Saturday, August 16, 2008

AR RISALAH.. KRITIK SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT


(Sila baca forum mengenai Succubus dalam bab Hantu, Jin, khadam, pedamping & Makhluk Ghaib dll di Forum CVT)



Akum wbh. Selawat segala puji kepada Allah dan selawat atas baginda Rasullulah, utusan akhir zaman, ahli keluarganya, sahabatnya, dan pengikutnya. Bismilahhirrahmannirrahim.

Isu ni sebenarnya dah lapok, tapi ni la sebenarnya masalah umat MELAYU ISLAM pada masa dulu, kini, dan selamanya; dan ni la jugak yang melanda diri kebanyakan ikhwan muslimin sampai la ni mika dok tak kawin-kawin...

Tolong bincang dalam konteks alam kasar saudara2 sekelian..

Bilamana sorang anak Adam tu berkahwin maka tertutup la satu pintu dia nak buat dosa dan iblis serta kuncu-kuncunya akan terjerit2 melolong-lolong kerana dia hilang chance nak goda anak adam masuk ke neraka..

Dan pahala orang yang berkahwin itu 72 darjat melebihi orang yang belum berkahwin. dan tidaklah Rasullulah s.a.w mengaku seseorang itu umatnya sehinggalah dia mengikuti sunnahnya iaitu salah satunya dengan berkahwin (maksud hadis)

Baik, itu mukadimmahnya. Seterusnya..

Lalu dalam memilih jodoh, Memetik sabda Rasullullah s.a.w yang menyentuh mengenai HAKIKAT kita memilih pasangan samaada kerana harta, atau keturunan, atau rupa, atau imannya? – ente pilih yang mana syeikh?

Dan sebaik-baik perempuan untuk dinikahi itu yang khufu (sepadan) dan sebaik perempuan untuk dinikahi itu yang RENDAH MAHARNYA dan TINGGI IMANNYA (cari nak yang baik tapi sendiri casanova/kaki betina..)

Isu sekarang ialah mengenai mahar, yang mengikut kata ustaz kat sekolah agama ialah APA APA SAHAJA YANG BERMANFAAT. Fahamkanlah saudara saudara sekalian..

Masalah dari awal forum ini, ialah si lelaki, ingin memanggil makhluk halus Succubus (syaitan betina yg dipanggil untuk memuaskan nafsu pengamal sihir), melalui apa kaedah sekalipun, supaya dapat MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS, untuk MEREDAKAN TUNTUTAN NAFSU SYAHWATNYA, secara FREE/PERCUMA (dan mungkin dengan tidak payah bertanggung jawab. mana mungkin deh..). saudara saudara sekelian nampak apa FITNAH yang menimpa masyarakat kita?..

Umum mengetahui bila nak kawin kita kena ada steady job, kereta yg besar, akademik yang tinggi, monthly income yg stabil, dan BELANJA KAHWIN yg BOLEH TAHAN.. itu ke syarat sah nikah?

Tapi itulah yang ditentukan oleh perempuan, mak bapak, mak sedara dan pak sedara belah pempuan yang membanding2, nenek/atok (yang tua renta tapi jahil bab agama, kuat adat dari agama, suka berbangga-bangga) Allahuakbar!

Masalah ini berlaku dah pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab Radiallahu anhuma, yg cuba menetapkan nilai mahar, baginda cuba membantu ikhwan muslimin yg lain supaya MUDAH berkahwin, tetapi dibangkang dek sorang makcik yg mengULARkan dalil dari al qur'an. Saiyyidina Umar beralah, kerana perempuan itu benar dari satu segi, tapi ini jadi fitnah, kerana diselewengkan orang jahil dan ijtihad Umar untuk mashalat muslimin tidak dapat dijalankan.. Allahuakabar. Apa yang jadi Allah dah tentukan..

Ya ayyuhal muslimin, ya ayyuhal mukminin. sahutlah seruan hamba.. Mengapa masalah zina menjadi2 sekarang ni sedangkan syariat itu mudah? Mengapa masalah anak luar nikah menjadi-jadi sekarang ini sedangkan syariat itu mudah? Mengapa masalah rogol menjadi-jadi sedangkan Islam itu mudah? Mengapa masalah bohsia menjadi-jadi sedangkan Islam itu mudah? Mengapa pembuangan bayi berleluasa sedangkan HUKUM ALLAH ITU MUDAH?

Kenapa tok-tok imam kita membisu?

Ittaqullah ya ayyuhal muslimun, ini FITNAH AKHIR ZAMAN, jangan dok nak tunggu sampai PAS memerintah baru nak bertindak, jangan salahkan kerajaan AMNO/DACING yang ada sekarang jika mereka mungkar, mana ulama ASWJ? Kenapa wahabbi laknattullahalahi yang bersuara? (cthnya ajak orang ke Perlis untuk nikah poligami tanpa perlu kebenaran isteri, dan lain-lain lagi perkara yg selari dgn syar’ie), apakah kerana mereka BENAR dan kita SALAH kerana membiarkan FITNAH dan BIDAAH DHALALAH ini berterusan? Wajarkah kita sebagai umat pilihan membiarkan ianya berterusan?

Saya yang kerdil ini, dengan rendah hati berseru pada ikhwanul muslimin sekelian dan diri saya sendiri supaya insaf dan beriman. Bersama-sama kita berganding bahu berpimpin tangan, kita hapuskan barah dalam masyarakat kita ini bersama.. Jangan tunggu orang politik bersuara, jangan sampai musuh Islam ambil kesempatan, jangan sampai puak wahhabi senang-senang MENGKAFIRKAN kita dengan ungkapan BIDAAH! Marilah kita buat satu PERGERAKAN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN MUSLIMIN MUSLIMAT dan PERGERAKAN MEMURNIKAN ADAT MELAYU KITA DARI AJARAN BIDAAH, sebagaimana ikwan dari Hizbut Tahrir ambil risiko nak buat Khilafiah.. Mengapa kita boleh join perhimpunan bersih, sanggup berhadapan dengan FRU, tapi mashalat yang lebih besar KITA TAK PEDULIKAN? Wabilahhitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbh, aqimussolah.. Posted: 18 February 2008 at 9:35am

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.