
Warkah Aidil Adha 1431H
Tengku..
esok raya qurban
hari sembelihan untuk tuhan
walaupun tuhan tak perlukan persembahan
harta perlu diserah sebagai bukti minta keredhaan
bukan sebagai alat menunjukan kaya dan kemewahan
Tengku..
rakyat kita tak lapar nakkan daging korban
mereka takkan berebut bertolak-tolakan demi secebis makanan
walaupun mereka ini ramai yang miskin dan hidup penuh kemelaratan
tapi percayalah tengku, bukan daging korban yang mereka hendakkan
tetapi secebis simpati dan sedikit pembelaan
Tengku..
kalau benar tengku mahu melaksanakan korban
sudah-sudahlah dengan janji manis dan kata-kata bergula penuh manisan
hentikan berjalan berbondong-bondong dengan kawalan di kiri kanan
turunlah dari mobil besarmu yang melaju tapi tak pernah membayar cukai jalan
kerana kantung perut marhaen jalanan tak pernah terisi dengan janji kosong dan angan-angan
dan warna-warni bunga manggar acara sambutan..
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 16 November 2010/9 Zulhijjah 1431H/1239H)
p/s: ... "..kalau cinta sudah dibuang, jangan harap keadilan akan datang.. – Iwan Fals/Bongkar.."
Gambar Ihsan: http://adib.gempax.net/tag/daging-korban/


9 comments:
Saya suka dengan kebenaran yang tuan sampaikan
mana nak dapat lagi mereka yang ikhlas dan berani?
sy suka entri ini..tahniah!
tuan sangat berterus terang! tuan berani! suka berkawan dengan orang berani!
he he he.. i'm the biggest coward/liar.. don't be mistaken.. ahah..
saya suka dengan orang yang pengececut mcm tuan!
Saya Sayang Tuan Punya Blog Ni...
Tapi Tuan Punya Blog Ni Sayang Saya X?
saya suka makan lontong. saya tak suka lotong/ketek.. ha ha ha
nasib baik, kalau tak pasti dia makan kau wak
i rela dimakan...
wakaka~
Post a Comment