Sunday, May 17, 2009

Secangkir Kahwa Pengendur Urat





Coffee, anyone?




Hmmm... hamba hidup sehari lagi.. Alhamdulillah...

menghirup napas di muka bumi yang penuh kesengsaraan dan kepedihan ini..

dunia kejam, terpenjara dan penuh godaan..

lawan tetap lawan.. berjuang teruskan perjuangan.. sampai reput tulang temulangmu ayohai kawan..

lalu ku tersenyum puas kegirangan..

sampai saat sirnaku dibumi ini..

Halim Fansuri 12hb May 2009/16 Jumadil Awwal 1430H/09:03 a.m

p/s: derita oh derita ada di mana-mana...


9 comments:

Mistikal Jiwa said...

salamssss .. .. sy jua seorang yang gemar menikmati secawan kopi hangat terutama di waktu sore .. .. nikmatnya lebih damai dan dalam sambil menikmati ilham dari alam .. ..

tiba tiba sy tertanya tanya, siapakah gerangan Halim Fansuri ini?! .. .. syairnya meredakan emosi .. .. sungguh penuh makna dalam tautan kata yang bersahaja .. ..

Oghang Ba Ado said...

Halim Fansuri ini orangnya tenang, mukanya bersih matanya bersinar.. munculnya sekali-sekala, harum baunya dan putih bersih pakaiannya.. bila dia berjejak ke bumi, rumput-rumput tumbuh segar, namun hadirnya tak dapat dijangka, memberi kata petunjuk, penawar di kala duka..

khalida said...

"kau yang berselindung di balik sutera warnamu pelangi, engkau mustika hati, pesona cinta mahligai rindu"...

Oghang Ba Ado said...

heheh...

Mistikal Jiwa said...

salamssss .. .. ibaratnya ilham yang memercik datang di antara cahaya yang menyuluh terang .. .. indahhhh dan itulah yang didamba .. .. tuan oba kenalkah?! .. .. atau sebenarnya sy bertanyakan seseorang di lain zaman?! .. .. ahah .. ..

Oghang Ba Ado said...

musang yang lain kot? eheh..

khalida said...

atau harimau untut makan daging?

Oghang Ba Ado said...

he he he.. auum!

Anonymous said...

salamssss .. .. dan kini, soalan dahulu sudah kutemukan jawapannya .. .. aduhai, nikmat secawan kopi .. .. ;-) .. ..





Jiwa

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.