tak salah pada akidah pulak? mana ada cukur jambul dlm syariat? Nabi bercukur.. sampai licin satu kepala, dan ditimbang dengan emas rambut itu, lalu disedekahkan.. mana datang ajaran ni? tu bersanding semua tu? Ada dalam nas ka? ada dalam hadis ka? inilah kejahilan dalam masyarakat yg perlu dibenteras sebelum kita asyik dengan menunding jari pada orang lain..
assalamualaikum.. ambe ade soalan..
soalan 1 :
betul ke en. asri tu amalkan ajaran wahabi?
soalan 2 :
kalo betul, kenapa sebelum ni dia dilantik menjadi mufti perlis? maknanya fahaman yang dia bawa tu x salah la...(kalo ye)
soalan 3 :
adakah penangkapannya ade kaitan dengan politik PAS yang sedang bergolak ketika ini kerana kita tau EXCO Agama Selangor adalah Dato' Hassan Ali?
Jawapan 1:
Daripada video ceramah-ceramah beliau yang banyak menghentam ulama' sufi dan amalan mereka, golongan2 habib, amalan-amalan harus/furu' yang tidak ditegah syarak dan menidakkan hadis-hadis dan nas yang sahih tanpa sebarang rujukan yang kuat (rujuk jawapan kpd kontreversi bab hadis melihat orang yang melihat Rasulullah yang disyarahkan oleh Syeikh Nuruddin al Banjari) dan adab beliau yang tidak sepatutnya sebagai seorang mufti, maka konklusi yang dapat disimpulkan adalah beliau berfahaman Pak Wahab.
Jawapan 2:
Golongan Pak Wahab@Salafi moden@tajdid di Malaysia ini terbahagi kepada 3 puak:
1. Sederhana - mereka ini masih boleh diikuti dan dipersetujui pendapatnya dalam beberapa hal.
2. Hardcore - seperti EmjayJb, Rasul Dahari dan lain lain lagi, sampai Dr MAZA sendiri kena pancung dengan depa..
3. Superhardcore - Golongan arab dogol ekstremis (kerana fhmn mereka paling ekstrim) seperti Ben Baz (bang bus? ha ha, Osama Laden, dan lain lain lagi 'ular mak' dia..
Jawapan 3:
Nampak sangat ada 'arahan' dari orang-orang tertentu sampai 'raid' dilaksanakan dgn tergesa-gesa, ketiadaan bukti yang dapat mensabitkan beliau, dan tiada usaha sungguh-sungguh secara bersepadu oleh Majlis Fatwa untuk membenteras golongan ini..
sekian..
"mana ada aku tangkap asri" kata jikgi JAIS di sekolah aku
"...Ahmad Jaes!" (buat gaya arwah M.Rajoli dalam filem Man Lakse)..
hehehe...
hari ni berbincang panas pasa wahabi di sekolah. rpa-rupanya ada cikgu sekolah aku yang cederung pertahan wahabi
betul ke? cube korek sket rahsia wahabi dan tanya dia betul-betul.. mana tau entah lain maksudnya pada pahaman dia.. kita kena pastikan. Dr. Asri kata beliau bukan fahaman Wahabi tapi Islam Progresif. nape tak p tangkap org tak solat??? kata dia la..
"...Dr. Asri kata beliau bukan fahaman Wahabi tapi Islam Progresif..."
Islam Progresif? jadi ada Islam Mundur la iye? Islam ke orang Islam yang Mundur? Islam Hadari (bandar? ke Islam Badwi (desa?)?
BIDAAH! TAK ADA DALAM AGAMA TU! DAN SETIAP BIDAAH MEMBAWA KE NERAKA! (sepertimana yang selalu dilaungkan oleh Pak Wahab-Pak Wahab itu, heh heh heh..)
..teringat aku macam mana si asri tu mengutuk Syeikh Nuruddin Al Banjari, berbuih-buih tepi mulut dia dengan air liur sendiri (yii, jijiknya..) dengan tak ada nasnya, hadisnya ke mana.. baik la dia masuk politik jadi menteri dari jadi mufti/ulama' su'..
nantikan senarai lebih 40 pendapat golongan wahabi yang ditentang ahli sunah wal jamaah di blog saya http://alamsukma.blogspot.com beserta rujukan bagi setiap dakwaan. tungguuuuuuuuu
tak bole tunggu! x sabo dah ni! hehehe... geli hati baca paper sinar harian hari ni.. Najib puji Dr. Asri. Kononnya dia tak tahu pasal penangkapan ni dan xde kaitan dengan kerajaan pusat pun! yang lagi klaka, dia kata Dr. Asri xpatut ditangkap, kerana dia ulamak yang berceramah dengan nas yang jelas lagi nyata.. hahahahahaha!! bila masa pulak Pak Najib jadi Ulamak siap boleh nilai orang bg nas nyata ke idak?? klakonye! klakonye!
Ko tengok la sekejap lagi, atas dasar politik ajaran salah ni akan dijadikan mazhab islam perdana negara menggantikan islam ada had ada hari (hadhari) dan satu senjata oleh orang-orang fasiq untuk mereka berkuasa, tak tengok apa dah jadi kat arab saudi yang dikuasai golongan ini? Kalau boleh makam baginda Rasulullah sendiri nak dibongkar keluar dari masjid Nabawi, celaka na'uzubillah laknatullahalaih..
Sebenarnya kalau kau perhalusi ketiga-tiga tempat suci bagi umat Islam telah dikuasai oleh Yahudu wal Nasara? Kenape? Tak percaya ye?
Assalamualaikum...Ajaran Wahhabi telah lama bertapak di Perlis semenjak sebelum merdeka lagi dengan nama 'Kaum Muda'dan negeri itu tidak menetapkan mazhab rasmi dari ahli sunnah seperti Maliki,Hanbali, Syafii, dan Hanafi dalam perlembagaan negeri. Jadi perlantikan Asri tidak ada masalah kerana meneruskan 'sunnah' negeri tersebut. Selepas Asri, mufti yang dipilih juga harus membawa pegangan yang sama walaupun dari latar belakang keagamaan yang tidak setaraf dengan rata-rata mufti di Malaysia...Sila baca buku bertajuk 'Sejarah Pergerakan Islah di negeri Perlis...'
Alfian NS
wau! betul ke? patut la Perlis darul Sunnah! sape yang kata wahabi salah? mashitah kata tak salah pun! aku ingat kat Mekah guna mazhab maliki je? rupenya diaorang guna mazhab wahabi ye..
ibnu Saoud tu bughah (penderhaka), dia tu badwi Najd yang bekerjasama dengan British melalui ejennya Colonel T.E Lawrence atau Lawrence of Arabia untuk jatuhkan penguasaan kerajaan khalifah Islam terakhir Uthmaniah/Ottoman..
Fahaman wahabi/pak wahab/wasabi merupakan alat mereka untuk menguasai jazirah arab sebab selain semangat nasionalisma, mereka memainkan sentimen agama untuk memecahkan umat Islam dengan menguasai Mekah..
sekarang korang nampak tak 'permainan' mereka?
Salah..sepatutnya PERLIS DARUL HADIS...baru betul...kalau SUNNAH...ertinya kita berittiba' dengan segala keadaan Rasullullah, percakapan, perbuatan, gerak, diam, pakaian, ahlak dan segala yang berkaitan dengan zat Rasullullah SAW. Ini maksud sunnah dikalangan para ulama hadis dari zaman salaf hingga kini sedangkan pada ahli usul atau fikah hanya Mengumpul hadis yang berkaitan hukum-hakam sahaja yang diambil dan perbincangan sekitar 5 hukum...sunat, wajib, ja'iz, makruh dan haram...namun pihak 'yang terbabit' di Perlis hanya suka berbincang dalam 2 perkara sahaja iaitu sunnah dan bidaah...sedangkan istilah bidaah itu bukan hukum. dan bidaah terbahagi kepada bidaah hasanah dan bidaah dolalah. Ini juga menjadi pegangan para WAHHABI di Saudi Arabia. Jadi nak meletakkan PERLIS DARUL HADIS pun tidak tepat juga kerana pokok pegangan mereka berkisar kepada sunnah dan bidaah. LEBIH ELOK DAN TEPAT jika digunakan PERLIS DARUL WAHHABI...
...Siapa Dr Mashitah? Ulama hadis atau ahli fikah sekurang-kurangnya adakah dia ahli majlis fatwa kebangsaan...dulu pun boleh keluar 'fatwa' ibu tunggal leh melacur untuk cari rezeki...mana dalil istinbat hukum?
Alfian NS
dia hanyalah senator yang terlantik.....
Tauhid Tiga/Triniti?: Langsung tidak dikenali di dalam kitab-kitab Usuluddin karangan para ulama’ Islam.
Usaha-usaha yang dibuat oleh golongan Wahhabi bahawa Tauhid Tiga ini adalah pegangan Salafus Soleh adalah merupakan satu bentuk “takalluf” (usaha yang dibuat-buat: bidaah la tu..) serta “istighlal” (eksploitasi/penyelewengan makna) kalam para Salafus Soleh.
Silibus Tauhid 3 sudah di ajar di sekolah-sekolah, malah di universiti-universiti! Ini bermakna para pembunuh/pengganas sudah dilatih, dengan aqidah TAKFIR DAN BUNUH.
Nampaknya sekarang bukan setakat kaedah Tauhid Sifat 20 aje kita wajib belajar. Tauhid Wahhabi (Tauhid 3) tu wajib juga tau.
La ni Sifat 20 diserang dengan senjata si wahab ni i.e Tauhid 3, tapi insyaalah jika kita khatam dan jazam, tak terjawab dia orang bila kita kita soal nanti. Lagipun dia dah tolak dah awal-awal bab Sifat 20 ni, dah tu nak disamakan pulak dengan Tauhid Wahhabi/Tauhid 3, bukan ke maksud Tauhid itu satu? esa? Wahid? macam mana pulak boleh jadi 3/triniti macam dalam ajaran kristian? Tak ke bidaah namanya tu?
Post a Comment