Sunday, November 1, 2009

Di sudut gelap itu


Di sudut gelap itu


Di sudut gelap

Aku diam menanti

Diam memerhatikan akan tingkahmu


Di sudut gelap itu

Aku diam dan menunggu

Sehingga kau silap langkah dan terleka


Di sudut gelap penuh kehitaman itu

Aku menantikan saat-saat gentingnya

Tusukan jarum halusku agar kau terpedaya


Disudut gelap itu..


Halim Fansuri – 1 November 2009/13 Dulkaedah 1430H / 0848H)

P/s: …aku akan sentiasa memerhatikanmu..

(Kredit untuk pemilik asal gambar hiasan: http://www.flickr.com/photos/jedijoe/100660472/sizes/o/)

8 comments:

fakir al banjari said...

siapa yang memerhati?
siapa yang diperhati?
siapa dalam gelap?
gelap dalam siapa?

Oghang Ba Ado said...

yang memerhati aku jua,
dan yang diperhatikan jua aku,
lalu aku jua yang berada dalam gelap,
dan kegelapan itu berada dalam keakuan ku..

khalida said...

hehehehe... terpana seketika lalu bingung, bila sedar, senyum.... jgn lagi pergi...

Anonymous said...

salamssss .. .. jauh dan dalamnya pemikiran .. .. sedangkan ia adalah satu saja .. .. ermp .. .. mencabar sungguh!! .. .. ;-) .. ..



JIWA

Oghang Ba Ado said...

salamssss.. (ikut gaya che Jiwa)

Tuan Khalida: "...terpana seketika lalu bingung" - terus sampai maqam fana kot?

Che jiwa: ..jauh tak jauh, dekat tak dekat, jauh tak berjarak, dekatnya tak bersentuh.. namun 'di antaranya' itulah tempat 'dia' dan 'kuncu-kuncunya' menyelinap, dan 'mencucuk'....

eheheheheeh...

fakir al banjari said...

di balik cermin
cermin mimpi
ada Dia yang tidak kita sedari

Cermin Mimpi - M. Nasir

Dia bukan dia yang kau maksudkan.

khalida said...

maqam fana jauh sgt lg, tuan OBA.... sedar ia tak ia.... tp tak ia-ia juga, ia-tak ia juga... tampak bersalahan tp itulah hakikat disebalik...

Oghang Ba Ado said...

Iya tak iya juga ya? guru yaya guru ya guru yaya guru yaya guru yaya..

"....YAAAAAAAAAAYAAAAAAAAA!"

(sebut gaya mat sentul - tak silapnya nama jajan peket cam ayam kaler kuning, snek perisa ayam yang dijual sekitar tahun 80-an, hrg 20 sen satu, bau dia tengik dan ada mainan patung plastik kecik watak He-Man)

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.