Friday, March 12, 2010

Satu ketika dulu...


Satu ketika dulu...

...suatu petang

kami berkumpul bersama di gelanggang

dan Babah pun berkata..

“mereka yang sentiasa membawa senjata adalah orang jahat!”.

Ok.. So orang baik bawa apa babah?

Halim Fansuri – 12 Mac 2010/26 Rabiul Awwal 1431H/1147H)

p/s:..mereka yang membawa senjata adalah mereka yang merasakan dirinya itu lemah, dan berkeadaan tidak cukup (disadvantage)... mereka tidak jahat sebenarnya…

Gambar asal: http://mahadin.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

14 comments:

Merbawi said...

Salam...,

Jawapan persoalan belum ado lagi tu, apa jawapanya? Apa yang dibawa oleh orang yang baik?

fakir al banjari said...

jadi ..... polis semua .....

fakir al banjari said...

bawa senjata yang bagaimana yang Babah maksudkan?

Gelojak_Jiwa said...

tak pernah dengar..

Anonymous said...

Cuba teliti ajaran sikh (ajaran rojak campuran hindu, islam, budha). Apa yg mereka selalu bawa bersama?

syahir said...

salam oba, aku bawak senjata sbb aku kenal diri aku, aku tahu setakat mana 'had' aku. senjata tu aku guna bila dah nyawa2 ikan ajer. itupun bila masuk hutan atau ke tempat black area. kalau jumpa rimau, ada juga ikhtiar hidup, almaklumlah aku xder power cam storm rider tuh. ehehehehe.

lagipun bawa senjata ni adalah sunnah nabi. sekian.

p/s: pandai2 ler nak idup kalau kantoi. xberani bawa / guna jer kunci kereta, tajam gak depannya.

kiaisepuh said...

doa senjata org mukmin

Oghang Ba Ado said...

ehe he he.. sori.. lambat balas.. balik kg, line tadak.. ampun jang..

sunnah.. setuju sesangat..

latah.. babah terlatah kot masa tu?

..adapun terdapat banyak kejadian yang berlaku di dalam masyarakat kita di mana, apabila seseorang individu itu (biasanya mangsa atau orang yg cuba membantu) cuba menangkap penjanayah.. kebanyakannya berakhir dengan kematian kerana ditikam pisau (satu senjata kecil tara sejengkal aje..)

di sini saya cukup bersetuju dengan jak othman, pisau senjata berbahaya.. apalagi di tangan seorang pakar pisau..

masalahnya sekarang.. persepsi masyarakat dan undang-undang negara yang bawa banyak disadvantage pada yg nak mempertahankan diri.. penyamun bawa parang.. yang nak mengekang..

takkan tangan kosong aje kot? main pentas ganas mana pun memang le tangan kosong pengabisannya menang bukan? hero..

Oghang Ba Ado said...

adapun isu senjata nie hal sensitif.. salah bicara boleh dituduh berkonspirasi alal-ala geng al maunah ataupun geng yg menyerang balai polis BP tu.. ahah

adapun yang nak dibincangkan di sini adalah.. mampukah undang2 dan kawalan polis melindungi nyawa rakyat yg sekaligus taxpayer yg bayar gaji mereka itu 24 jam 7 hari seminggu? atau mereka masuk polis.

..masuk polis cuma nak cari makan aje? dan bila polis2 ni tak cukup makan, maka ada yg makan luar.. dan bagaimanakah pula dari segi perundangannya untuk kita mempertahankan diri? apa hak kita?

kebanyakan kita tahu yg kerajaan malaysia, melarang rakyat biasa (baca:yang tak berharta) dari memiliki senjata api melainkan beberapa golongan sprti VIP & VVIP memilikinya atas alasan menjaga nyawa..

serta keselamatan mereka (baca:menjaga harta benda) sedangkan jika kita fikir, ini dah jadi duoble stndard punya undang2.. bukan? cuba telitikan..

apakah rakyat marhaen tidak layak memeliki senjata api? kenapa ketat sangat lawnya (untuk bangsa melayu?), kenapa cina kat kg mudah2 dapat beli senapang walhal tanah tak sampai 5 ekar pun? mengapa?

jika kita perati.. dalam sebuah kg yg majoritinya melayu.. berapa kerat aja yang memeliki senapang patah? yg pakai pistol air ramai ler.. pancit sana dan sini.. eheh.. berbanding dgn cina yg minoriti?

syahir said...

mana aci macam ni! wooohohhh!!!
aku pun nak gak pestol snapang!
wooohohhh!!

Gelojak_Jiwa said...

pasar malam ada jual.. Tak sampai 10 ringgit.. creett! creett!

Oghang Ba Ado said...

isk.. pelik aje bunyinya senapang ko tu? ko biar betul G_J.. dah la sepuluh hinggit?

nanti ada yang berusung tilam pi high court nanti.. ha ha ha...

Gelojak_Jiwa said...

ha ha ha! pistol air la bang.. Ni memang otak hijau! huh!

Oghang Ba Ado said...

crit! crit!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.