Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang
cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula
takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau
anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu
berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak
patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”
Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang
yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap
dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah
Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”
Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak
cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia
diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar
dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau
besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”
Sang Sa Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba
kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana
itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka
pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.“Baiklah
tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu
patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan
wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji,
barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke
bawah, tiangnya ke atas.
Halim Fansuri – 17 Oktober
2026/7 JamadilAwwal 1048H/2200H)
p/s: ..kita
tengok siapa yang kena..
Wallahu’alam Bisawwab..



No comments:
Post a Comment