Ketika Imam Syafie duduk bersama dengan al-Humaidiyy dan Muhammad bin al-Hasan (kedua muridnya), tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lalu Imam Muhammad berkata: “Cuba kamu tengok orang ini”. Lalu Imam Syafie memerhatikan orang tersebut dan beliau tidak menjawabnya. Imam Muhammad bertanya: “Adakah kamu kesamaran terhadapnya”? Beliau menjawab: “Aku kesamaran samada dia adalah seorang tukang jahit ataupun dia seorang tukang kayu”. Lalu Imam al-Humaidiyy bangun dan pergi bertanyakan orang lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab: “Aku memang seorang tukang kayu, tetapi hari ini aku sudah mula bekerja sebagai tukang jahit”.
Kisah 2
..dalam riwayat lain pula beliau duduk dengan gurunya; Imam Malik. Ketika mereka sedang berbincang, seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan dengan meneka pekerjaan lelaki itu.
Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya. “Peniaga,” jawab Imam Syafie. “Tukang besi,” jawab Imam Malik sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.
Bagi memastikan tekaan siapa yang benar, mereka berdua bertanya terus kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid. Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua: “Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?” “Tukang besi,” jawab lelaki itu sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.
Kisah 3
Ketika Rasulullah berusia 12 tahun,bapa saudaranya iaitu Abu Talib membawa Baginda ke Syam dan ketika dalam perjalanan, mereka berjumpa seorang rahib Nasrani bernama Buhaira (maksudnya selautan ilmu, nama sebenarnya adalah Saiyyidina Girgis@Sergius). Sebaik terlihat ‘tanda-tanda’ fizikal Baginda yang masih kanak-kanak ketika itu, rahib berkenaan sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasulullah suatu hari nanti dan menasihati Abu Talib supaya berpatah balik. Sergius dibunuh selepas itu oleh orang-orang Yahudi.
Kisah 4
Maksud hadis Rasulullah - Kota Constantine akan dapat ditawan oleh umat Islam, dimana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Kisah 5
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).
Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.
“Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).
Seorang yang bijaksana telah berkata: Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi .
Wallahualam bissawwab..
Halim Fansuri – 25 Jun 2010/13 Rejab 1431H/1036H)
p/s: ... sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan atau pondan.. he he he
Pemilik Gambar Asal: http://zailani77.fotopages.com/?entry=1061229
... Ibnu Taimiyyah juga memuji tasawwuf lihat perkataannya (tetapi adakah golongan yang taksub dan taqlid pada Ibnu Taimiyyah menukilkan kalamnya ini?) :
"Orang-orang berselisih mengenai tareqat mereka, ada yang mencela kaum sufi dan tasawwuf, lalu mereka berkata : mereka (kaum sufi) adalah ahli bid'ah dan keluar dari sunnah. Ada juga pandangan yang baik dalam hal ini yang dikutip daripada segolongan Imam atau ulama dan diikuti oleh beberapa ahli feqah dan ilmu kalam. Ada juga sebahagian orang yang berlebihan dalam menganggap mereka sebagai makhluk yang paling mulia setelah para nabi. Dua pihak pertama dan terakhir itu tercela" Beliau menambahkan : Yang benar, "mereka adalah orang yang berjuang atau berijtihad untuk mentaati ALlah sebagaimana orang-orang yang berijtihad dalam mentaati ALlah." Di antara mereka ada yang termasuk dalam sabiqin dan muqorrobin, Ada juga yang hemat (ashabul yamin) dan ada juga yang menzalimi dirinya serta melanggar perintah (berbuat maksiat kepada) Tuhannya. Ia juga berkata : Adapun para salikin (kaum sufi) yang lurus seperti halnya Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham, Abu Sulaiman ad Darani, Ma'ruf bin al Karkhi, Sir As Saqathi, Junaid bin MUhammad al Baghdadi dan para pendahulu (mutaqaddimin) lainnnya dan seumpama Syeikh Abdul Qadir al Jailani, Syeikh Hammad dan Sheikh Bayan daripada Ulama kebelakangan (mutaakhirin).
(Majmu' al Fataawa Ahmad ibn Taimiyah m/s : 516-517)
LIDAH dan mulut adalah anggota zahir terpenting yang mesti dijaga, terutama ketika berpuasa.
Dalam hal ini kerana banyak hadis yang menasihatkan agar lidah dan mulut dijaga dan dikawal dengan baik agar tidak terlanjur ketika berkata-kata.
Memelihara lidah adalah dengan menjauhi daripada mencarut, banyak ketawa, memfitnah, berkata-kata kasar, berbohong dan berpura-pura.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Puasa adalah perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
iii
"Allah telah terangkan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu." (Surah Al-Imran, ayat 18).
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah". (Surah Al-Rad:43)
Halim Fansuri – 02 Jun 2010/19 Jamadil Akhir 1431H/2148H)
Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:
'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'
Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'
Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani
*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.
Awal Kejadian Diri...
Dari Abu 'Abdur Rahman 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhu, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasullulah Shallallahu 'alaihi wasallam dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu telah dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian menjadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu iapun mengerjakan 'amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
- Hadis shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Aku yang bersifat dengan sifat Muhammad...
Secangkir Kahwa Pengendur Urat
`Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu' ( Al Anaam:112).
`Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja Manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia". (An-Nas: 1-6)
... dalam proses memahami Tasauf, tentera iblis yang memakai pakaian Tasauf saya tidak kenal samasekali: saya tidak dapat mengenal kekeliruan dalam ilmu, perdayaan dan kelicikannya. Ihya Ulumiddin tidak menyediakan maklumat berkaitan bidang mukasyafah dan inilah yang telah memerangkap saya. Ihya tidak menyediakan persiapan untuk berhadapan dengan soal makrifat dan hakekat dan oleh kerana itu saya tidak dapat mengenali mereka sebagai pembawa bencana kepada Sunnah Allah dan RasulNya pada peringkat tinggi...
-Petikan dari Blogger Kanzun Mahfiyyan
Au'dzubillahiminassyaitannirrajim.. (Aku Berlindung Pada Allah Dari Syaitan Yang Direjam.. )
Mimpi Riwayat JazaAllah
-
Dalam menentukan status sesuatu hadits, para ulama yang ahli hadits atau
dikenali sebagai muhadditsin dengan darjat - darjat kepakaran mereka masing
- ma...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
pemuda baru mengenal garam
-
Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan
mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyan...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Sema’..
-
*Sema’..*
*Inna fil jannati nahran min laban..** - sesungguhnya mengalirlah sungai
dari susu di dalam syurga..*
*Li `Aliyyin wa Husainin wa Hasan** - u...
Rancangan ini ditaja oleh Sykt Chermin Mata Chap Che'gu Rokiah & Suaminya sdn bhd.
Penafian:
Ini adalah karya fiksyen. Nama, watak, perniagaan dan/atau organisasi, tempat, peristiwa, latar tempat, masa dan/atau kejadian, grafik/gambar/lakaran/simbol-simbol, adalah sama ada hasil imaginasi pengarang dan/atau digunakan secara rekaan. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup dan/atau mati, dan/atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata. Pemilik blog TIDAK bertanggungjawab terhadap semua kerosakan dan/atau sebarang kesan yang dianggap merugikan terhadap sesiapa sahaja yang membuka, membaca, mengamalkan, mempercayai, memberikan komen-komen, menulis, dan/atau mencetak kembali kesemua maklumat dan/atau isi kandungan blog ini dimana-mana sahaja sama ada dalam bentuk hardcopy dan/atau softcopy. Dengan memasuki blog ini, pembaca dan/atau pengunjung blog sudah secara outomatiknya memahami dan/atau bersetuju TIDAK akan mendakwa dan/atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ini.