Tuesday, March 5, 2019

Selamat ulang tahun kehidupan wahai pengkhianat.

Tak lewat utk den mendoakan laknat & kutukan supaya ekau tak sempat bertaubat.

P/s: See you in Hell.

Sunday, March 4, 2018

ZAHIR


..jika penzahiran diri untuk bawa  seri kedamaian 
dan kegembiraan pada dunia suram ini jadi tujuan,

maka benar engkau dari kalangan dewa dewi..


namun..

yang engkau serahkan dalam tanganmu 

bukannya madu kebahagiaan.

ternyata..

engkau bukan apa yang engkau akui.

Halim Fansuri - 04 Mac 2018/16 Jamadilakhir 1439H
Halim Fansuri – 06 Januari 2018/18 Rabiul Akhir 1439H

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Saturday, January 6, 2018

MENGAPAKAH PERGERAKAN BUSANA MIM GAGAL?





Tak salah pakai busana, tapi pernah tengok ke orang pakai kot tali leher bawak briefcase jam tangan rolex dan kasut kulit Louis Vutton (Sebutan: Loie Butonn) pi juai petai jering cangkung tepi jalan atau tebar roti canai?

Dah macam raja bomoh coconut dah..
PAGI INI sambil menonton drama Koria kek tibi 8, den mengolah idea (it’s a bit controversial) berdasarkan topic kek ataih.

Pertama, PENGGERAK BUSANA datang dari kalangan MARHAEN yang:
A. Kurang berpelajaran – so, dari sudut sejarah ianya jadi tidak tepat. Fail dari segi historical value.
B. Masyarakat modern yg dibesarkan tanpa adat istiadat - jadi pakem pemakaian ikut suka hati sesedap rasa
C. Individu persendirian - jadinya setiap orang tak ada KESERAGAMAN (pakem), sedangkan pakaian adat tu pun ada rules and regulation untuk setiap STRATA KELAS/STATUS diri sendiri..

Punca kedua, berbeza dengan PEMAKAIAN BATIK yang PENGGERAKnya datang dari GOLONGAN POLITIK/ARISTOKRAT, pemakaian BUSANA boleh dikatakan GAGAL MENCAPAI MOMENTUM sebab dalam masa 5 tahun ini, pencapaiannya tak ke mana pun sekadar berlegar di kalangan:

A. Orang Silat
B. Penggerak busana non orang silat
TAK BERSETUJU? Sila Google tentang allahyarhamah Datin Seri Hendon, arwah isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi..

ITU BARU BAB RUJUKAN SEJARAH tu..

Punca ketiga, bila BANGSAWAN ISTANA, atau POLITICIAN yang berkuasa tak memainkan peranan, PERGERAKAN BUSANA tak dapat SAMBUTAN MASSA atau PENJAWAT AWAM kerana faktor utama yang DIABAIKAN OLEH PENGGERAK BUSANA yg den tengok iaitu:

DASAR KERAJAAN

Mengapa den sentuh DASAR KERAJAAN? Kerana dasar kerajaan akan menggerakkan PENJAWAT AWAM untuk melakukan sesuatu agenda yang mana akan mempengaruhi SOSIAL. Kita tengok bab PEMAKAIAN BATIK setiap hari khamis di agensi-agensi kerajaan, bila mana WAJIB sahaja PENJAWAT AWAM pakai baju batik, maka secara outomatik KAIN BATIK ADA VALUE/NILAI EKONOMI – Ini bermakna rakyat boleh JANA PENDAPATAN, INDUSTRI BATIK BERKEMBANG, KAIN BATIK ADA MARKET VALUE, dan..

KERAJAAN ADA PUNCA PENDAPATAN (CUKAI)

Ini berangan nak pakai macam anak raja, tapi songket IMPORT DARI INDIA/PAKISTAN.

IRONIS BUKAN?

Punca keempat, bila DASAR KERAJAAN tak ada, maka PERGERAKAN BUSANA yang disibuk-sibukkan oleh aktivisnya TIDAK ADA NILAI KOMERSIAL dan POLITIKAL.

Saya ulangi:

TIDAK ADA NILAI DARI SEGI KOMERSIAL/EKONOMI SETEMPAT dan KEPENTINGAN POLITIK.

So geng-geng busana, kalau betul nak perjuangkan gerakan busana, START YOUR POLITICAL LOBBYING NOW.

Kalau tak, pergerakan engkau ni PUPUS bila dah tak ada VALUE/NILAI kepada masyarakat massa dan KEUNTUNGAN kepada pemerintah.

Punca kelima, bila TAK ADA DASAR KERAJAAN yang menyokong, NILAI EKONOMI dan POLITIK tak wujud. Bila 2 benda ni tak ada, maka tak ada value pun dari segi AKADEMIK.

Mengapa AKADEMIK?

Kerana bila sudah ada NILAI AKADEMIK, kita boleh WARTAKAN busana Mim ni kat UNESCO sebagai salah satu WARISAN SEJARAH DUNIA.

Bila dah jadi WARISAN NEGARA/CULTURAL HERITAGE : BARU LE OMPUTEH/FOREIGN RESEARCHER mai buat kajian itu ini..

But then.. ya.. itu le.. PENGGERAK BUSANA kita NON EDUCATED..

So.. tunggu le PUPUS ye..

Den tak kesah kalau ada ahlul busana nak copy paste idea den, lagipun time stamp kat internet ada.. ini juga dah jadi REKOD SEJARAH.

Den TIDAK MENENTANG BUSANA MIM, den MENENTANG KEBODOHAN manusia (BACA: KEJUMUDAN IDEA)..

P/s: ..kita dah beratus tahun terjajah, tamadun kita MUSNAH, lalu bangsa kita cuba bina identiti baru, tetapi dengan METHOD YANG TAK TEPAT, apa dia? Mengapa?

Halim Fansuri – 06 Januari 2018/18 Rabiul Akhir 1439H

Tuesday, December 5, 2017

101


PREPPERS: Seorang@Sekumpulan INDIVIDU yg sentiasa membuat persediaan MENTAL & MATERIAL untuk situasi bencana..
..nak kata negara kita tak pernah mengalami peperangan atau bencana alam, boleh dikatakan negara kita sentiasa terlibat dalam 2 perkara yang disebutkan dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini secara terus..

..den tengah buat compilation insiden bencana atau konflik perang untuk tempoh 1817 - 2017 yg berlaku di Malassiah atau negara tertangga kita..
Ok.. let's start..

SOALAN 1:
JIKA berlaku situasi bencana, siapakah orang-orang/individu yang tuan/puan semua akan contact dahulu untuk berkumpul dan berkongsi maklumat selain ahli keluarga yang terdekat?

SOALAN 2:
Apakah KEPAKARAN atau KEMAHIRAN yang ada dikalangan ahli team tuan/puan?

SOALAN 3:
JIKA berlaku bencana - STAY PUT or BUG OUT?

SOALAN 4:
JIKA memilih untuk BUG OUT, LALUAN/ROUTE manakah yang akan dipilih?

dan,

METHOD PERGERAKAN manakah yang akan digunakan?

SOALAN 5:
SILA TANYA..

p/s: ..101, 101, 101, 101, 101, 1..


Halim Fansuri – 05 Disember 2017/16 Rabiul Awal 1439H

Friday, November 24, 2017

Jumaat 24


salawat serta salam..
seribu pujian serta penghormatan..
ke atas sosok junjungan mulia..
rahmat sekelian alam
sebanyak helaan nafas dan kerdipan mata
sekelian makhluk ciptaan
selama-lamanya dan berkekalan..

p/s: ..semoga Allah Taala meringankan beban ujianku.

Halim Fansuri – 24 November 2017/05 Rabiul Awal 1439H

Friday, November 17, 2017

Secangkir Kahwa Pengendur Urat



manusia boleh mati, tapi tulisannya tidak..
sekabur-kabur tulisan adalah seterang-terang ingatan..
dan dengan wujudnya kebolehan manusia memotret menggunakan kamera..
ingatan atau kenangan yang seterang-terang tulisan yang sangat kabur itu semakin jelas
dan berkekalan..

p/s: ..rakaman kegembiraan.. atau.. kesengsaraan

Halim Fansuri – 17 November 2017/28 Safar 1439H

Thursday, April 14, 2016

1095 Hari


..ciuman terakhir di kening mu
dan kesengsaraan selama 1095 hari
tiada bezanya hidup dengan mati.

P/s: ..mayat berjalan.


Halim Fansuri – 14 April  2016/6 Rejab  1437H)

Monday, April 11, 2016

Teh atau Kopi?


Teh tak perlu dibuat manis
Kopi pahit menghangatkan pagi yang dingin sejuk
Kegembiraan kecil di permulaan hari

P/s: ..keseronokkan yang tidak dibuat-buat.

                                    Halim Fansuri - 11 April 2016/3 Rejab 1437H

Friday, March 4, 2016

Kelip-kelip dan Kerinduan


Ombak berolak menggunung tinggi
Bayu dingin menggesek baldu
Rasa bergolak di dalam hati
Mengharap dingin penawar rindu

P/s: ..kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana dapurnya?

Halim Fansuri - 4.3.2016/24 Jamadil Awal 1437H

Tuesday, March 1, 2016

Oghang Sudah Poie Ko Bulan, Ekau Masih Menoman Tanggo..



P/s: ..batu kikir jambatan bosi, gulai udang sebelango..

Halim Fansuri - 01.03.2016/21 Jamadil Awal 1437H

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.