Komunikasi adalah teknik pengiriman atau penyampaian maklumat dari suatu tempat ke tempat lain, atau daripada individu A ke individu B. Dalam kaitannya dengan 'hubungan intra-individu'. 3 bentuk komunikasi telah dikesan dan dapat dibezakan melalui tiga jenis:
Komunikasi Satu Arah (Simplex). Dalam komunikasi satu arah (Simplex) pengirim dan penerima informasi tidak dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh: arahan, surat khabar, ceramah politik, televisyen dan radio.
Komunikasi Dua Arah (Duplex). Dalam komunikasi dua arah (Duplex) pengirim dan penerima informasi dapat menjalin komunikasi yang berkesinambungan melalui media yang sama. Contoh : perbualan antara dua atau lebih individu.
Komunikasi Semi Dua Arah (Half Duplex). Dalam komunikasi semi dua arah (Half Duplex)pengirim dan penerima informsi berkomunikasi secara bergantian namun tetap berkesinambungan. Contoh : sms, chatting, skype, forum internet dlln..
Hamba rasa gelihati beberapa hari yang lalu sebaik sahaja mendengar dari sepupu hamba yang ‘tak berapa nak pueh hati’ setelah mendengar pidato/ceramah dari seorang pengarah/pentadbir disebuah mesyuarat wakil pekerja dan pemilik kilang.
Isi pidato/ceramahnya sangat luar biasa. Sangat karismatik. Beliau menanyakan bahawa syarikat ini milik siapa? Dan dia meminta semua pekerja dan orang bawahannya untuk berteriak, “milik kita!”. Bila perusahaan maju adalah milik siapa?
Dan sekali lagi pekerja dan orang bawahannya untuk berteriak, “milik kita!”. Lalu bila syarikat maju itu kerana siapa? Dijawab, “milik kita!”. Bila perusahaan bangkrap siapa yang salah? Dijawab, “milik kita!” lagi. (taktik nak meletakkan kesalahan atas bahu pekerja dan orang bawahan).
Jadi dia memancing agar pekerja dan orang bawahannya supaya terus bekerja sama dan syarikat ini boleh berjaya(kononnya). Sebenarnya pidato/ceramahnya sangat kongruen (logik) dan sangat karismatik.
Lalu dia bercerita mengenai hal rumah tangga. Bila rumah tangga mahu berjaya (sukses kata Bapak Presiden Indonesia) dan tidak terjadi perceraian; maka kuncinya pada pasangan yang berumah tangga tersebut. Sebenarnya ini benar 100%. Tetapi seperti kes-kes perceraian rumah tangga yang terjadi biasanya 100% kedua belah pihak berusaha untuk mempertahankan rumah tangga, tetapi tetap saja terjadi perceraian.
Mengapa ini boleh terjadi?
Setelah ditelek-telek dan dibelek-belek, ternyata masalah rumah tangga terjadi kerana si suami atau si isteri tidak mahu (tak sampai hati sebenarnya) menyatakan ada masalah dengan rumah tangga tersebut. Jadi bagaimana perkawinan dapat aman bahagia? Ini sama dengan komunikasi 1 arah bukan? Seandainya suami atau isteri terbuka maka dilakukan pembetulan dan penyesuaian maka perkawinan akan berjaya. Komunikasi 2 arah dan kejujuran sangat efektif bukan?
Sama dengan syarikat/perniagaan, menurut pendapat sahabat hamba itu bahawa perusahaan itu kelam kabut dan dia sebagai pekerja dan orang bawahan bingung tak tahu nak buat bagaimana? Kerana sudah 5 bulan stok tak ada! Ramai amik cuti tanpa gaji..
Sedangkan pengarah/pentadbirnya tersebut tidak menyentuh apapun mengenai keadaan syarikat atau kebajikan pekerja. Bila pekerja dan orang bawahan tersebut yang mewakili lain-lain pekerja di syarikat tersebut bertanya maka dijawab oleh si pengarah itu sendiri bahawa tidak perlu tahu jika tak faham! Duduk diam-diam! (cuba menyembunyikan kebenaran).
So? bagaimana dia dapat berkomunikasi dengan jelas? Cakap pun pendek-pendek, jawab pun acuh tak acuh (kononnya bila cakap sikit-sikit tu pandai la tu, berkarisma la tu konon! Full of wisdom! Tah dia tu pun bising aje lebih, bunyi macam tin kosong!) dan dia sudah berusaha untuk mengatur pertemuan dengan pengarah/pentadbir tersebut dan menurutnya dihantarlah wakil pekerja/orang bawahan tetapi tidak dijawab dan disambut dengan baik. Akhirnya terjadilah ‘pengunduran diri’ besar-besaran dari pekerja-pekerja syarikat terbabit, atau dapat kita samakan dengan perceraian rumahtangga.
Dalam pertemuan tersebut si pengarah berusaha untuk memancing bahwa pekerja-pekerja punya sumbangan atas kondisi perusahaan, tapi pekerja-pekerja tersebut merasa tangannya diikat dan tidak perlu tahu itu dan ini. Jadi bagaimana perkawinan telus dan jujur?
Jadi jawapannya ada pada anda bukan?
Halim Fansuri – 7 May 2010/22 Jamadil Awwal 1431H/1121H)
p/s: .. perangai dari rumah bawa ke tempat kerja, perangai dari tempat kerja bawa ke rumah.. pengabisannya rumahtangga pun ikut berantakan sebab perasan yang diri tu bos yang ‘pandai’ serba-serbi.. he he he..
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
A. 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA … a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.) a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya”. Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
(dicedok dari sumber SUARAM)
B. Ketahui Hak-Hak Anda Bila Di Tahan Polis
Bila Anda Ditahan Polis..
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.
1.2 Kad Kuasa Polis Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung.
Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Andatidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam. Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis. Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau
2 APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
2.3 Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda
ke balai polis
• apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN
3.1 Kenyataan saksi/112 Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).
3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.
3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112 Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah
dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.
• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda. Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?" Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah
sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?" Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis
berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan. Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada
keluarga, peguam atau Pusat.
Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5 1 Hak untuk menghubungi Peguam Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak
anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan
rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polismestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.
Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis.
Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC
serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas
atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.
Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan",
"saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan • Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda
dapat mengawasi barangan anda.
• Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut.
7.3 Hak-hak anda • Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh:
bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN
8.1 Bilakah polis boleh melakukannya • Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang
berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi
hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.
8.2 Pemeriksaan badan secara bogel Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis
memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya
anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polis yang menyoal-siasat anda. Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda. Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".
9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.
9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113 Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana
yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yangboleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.
POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
http://www.malaysianbar.org.my
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC) • Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830
Halim Fansuri – 6 May 2010/21 Jamadil Awwal 1431H/1001H)
p/s: .. bagi mereka yang buta undang-undang (atau saje buat-buat buta, atau memang tak sekolah..), Majlis Peguam telah mengeluarkan risalah ' Polis dan Hak Asas Anda ' disediakan oleh Jawantankuasa Kecil Majlis Peguam Negara yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis..
Gambar Hiasan: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10580
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Mimpi Riwayat JazaAllah
-
Dalam menentukan status sesuatu hadits, para ulama yang ahli hadits atau
dikenali sebagai muhadditsin dengan darjat - darjat kepakaran mereka masing
- ma...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Ini adalah karya fiksyen. Nama, watak, perniagaan dan/atau organisasi, tempat, peristiwa, latar tempat, masa dan/atau kejadian, grafik/gambar/lakaran/simbol-simbol, adalah sama ada hasil imaginasi pengarang dan/atau digunakan secara rekaan. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup dan/atau mati, dan/atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata. Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan dan/atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, mengamalkan, mempercayai, memberikan komen-komen, menulis, dan/atau mencetak kembali kesemua maklumat dan/atau isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy dan/atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca dan/atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan/atau bersetuju TIDAK akan mendakwa dan/atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.