
Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
- Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
- Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
- Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Keterangan/Hujah:
- Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.
- Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:
a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.
b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.
c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 6 Oktober 2010/27 Syawal 1431H/1021H)
p/s: ... "benar dari segi syariat, tapi benarkah nanti dari segi hakikat? Syubhat.. Syubhat.."


11 comments:
Bagiku,syariat benar,maka hakikat benar.. kerana hakikat adalah bayang kepada syariat. Syariat Islam benar kerana Nabi yang membawanya benar.. Yang palsu adalah mengada-adakan yang tidak benar.
benar.. kedua-duanya takkan berlawanan.. tetapi jika kita perhalusi lagi.. ada diantara amalan syariat yang perlu diperhalusi dan diperkemaskan.. kalau tak, fatwa cuma tinggal fatwa aje.. macam cukai arak dan judi yang tetap diteruskan, tapi tiada usaha menghentikannya oleh umara'.. dah tau haram terus pungut/diteruskan..
Itu benar! Zaman nabi arak dan judi tidak dilesenkan (diharamkan)untuk umat Islam. Adanya cukai dari golongan bukan Islam yang mana kadang-kadang adanya unsur riba dan judi (mungkin bukan sports toto dan magnum sahaja, maka hasil syubhah ini dikumpulkan dan digunakan untuk perkara tertentu. Namun yang jelas haram adalah melesenkan judi dan arak terang-terangan malah membiarkan umat Islam bergelumang dengan dosa tersebut. Siapalah tangan yang membiarkan perkara ini berlaku? Pemimpin atau rakyat?
He he he he.. tu sebab yang aku nak katakan.. fatwa kata boleh, tapi belum tentu Allah taala redha..
teringat aku beberapa hari lepas.. sembang dengan 'seseorang' pasal citer sunan kalijogo (masa tu belum jadi sunan lagi..) ketemu dengan sunan bonang.. masa tu kerjanya jadi 'Robin Hood', merompak org kaya, harta rompakan sesen pun dia tak sentuh, bagi kat fakir miskin..
apa sunan bonang kata? , "..hai anakku! bersihkah kain putih jika dicuci dengan air kencing?"
he he he he..
aku si fakir li layak la dapat duit tu....
he he he.. si fakir yang kaya budi pekerti..
fakir tuan dagang bertempat.. Benar kata Oba.. Bagiku permasalahan sebenar bukan fatwanya tetapi pelaksanaan fatwanya. Pelaksanaan memerlukan pemimpin yang faham agama, untuk dunia akhirat. Nak dapat pemimpin begini memerlukan rakyat yang faham agama.. betul ke OBA?
bener kanjeng dimas.. dan ulama' yang berani dikerat lidahnya.. atau lehernya..
assalamua alaikum wrt. Tuan tuan semua...pada pandangan hamba adapun tentang masalah ini, kita boleh rujuk kepada suatu hadis dlm kitab hadis 40 oleh Imam Nawawi. Halal jelas, haram jelas, tapi ada perkara syubuhat di antaranya , ramai tak tahu tapi ADA YANG TAHU. Sesiapa yg elak dari syubuhat maka selamatlah agama dan maruahnya. Seumpama pengembala kambing yg mengembala kambing yg hampir dgn padang rumput org lain. Namun, sila rujuk pandangan imam Ghazali dlm kitab IHya' bab syubuhat ini. Sangat menarik perbahasannya. Hukum utk amal diri, terkadang tak sama drp hukum fatwa.
ah... baik sheikh.. jika syeikh dpt postkn di blog sheikh mesti menarik utk dibaca..
"...Hukum utk amal diri, terkadang tak sama drp hukum fatwa."
cantik ayat ni.. berkenan sangat beta..
Post a Comment