Friday, March 26, 2010

Ketuanan Melayu II

Ketuanan Melayu II

jika anak berbuat celaka di sekolah.. mak bapa disalahkan..

jika anak berbuat celaka di rumah.. cikgu dipersalahkan..

jika anak berbuat celaka di khalayak.. siapa nanti yang disalahkan?

"..haram.. mak bapak kau tak ajar ke?"

..bilamana ada orang berkata demikian pada kita atau anak-anak kita nanti, jangan terasa pedas ibarat tergigit lada..


Halim Fansuri – 26 Mac 2010/10 Rabiul Akhir 1431H/1208H)

p/s: ..dialog hamba kepada seorang budak yang 'kurang ajar'.. ramai (mak bapak) yang tak gemar mendengarnya.. biasalah, Melayu itu gemar yang lemak-lemak dan manis-manis sahaja adanya..

13 comments:

fakir al banjari said...

Ya, melayu itu tak suka dikatakan bodoh walaupun nyata bodohnya

melayu itu suka dikata bijak walau tak la berapa bijaknya

bila cikgu kata anak dia bodoh, dia kata cikgu tak berbudi bahasa

walhal anaknya kata kawan-kawannya bodoh 100 kali sehari, masih dikata anakku anak yang baik

Gelojak_Jiwa said...

teringat tadi aku minta tolong budak pasang khemah.

datang 2 orang wakil diaorang tanya apa yang perlu diaorang buat.

Lepas diberitahu, diapun jerit kat kawan-kawan dia.

"wei, cikgu suruh pasang khemah la bodoh"..

Anonymous said...

Itu okay lagi...

ni tengah nak makan..depan rezeki..
Datang budak A " Eh..siut, makan tak ajak orang, sedap tak?"
" Apasal pulak tak ajak, rasa sendirilah ..bodoh"
" Babi engkau..tak sedaplah"...

- olahan semula daripada peristiwa sebenar di sebuah asrama.

persoalan :- daripada mana mereka dapat idea tu ?

A. Cikgu
B. Ibubapa
C. Masyarakat Setempat
D. Media Massa Kerajaan Sekular

Tapi aku pernah dengar sendiri jiran aku kata kepada anak-anaknya 2 orang yang berumur 4 dan 5 tahun (dah pindah dah, kena tangkap basah, bila suami tak ada).." wei babi, cepat sikit, mak ada kerja?" akhirnya 'babi-babi' itulah yang jadi generasi .... seterusnya. Bila ditangkap basah..perkatan hampir serupa dinyatakan " mana ustaz sial tu...tahu takut..hehe".
Kita sudah agak terlambat...tapi dengan Izin Allah S.W.T semoga ada penyelesaian sebelum tanda-tanda ini menjadi alamat kehancuran dan bala' yang lebih dahsyat.

Anonymous said...

p/s : jangan-jangan cikgu pun dah ada yang macam tu...

fakir al banjari said...

tapi, orang yang gambarnya di muka depan majalah di atas, jurugambar, panulis, penerbit dan pembeli majalah di atas memang BODOH!

Oghang Ba Ado said...

..itulah dialog yang kita dengar hampir setiap hari keluar dari mulut budak-budak..

cikgu, kurang yang macam tu.. tetapi banyak yang begini"...."

ehem..

Anonymous said...

Mangga, jangan dilupa bwh syarikat utusan kan? Utusan milik siapa, lidah siapa? Lu pikiaq la sendiri.

fakir al banjari said...

majalah di atas hanyalah comtoh. yang lebih penting adalah mengapa melayu sampai jadi begitu? apa boleh kita buat untuk perbaikinya?

kiaisepuh said...

nanti la dlm pilihan raya kasi ubah

Anonymous said...

Biar ulama' yg 'alim, wara', zuhud pandai mengurus memerintah. Mereka kenal dosa pahala. Mereka kenal erti akhirat. Mereka kenal erti 'menegakkan agama dan menguruskan dunia dengannya (agama). Mereka kenal ulama' atas mereka, mereka hormati pemimpin, ulama mahupun rakyat jelata. Mereka tiada kepentingan apa-apa melainkan kembali kepada Allah S.W.T jua, dlm keadaan mereka redha dan diredhai. Berada di kalangan 'hamba-hambaNya' dan memasuki SyurgaNya. Ya Allah ! Perkenankanlah...

fakir al banjari said...

amin

Gelojak_Jiwa said...

Amin.. tapi sejarah tetap membuktikan orang yang alim ulamak tidak akan berjaya lama memerintah.. Tetap yang buat celaka yang akan menguasai dengan agak lama. Benarlah kata guruku abang fakir bahawa yang dilihat bukanlah hasil tetapi usaha untuk mendapatkan hasil itu.

Oghang Ba Ado said...

benar.. benar yang amat-amat saudara=saudara sekelian..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.