Thursday, March 27, 2008

Sekadar Sebuah Renungan...

What is history but a fable agreed upon? – attributed to Napoleon Bonaparte (1769 – 1821)

Kepada tuan-tuan yang kurang fasih berbahasa Inggeris, maksud ayat di atas ialah, "Sejarah itu adalah dongengan yang diterima semua orang..". Ianya disandarkan kepada seorang tokoh perang yang ingin menguasai Eropah, Napoleon Bonaparte.

Apa? Mengapa? dan Siapa? Itu adalah persoalannya di sini...

Ianya mengenai: Sejarah, Dongeng, dan Tokoh.

Apabila kita menyentuh bab Sejarah, tak dapat tidak ia meyentuh aspek kehidupan kita sehari-hari dalam segala aktiviti.. hal dalam kelambu, hal dalam jamban, hal atas meja makan, hal kat sekolah, hal kat tempat kerja, dan hal-hal lain lagi dari 1001 hal manusia.

Dongeng pula, adalah perkara atau cerita yang diwaridkan dikala hendak menindurkan anak-anak supaya mereka seronok dan leka, dan khayal pada masa yang sama. Alaaa.. Bedtime Stories...

Ya, dua aspek ini adalah aktiviti manusia yang mewarnai kehidupan kita... dan kita tak dapat lari dari menjadi sebahagian daripada sejarah.

Contoh, "Ala Limah... Si Anu anak Pak Bidin yang jatuh motor kat Simpang Tiga Bagan tu dulu...". See! Kita tak dapat lari dari sejarah.

Sejarah dicipta oleh kita, dan kita jua yang menulisnya jua..

...dan masalahnya juga si penulis sejarah dan penulis kitab dongeng merupakan makhluk yang sama...

Bersambung....

No comments:

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.