Toddy..
..jika nyawa suatu komoditi
barang harian boleh ditukar ganti
akulah nanti yang paling banyak membeli
kerana aku tahu betapa dinginnya mati
kehidupan adalah anggur dalam cawan
minuman mengasyikkan melalaikan hati
kalau kau tak pandai meneguk
serahkan padaku agar ku minum
biar aku tersembam mabuk
menikmati pusingnya kehidupan
sambil tersengih puas kepeningan..
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 19 September 2010/10 Syawal 1431H/1444H)
p/s: ... "andai kematianku nanti menjadi bahan tawa dan jenaka khalayak.. he he he.."


No comments:
Post a Comment