Thursday, March 11, 2010

Wayang 2..


Wayang 2..

...siti jenar asyik dengan cerminnya

muka manisnya tersengih-sengih sepanjang hari

apa yang dipandang itu kanjeng?

malang pertanyaanku tidak berjawab

dalam keasyikan itu terdengar satu suara

dia sudah pun berjumpa dengan kekasihnya yang sebenar...

tak perlu jauh-jauh pergi santri!

dia sudah ada di depan mata...

Halim Fansuri – 11 Mac 2010/25 Rabiul Awwal 1431H/2036H)

p/s:...Halim.. kalau kau tak solat kau memang wajar kubunuh...

Info: Syeikh Siti Jenar@Syeikh ‘Abdul Jalil adalah anak seorang ulama berasal dari Melaka, iaitu Syekh Datuk Shaleh bin Syekh ‘Isa ‘Alawi bin Ahmadsyah Jamaludin Husain bin Syekh ‘Abdullah Khannuddin bin Syekh Sayid ‘Abdul Malikal-Qazam.

12 comments:

insanfakir said...

ada orang sebelum kerja guru dia terpaksa masuk dua universiti, ada orang umur 10 sudah bisa jawab soalan maths universiti dan ada orang lahir-lahir terus bisa bicara......kepelbagaian jalan menuju kekasihnya....

fakir al banjari said...

yang masuk 2 universiti tu aku kenal tu. hua hua hua

Gelojak_Jiwa said...

saya pun kenal jugak! leftenan muda tu! hu hu

Oghang Ba Ado said...

he he he.. sebanyak pandangan mata dan helaan nafas makhluk yang ....

kiaisepuh said...

fuh! ni dah mula nak masuk line hakikat...tumpang belajor bang

Gelojak_Jiwa said...

hakikat adalah hak + ikat = hakikat

Oghang Ba Ado said...

tidak wujud yang zahir (terlebih dahulu) melainkan setelah wujudnya yang batin..

Gelojak_Jiwa said...

yang batin sebenarnya zahir dan yang zahir sebenarnya batin..

Oghang Ba Ado said...

INSAN...

Oghang Ba Ado said...

soalan: kalau lembu pulak?

Anonymous said...

Kalau lembu pun tetap asal jadi dari nur yang sama dalam juzuk lain dari Nur Muhammad.

Alfiannagasakti.

Gelojak_Jiwa said...

daging lembu sedap dibuat rendang, nak resepi bole cari sendiri di internet! huhuhu!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.